24 Mei 2014 - 06:45
Pengikut Dajjal Basrah lari dari debat dan mubahalah

Pengikut kumpulan ajaran sesat Dajjal Basrah lari dari mubahalah bersama Sayid Sarkhi al-Hasani walaupun segala syarat-syarat yang dikemukakan pengikut ajaran sesat terbabit telah dipersetuji beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Meskipun Sayid Sarkhi al-Hasani bersetuju dengan segala syarat yang dikemukakan oleh golongan yang mendakwa kemaksumah Ahmad al-Katik, namun penganut ajaran sesat Dajjal Basrah tersebut tidak berani tampil menyahut cabaran beliau.

Sayid Sarkhi al-Hasani dalam ceramahnya menceritakan detik-detik cabaran mubahalah yang terjadi pada minggu lalu, "Pada minggu lalu, saya diundang untuk berdebat, bermubahalah, saling melaknat, berbincang, berargumen dan bermughalatah, namun orangnya tidak hadir".

Tambah beliau lagi, "Kita tidak ingin bertanding dan mendominasi seperti yang dituduhnya, namun kita ingin membuktikan dengan dalil ilmiah tentang apa yang diserunya. Sekiranya kebenaran bersama pihak lawan, maka kita semua akan bergabung dengannya. Ini disebabkan kita merasakan bahawa kitalah yang berada di pihak benar. Sekiranya dia bukan berada di dalam kebenaran, maka dia hendaklah tinggalkan seruan yang dipegangnya".

Sayid berkata, "Telah sampai ke pengetahuan kita bahawa mereka menetapkan syarat dan kita bersetuju memenuhi semua yang diminta. Saya rasa semuanya telah dimaklumkan. Namun saya tidak tahu, apakah kita dapat menduga bahawa terdapat individu yang didakwa sebagai Sayid al-Yamani Ahmad al-Hasan, menjadi imam maksum dan mahdi pertama itu benar-benar wujud?".

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan kes pengikut Dajjal Basrah yang sudah berkali-kali melarikan diri walaupun setelah menetapkan syarat.

Sayid juga menyeru pengikut Dajjal Basrah bertaubat dan mengakui kesilapannya. "Setelah semua itu berlalu, terutamanya hari ini, hari Khamis 22 Rejab 1435 Hijrah, setelah anda lari, kalah dan terjadinya pembongkaran besar hari ini, pada masa ini, apakah anda sudah berangan-angan agar tidak menyeru seseuatu, atau anda berangan-angan andainya anda tidak lahir, sekiranya anda seorang lelaki, berani, berakal, berkemanusiaan, mempunyai martabat, mengakulah bahawa anda tersilap dan minta keampunan daripada Allah dan bertaubat kepadanya?".

Dalam perkembangan terkini, Sayid al-Hasani dikatakan telah menulis lebih dari 40 buku yang menjawab segala dakwaan yang dikemukakan kumpulan ajaran sesat terbabit.