Benarkah Ulama Ahli Sunnah mengharuskan sambutan Maulud Nabi (s.a.w)?
Perincian pertanyaan:
Dalam minggu perpaduan umat Islam sedunia; Syiah dan Ahli Sunnah serta fiqah-firqah Islam yang lain menyabut hari kelahiran Nabi (s.a.w) yang mana hari ini juga bertepatan dengan ulangtahun kelahiran Imam Ja‛far al-Sadiq (a.s). Berbangga dengan kedua-dua ulangtahun ini, umat Islam mengadakan sambuatan dengan nyanyian, dendangan syair serta ucapan-ucapan sambil mengucapkan selamat sesama sendiri dan menikmati hidangan yang lazat.
Berbeza dengan Syiah yang mengharuskan sambutan ini, perbuatan menyambut kelahiran merupakan hal yang haram dan bid‛ah di sisi Wahabi. Perkara ini jelas tersebar namun saya ingin mengetahui lebih lanjut. Demi memenuhi keyakinan, pertanyaan saya ialah apakah ulama Ahli Sunnah juga mengharuskannya atau tidak? Apakah mereka juga menukilkan kenyataan dan fatwa-fatwa dalam perkara ini?
Terima Kasih, Ya Ali Madad!
Mukadimah:
Sebagaimana yang disebut di dalam soalan, seluruh umat Islam dan firqah-firqahnya menyambut dan merayakan hari kelahiran Sayyidul Anbiya, penghulu para nabi, Muhammad al-Mustafa (s.a.w). Sambil mensyukuri nikmat-nikmat berkat kewujudan baginda dan anak cucunya Imam Ja‛far al-Sadiq (a.s), mereka amat menghargai hari ini.
Dengan mendakwa bahawa diri mereka adalah pengikut cahaya hidayah Nabi Muhammad (s.a.w), kepala-kepala Wahabi dan pengikut mereka menghina umat Islam yang menghormati dan menyambut kelahiran baginda (s.a.w) sambil mengeluarkan fatwa tentang sambutan tersebut.
Bagi penerangan lebih lanjut dan informasi kepada pembaca artikel ini, beberapa fatwa Wahabi yang menanggapi sambutan ini sebagai bid’ah ditampilkan terlebih dahulu sebelum disusuli dengan jawapan yang lebih terperinci.
Ucapan dan fatwa Wahabisme yang membid‛ahkan sambutan maulud.
Terlalu banyak fatwa dan ucapan berbaur penghinaan golongan Wahabi dalam perkara ini. Berikut adalah antara beberapa contoh penting:
1. Ucapan Ibnu Taimiyah:
Ibnu Taimiyah yang merupakan pelopor gerakan pengganas Wahabi berkata:
إن اتخاذ هذا اليوم عيداً ، محدثٌ لا أصل له ، فلم يكن في السلف لا من أهل البيت ولا غيرهم من اتخذ ذلك عيداً ، حتى يحدث فيه اعمالا إذ الأعياد شريعة من الشرائع فيجب فيها الاتباع لا الابتداع وللنبي خطب وعهود ووقائع في أيام متعددة مثل يوم بدر وحنين والخندق وفتح مكة ووقت هجرته ودخوله المدينة وخطب له متعددة يذكر فيها قواعد الدين ثم لم يوجب ذلك أن يتخذ مثال تلك الأيام أعيادا وانّما يفعل مثل هذا: النصارى الذين يتّخذون أمثال أيام حوادث عيسى(عليه السلام) أعياداً أو اليهود ، وإنما العيد شريعة فما شرعه الله اتبع وإلا لم يحدث في الدين ما ليس منه.
وكذلك ما يحدثه بعض الناس اما مضاهاةً للنصارى في ميلاد المسيح ، وامّا محبّة للنبي(صلى الله عليه وآله) وتعظيماً له . . فإن هذا لم يفعله السلف ، ولو كان خيراً محضاً أو راجحاً لكان السلف أحقَّ به مِنّا»
ابن تيميه الحراني الحنبلي، ابوالعباس أحمد عبد الحليم (متوفاى 728 هـ)، اقتضاء الصراط المستقيم مخالفة أصحاب الجحيم، ج 1، ص 294، تحقيق: محمد حامد الفقي، دار النشر: مطبعة السنة المحمدية – القاهرة، الطبعة: الثانية1369
Sesungguhnya mengambil hari ini sebagai perayaan adalah suatu yang baru diada-adakan, tidak berasas, tidak pernah terjadi di kalangan salaf/ terdahulu, tidak juga terjadi di kalangan Ahlul Bait dan selain mereka yang mengambinya sebagai perayaan. Sehinggakan di dalamnya terdapat amalan-amalan yang baru diada-adakan. Ini disebabkan perayaan secara syariat adalah berasal dari syariat-syariat. Maka dalam perkara ini hendaklah mengikuti syariat, bukannya mengadakan bid‛ah. Rasulullah (s.a.w) dalam berbagai peristiwa seperti hari Badar, Hunain, Khandaq, Pembebasan Makkah, saat berhijrah, memasuki Madinah, berbagai khutbah dan surat perjanjian telah menerangkan kaedah agama, kemudian tidak mewajibkan mengambil perayaan pada hari seperti demikian. Namun sesungguhnya perbuatan seperti ini adalah pengahut Kristian yang mengambil perumpamaan hari peristiwa Nabi Isa (a.s) sebagai perayaan, begitu juga Yahudi. Hari syariat ialah Allah sendiri yang mensyariatkannya. Oleh itu apa yang Allah telah syariatkan hendaklah diikuti, jika tidak janganlah menambah-nambah sesuatu tiada di dalam agama. Begitu juga apa jua pembaharuan yang dilakukan masyarakat disebabkan mengambil perbandingan Kristian dalam kelahiran Isa, atau disebabkan kecintaan dan pengagungan Nabi (s.a.w)... Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Salaf andainya ianya benar-benar baik atau lebih baik maka orang terdahululah yang harus melakukannya kerana golongan terdahulu lebih berhak melakukannya.
– Ibnu Taimiyah al-Harrani al-Hanbali, Abu al-‛Abbas Ahmad bin Abdul Halim (meninggal dunia tahun 728 H), Iqtidha al-Sirat al-Mustaqim Mukhalifah Ashhab al-Jahim, jilid 1 muka surat 294, tahqiq Muhammad Hamid al-Fiqi, Dar al-Nashr al-Sunnah al-Muhammadiyah – Kaherah, cetakan kedua tahun 1369.
2. Bin Baz (mufti Wahhabi)
Bin Baz, salah seorang mufti besar Arab Saudi lalu pernah diaju pertanyaan tentang hukum menyambut hari kelahiran Rasulullah (s.a.w). Sebagai jawapan beliau menghitungnya sebagai Bid‛ah.Teks pertanyaan fatwa dan jawapannya seperti yang dinukilkan oleh Abdul Rahmah bin Ismail Abi Shamah di dalam kitab al-Ba‛ith ‛Ala Inkar al-Bida‛ adalah seperti berikut:
السؤال الأول
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهداه أما بعد فقد تكرر السؤال من كثير عن حكم الاحتفال بمولد النبي صلى الله عليه وسلم والقيام له في أثناء ذلك وإلقاء السلام وغير ذلك مما يفعل في المولد.
والجواب أن يقال لا يجوز الاحتفال بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم ولا غيره لأن ذلك من البدع المحدثة في الدين لأن الرسول صلى الله عليه وسلم لم يفعله ولا خلفاؤه الراشدون ولا غيرهم من الصحابة رضوان الله على الجميع ولا التابعون لهم بإحسان في القرون المفضلة وهم أعلم الناس بالسنة وأكمل حبا لرسول الله صلى الله عليه وسلم ومتابعة لشرعة ممن بعدهم
وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد أي مردود عليه وقال في حديث آخر عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة.
عبد الرحمن بن إسماعيل أبو شامة (متوفاي 665 هـ)، الباعث على إنكار البدع والحوادث ، ج 1، ص 107، تحقيق : عثمان أحمد عنبر، ، دار النشر : دار الهدى - القاهرة ، الطبعة : الأولى ، 1398 – 1978
Pertanyaan pertama: Pujian kepada Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda, dan mereka yang menuruti hidayah dengan ini. Telah berulang-ulang pertanyaan yang diajukan ramai orang tentang hukum menyambut festival Maulud Nabi (s.a.w), melangsungkannya, menyampaikan salam dan lain-lain lagi di dalam perayaan Maulud.
Jawapannya ialah hendaklah dikatakan: Tidak dibenarkan sambutan Maulud Nabi (s.a.w) dan lain-lain sambutan kerana demikian itu adalah bid'ah yang baru diada-adakan dalam agama. Ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) tidak pernah melakukannya, begitu juga Khulafa al-Rashidin dan selain mereka daripada kalangan sahabat, tabi'in di dalam sebaik-baik kurun sedangkan mereka adalah manusia yang lebih tahu tentang sunnah Nabi (s.a.w), dan sempurna kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), begitu juga orang yang mengikuti syariah setelah mereka.
Telah terbukti daripada Nabi (s.a.w) bahawa baginda bersabda: Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan agama kami ini, di mana ianya bukan daripada agama, maka ia tertolak. Begitu juga sabda baginda (s.a.w) di dalam hadisyang lain, hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rashidin al-Mahdiyyin setelahku, berpeganglah dengannya dan jagalah ia dengan gigi-gigimu. Dan awaslah kamu terhadap bid'ah; Ini dikeranakan setiap yang baru adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan.
- Abdul Rahman bin Ismail (meninggal dunia tahun 665 H), Al-Ba'ith 'Ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadits, jilid 1 muka surat 107, tahqiq Usman Ahmad 'Anbar, Dar al-Nashr: Dar al-Huda - Kaherah, cetakan pertama 1398 - 1978
Kesimpulan:
Berdasarkan ucapan Ibnu Taimiyah dan Bin Baz (mufti Wahabi), sambutan Maulud Nabi (s.a.w) dan melangsungkan majlis untuk itu adalah bid‛ah kerana:
Pertama: Rasulullah (s.a.w) sendiri tidak melakukannya sementara khutbah-khutbah dan ucapan-ucapan baginda turut menjadi sandaran.
Kedua: Khulafa, para sahabat dan Tabi‛in juga tidak menyambut hari kelahiran.
Ketiga: Kristian dan Yahudi telah melangsungkan perayaan seperti ini, sekiranya umat Islam juga melakukan hal yang sama maka ia menjadi mirip dengan Yahudi dan Kristian yang membawa kepada bid‛ah dan haram hukumnya.
Jawapan terhadap keraguan yang ditimbulkan Wahabi
Hingga di sini intisari syubhah dari kenyataan Ibnu Taimiyah, fatwa Bin Baz dan dalil-dalil bid‛ahnya sambutan Maulud Nabi menjadi jelas. Sekarang jawapan kepada soalan dan masalah cabangnya akan diterangkan dengan jawapan-jawapan berikut:
Jawapan pertama: Rasulullah (s.a.w) melaksanakan korban di hari ulangtahun kelahiran baginda.
Fatwa Bin Baz tentang haramnya sambutan Maulud Nabi (s.a.w) dengan dalil yang dikira utuh ialah baginda sendiri dan para sahabat tidak pernah melaksanakan sambutan tersebut:
لأن الرسول صلى الله عليه وسلم لم يفعله ولا خلفاؤه الراشدون ولا غيرهم من الصحابة.
Ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) tidak pernah melakukannya, begitu juga Khulafa al-Rashidin dan selain mereka daripada golongan sabahat.
Neraca timbangan dalam menentukan bid‛ah terhadap kebanyakan perbuatan dan amalan yang telah dicanangkan oleh Wahabi berasaskan sirah Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat. Realiti kejadian menjadi topik utama wacana mereka.
Sebagai jawapan terhadap keraguan yang ditimbulkan oleh ajaran sesat ini, hendaklah dikatakan bahawa:
Kebetulan Rasulullah (s.a.w) turut menyambut ulangtahun kelahiran baginda dengan melakukan akikah sebanyak dua kali (sebagai tanda kesyukuran). Perkara ini terdapat di dalam riwayat muktabar Ahli Sunnah dan yang menariknya ialah dengan bersandarkan riwayat ini Jalaluddin al-Sayuthi, salah seorang ulama tersohor Ahli Sunnah menyatakan sambutan Maulud Nabi (s.a.) adalah sunnah yang dituntut.
Setelah menukilkan fatwa Ibnu Hajar al-‛Asqalani (akan diterangkan dalam artikel ini), Sayuthi turut menerangkan puasa di kalangan penganut agama Yahudi di hari Asyura sebagai kesyukuran terhadap peristiwa keselamatan Nabi Musa (a.s).
قلت : وقد ظهر لي تخريجه على أصل آخر وهو ما أخرجه البيهقي عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلّم عق عن نفسه بعد النبوة مع أنه قد ورد أن جده عبد المطلب عق عنه في سابع ولادته والعقيقة لا تعاد مرة ثانية ، فيجعل ذلك على أن الذي فعله النبي صلى الله عليه وسلّم إظهار للشكر على إيجاد الله إياه رحمة للعالمين وتشريع لأمته كما كان يصلي على نفسه لذلك فيستحب لنا أيضاً إظهار الشكر بمولده بالاجتماع وإطعام الطعام ونحو ذلك من وجوه القربات وإظهار المسرات.
الحاوي للفتاوي، ج 1، ص 188
Aku menyatakan: Telah zahir bagiku asal usul lain (bagi Maulud Nabi s.a.w), iatu apa yang dinukilkan oleh al-Baihaqi daripada Anas bahawasanya Nabi (s.a.w) melakukan akikah terhadap dirinya setelah kenabian meskipun ada riwayat yang menyatakan datuknya Abdul Mutallib melakukan akikah untuk baginda pada hari ke-tujuh kelahirannya dan akikah itu tidaklah diulang buat kali kedua. Maka demikian itu apa yang dilakukan Rasulullah (s.a.w) menjadi suatu yang menyatakan kesyukuran bahawa Allah mewujudkan rahmat di seluruh semesta alam dan menjadi syariat bagi umat baginda, sebagaimana selawat ke atas diri baginda. Oleh yang demikian itu menjadi sunat yang dituntut bagi kita juga demi melahirkan kesyukuran atas kelahiran baginda dengan perhimpunan, memberikan makanan dan sebagainya seperti mengorbankan haiwan dan menyatakan kegembiraan.
- Al-Hawi Lil Fatawa, jilid 1 muka surat 188
Noktah penting dalam kata-kata al-Sayuthi di sini ialah beliau berkata: Sambutan akikah dilakukan dalam dua sisi iaitu menyatakan kesyukuran dan syiariat bagi umat:
إظهار للشكر على إيجاد الله إياه رحمة للعالمين وتشريع لأمته
Menyatakan kesyukuran apabila Allah mewujudkan baginda sebagai rahmat bagi seluruh alam semesta dan sebagai syariat kepada umat baginda.
Dengan pertimbangan ini. Imam Suyuthi menyatakan kesimpulan bahawa sambutan Maulud adalah sunat yang dituntut (mustahab):
فيستحب لنا أيضاً إظهار الشكر بمولده.
Maka menjadi sunat yang dituntut bagi kita untuk menyatakan kesyukuran terhadap kelahiran baginda (s.a.w).
Al-Halabi juga menukilkan riwayat tersebut dan menegaskan bahawa Sayuthi mempunyai anggapan bahawa ianya adalah satu asas untuk mengadakan sambutan Maulud:
والحافظ السيوطى ... وجعله أصلا لعمل المولد قال لأن العقيقة لا تعاد مرة ثانية فيحمل ذلك على أن هذا الذي فعله النبي صلى الله عليه وسلم إظهارا للشكر على إيجاد الله تعالى إياه رحمة للعالمين وتشريعا لأمته ...
الحلبي، علي بن برهان الدين (متوفاى1044هـ)، السيرة الحلبية في سيرة الأمين المأمون، ج 1، ص 130، ناشر: دار المعرفة - بيروت – 1400.
Al-Hafiz al-Suyuhti…. Menjadikannya sebagai asas untuk amalan Maulud Nabi (s.a.w) dan berliau berkata akikah tidaklah dilakukan sebanyak dua kali. Maka demikian itu menunjukkan perbuatan Nabi (s.a.w) itu sebagai menyatakan kesyukuran kerana Allah mewujudkan baginda (s.a.w) sebagai rahmat ke atas alam semesta dan ianya menjadi syariat bagi umatnya…
- Al-Halabi, Ali bin Burhan al-Din (meninggal dunia tahun 1044 H), al-Sirah al-Halabiyah Fi Sirah al-Amin al-Ma’mun, jilid 1 muka surat 103, penerbit Dar al-Ma‛rifah – Beirut 1400 H.
Riwayat mengenai akikah Nabi (s.a.w) telah dinukilkan di dalam sumber-sumber Ahli Sunnah. Berikut adalah beberapa pengesahan ulama Ahli Sunnah tentang kesahihan riwayat tersebut.
Al-Muqaddasi mengesahkan kesahihan sanad riwayat tersebut di dalam kitab al-Ahadits al-Mukhtarah:
أخبرنا محمد بن أحمد بن نصر بأصبهان أن الحسن بن أحمد الحداد أخبرهم وهو حاضر ابنا أبو نعيم ابنا سليمان بن أحمد الطبراني ثنا أحمد بن مسعود هو المقدسي قثنا الهيثم بن جميل قثنا عبد الله بن المثنى عن ثمامة بن عبد الله بن أنس عن أنس أن النبي صلي الله عليه وسلم عق عن نفسه بعدما بعث نبيا إسناده صحيح.
المقدسي الحنبلي، ابوعبد الله محمد بن عبد الواحد بن أحمد (متوفاى643هـ)، الأحاديث المختارة، ج 5 ، ص 204، تحقيق عبد الملك بن عبد الله بن دهيش، ناشر: مكتبة النهضة الحديثة - مكة المكرمة، الطبعة: الأولى، 1410هـ.
Diriwayatkan Muhammad bin Ahmad bin Nasr di Isfahan, bahawa al-Hasan bin Ahmad al-Haddad memberitahu mereka sedangkan beliau masih hadir, telah menceritakan kepada kami Abu Nu‛aim, daripada Sulaiman bin Ahmad al-Tabrani, daripada Ahmad bin Mas‛ud iaitu al-Muqaddasi, daripada al-Haitham bin Jamil, dariapada Abdullah bin al-Muthanna, daripada Thumamah bin Abdullah bin Anas, daripada Anas:
Sesungguhnya Nabi (s.a.w) melakukan akikah untuk dirinya setelah baginda menjadi Nabi.
Persanadan hadis ini adalah Sahih.
Abu Bakar al-Hathami juga berkata:
وعن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعد ما بعث نبيا رواه البزار والطبراني في الأوسط ورجال الطبراني رجال الصحيح خلا الهيثم بن جميل وهو ثقة.
الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاى807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 4، ص 59، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.
Daripada Anas, sesungguhnya Nabi (s.a.w) melakukan akikah untuk dirinya sendiri setelah bi‛thah kenabian. Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Tabrani di dalam al-Awsat, rijal al-Tabrani adalah rijal yang sahih melainkan al-Haithami bin bin Jamil sedangkan beliau adalah thiqah. – Al-Haythami, Abul Hasan Ali bin Abi Bakar (meninggal dunia tahun 807 Hijrah), Majma‛ al-Zawa’id Wa Manba‛ al-Fawa’id, jilid 3 muka surat 59, penerbit Dar al-Rayyan Li Turath/ Dar al-Kitab al-‛Arabi – Kaherah, Beirut – 1407
Al-Dumyathi pula dalam komennya menganggap hadis ini sebagai Hasan:
وحسن أن يعق عن نفسه كما مر لخبر أنه صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعد النبوة قال في فتح الجواد وادعاء النووي بطلانه مردود بل هو حديث حسن.
الدمياطي ، أبي بكر ابن السيد محمد شطا (معاصر) حاشية إعانة الطالبين على حل ألفاظ فتح المعين لشرح قرة العين بمهمات الدين ، ج 2، ص 336، ناشر : دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع – بيروت.
Adalah suatu yang baik untuk baginda (s.a.w) melakukan akikah bagi dirinya sebagaimana yang berlalu dalam sebuah riwayat bahawa baginda melakukan akikah untuk dirinya setelah kenabian. Tersebut di dalam kitab Fath al-Jawad tentang penolakan dakwaan al-Nawawi yang menyatakan riwayat ini sebagai batil, bahkan ia adalah hadis Hasan.
- Al-Dumyathi, Abi Bakr al-Sayid Muhammad Shata (ulama zaman ini), Hashiya I‛anah al-Talibin Ala Hal Alfaz Fat al-Mu‛in Li Sharh Qurrah al-‛Ain Bi Himmat al-Din, jilid 2 muka surat 336, penerbit Dar al-Fikr Li Tiba‛ah Wa al-Nashr Wa al-Tawzi‛ - Beirut.
Jawapan kedua: Para sahabat berpuasa pada hari Isnin setiap minggu bagi mengungkapkan kesyukuran sempena kelahiran dan bi‛thah Nabi (s.a.w)
Para sahabat Nabi juga menyatakan kesyukuran sempena hari ulangtahun kelahiran Rasulullah (s.a.w) dengan berpuasa pada hari Isnin. Perkara ini terdapat di dalam Sahih Muslim yang mana Rasulullah (s.a.w) ditanya tentang puasa pada hari Isnin dan baginda menjawab: Hari ini adalah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan sebagai nabi:
1162 حدثنا محمد بن الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بن بَشَّارٍ واللفظ لابن الْمُثَنَّى قالا حدثنا محمد بن جَعْفَرٍ حدثنا شُعْبَةُ عن غَيْلَانَ بن جَرِيرٍ سمع عَبْدَ اللَّهِ بن مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيَّ عن أبي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عن صَوْمِهِ قال فَغَضِبَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال عُمَرُ رضي الله عنه رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَبِبَيْعَتِنَا بَيْعَةً ... قال وَسُئِلَ عن صَوْمِ يَوْمٍ وَإِفْطَارِ يَوْمٍ قال ذَاكَ صَوْمُ أَخِي دَاوُدَ عليه السَّلَام قال وَسُئِلَ عن صَوْمِ يَوْمِ الإثنين قال ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فيه وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أو أُنْزِلَ عَلَيَّ فيه ...
صحيح مسلم، ج 2، ص 819
Diriwayatkan Muhammad bin Muthanna dan Muhammad bin Bashar, dan lafaz Ibnu al-Muthanna, kedua-dua mereka menceritakan kepada kami, telah berkata kepada kami Muhammad bin Ja‛far, telah berkata kepada kami Shu‛bah daripada Ghaylan bin Jarir yang mendengar daripada Abdullah bi Ma‛bad al-Zamani, daripada Abi Qatadah al-Anshari:
Rasulullah ditanya tentang puasanya. Maka Rasul Allah (s.a.w) merasa terganggu. Kemudian 'Umar berkata: Kami Redha dengan Allah sebagai Tuhan, dengan Islam sebagai agama, dengan Muhammad sebagai Rasul dan kami berbai‛at dengan sebenar-benar bai‛at… Perawi berkata Rasulullah (s.a.w) ditanya sekiranya kami berpuasa satu hari dan satu hari kami berbuka. Baginda menjawab: Ini adalah puasa saudaraku Daud (a.s). Kemudian baginda ditanya tentang puasa pada hari Isnin, baginda menjawab: Hari ini merupakan hari aku dilahirkan dan telah diutuskan, atau wahyu telah turun padaku… - Sahih Muslim, jilid 1 muka surat 819.
Hadis tersebut menegaskan bahawa puasa pada hari Isnin mengambil sempena hari kelahiran dan pengutusan baginda.
Al-‛Abdari al-Maliki menceritakan riwayat ini dan menerangkan kemuliaan hari ini adalah pada bulan Rabi‛ul Awwal:
فتشريف هذا اليوم متضمن لتشريف هذا الشهر الذي ولد فيه فينبغي أن نحترمه حق الاحترام ونفضله بما فضل الله به الأشهر الفاضلة.
المدخل ج 2،ص 3، أبو عبد الله محمد بن محمد بن محمد العبدري الفاسي المالكي الشهير بابن الحاج الوفاة: 737هـ ، دار النشر : دار الفكر - 1401هـ - 1981م
Memuliakan hari ini termasuk di dalam bulan kelahiran baginda. Maka kita perlu menghormatinya dan melaksanakan hak penghormatan dan melebihkannya sebagaimana Allah melebihkan bulan ini.
- Al Madkhal, jilid 2 muka surat 3, Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad al-‛Abdari al-Fasi al-Maliki yang terkenal sebagai Ibnu al-Haj, meninggal dunia tahun 737 H, Penerbit: Dar al-Fikr 1401 H – 1981 M.
Oleh itu, inidividu yang cuba mengambil alasan bahawa sahabat tidak melaksanakan sambutan ini perlu dipersoal dan dipertikai. Ini disebabkan terdapat bukti bahawa tanggapan bid‛ah mereka itu adalah batil.
Jawapan ke-tiga: Sambutan kelahiran merupakan anugerah nikmat kewujudan Nabi (s.a.w).
Nikmat-nikmat yang diagungkan Allah (s.w.t) bagi individu bernilai tidak ada had dan tidak terhitung. Salah satu dari nikmat-nikmat Allah (s.w.t) ialah kewujudan Rasulullah (s.a.w) yang mana dengan perantara beliau, dunia manusia yang sesat dan jahil telah diselamatkan.
Dengan penerangan ini, menurut umat Islam, sambutan hari kelahiran ialah sambutan kesyukuran terhadap anugerah Allah (s.a.w) dengan wujudnya baginda (s.a.w).
Dari satu sisi yang lain, kesyukuran nikmat juga merupakan suatu perkara yang wajib dan sesuai. Tidak ada halangan dari sisi syariat untuk melaksanakannya. Sekarang, pertanyaannya ialah apakah mensyukuri nikmat juga adalah bid‛ah di sisi ajaran sesat Wahabi?
Ibnu Hajar al-‛Asqalani yang juga salah seorang ulama Ahli Sunnah tersohor juga menganggap kelahiran Rasulullah (s.a.w) sebagai salah satu nikmat besar Allah. Di dalam kenyataannya jelas menunjukkan, beliau menghitung perayaan kelahiran baginda sebagai salah satu realiti kesyukuran nikmat.
Noktah penting dalam ucapan beliau ialah fatwanya sendiri di dalam sambutan Maulud telah disandarkan kepada riwayat yang sahih yang mana Rasullah (s.a.w) menyatakan bahawa amalan sambutan orang Yahudi adalah bagi mensyukuri atas tenggelamnya Fir‛aun dan terselamatnya Musa (a.s). Ibnu Hajar menyimpulkan dari riwayat sahih ini dengan menyatakan sekiranya seseorang itu bermaksud menyatakan kesyukuran dengan mengadakan sambutan, maka perbuatan ini diharuskan.
Matan Fatwa beliau sebagaimana yang dinukilkan Sayuthi adalah seperti berikut:
وقد سئل شيخ الإسلام حافظ العصر أبو الفضل أحمد بن حجر عن عمل المولد فأجاب بما نصه : أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة ولكنها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدها ، فمن تحرى في عملها المحاسن وتجنب ضدها كان بدعة حسنة وإلا فلا .
Sheikhul Islam Hafiz Abul Fadhl Ahmad bin Hajar telah ditanya tentang amalan Maulud, maka dijawab sebagaimana yang dinaskan: Asalnya amalan Maulud adalah bid'ah yang tidak pernah dinukilkan daripada seorang pun orang terdahulu/ Salaf al-Salih, sejak kurun ke-tiga. Namun meskipun begitu, perkara ini termasuk dalam perkara yang baik dan sebaliknya. Barangsiapa yang melakukan perkara ini sebagai kebaikan dan menghindari apa yang sebaliknya, maka ia adalah bid'ah yang baik. Jika tidak maka ia bukanlah bid'ah yang baik.
Setelah berkata demikian, beliau menyandarkannya dengan riwayat sahih dan berkata:
قال : وقد ظهر لي تخريجها على أصل ثابت وهو ما ثبت في الصحيحين من أن النبي صلى الله عليه وسلّم قدم المدينة فوجد اليهود يصومون يوم عاشوراء فسألهم فقالوا هو يوم أغرق الله فيه فرعون ونجى موسى فنحن نصومه شكراً لله تعالى.
فيستفاد منه فعل الشكر لله على ما من به في يوم معين من إسداء نعمة أو دفع نقمة ، ويعاد ذلك في نظير ذلك اليوم من كل سنة ، والشكر لله يحصل بأنواع العبادة كالسجود والصيام والصدقة والتلاوة ، وأي نعمة أعظم من النعمة ببروز هذا النبي نبي الرحمة في ذلك اليوم ، وعلى هذا فينبغي أن يتحرى اليوم بعينه حتى يطابق قصة موسى في يوم عاشوراء ، ...
وأما ما يعمل فيه فينبغي أن يقتصر فيه على ما يفهم الشكر لله تعالى من نحو ما تقدم ذكره من التلاوة والإطعام والصدقة وإنشاد شيء من المدائح النبوية والزهدية المحركة للقلوب إلى فعل الخير والعمل للآخرة...
السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، الحاوي للفتاوي في الفقه وعلوم التفسير والحديث والاصول والنحو والاعراب وسائر الفنون، ج1، ص 188، تحقيق: عبد اللطيف حسن عبد الرحمن، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ - 2000م.
Telah zahir bagiku tentang pengeluaran hukumnya atas prinsip yang telah ditetapkan, iaitu apa yang telah terbukti di dalam Sahihain (Sahih al-Bukhari dan Muslim), yang mana Nabi (s.a.w) telah datang ke Madinah dan mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Maka baginda bertanya kepada mereka. Lantas mereka menjawab ia adalah hari yang Allah (s.w.t) menenggelamkan Fir'aun dan menyelamatkan Musa. Maka kami pun berpuasa sebagai kesyukuran kepada Allah (s.w.t).
Riwayat ini dimanfaatkan dalam perbuatan bersyukur kepada Allah (s.w.t) atas kurniaan pada hari tertentu, samada dari kurniaan nikmat atau mencegah kemurkaan. Ianya merujuk kepada misalan yang seperti hari tersebut pada setiap tahun. Kesyukuran kepada Allah (s.w.t) terhasil dengan berbagai aneka ibadah seperti sujud, berpuasa, sedekah dan tilawah. Nikmat yang mana lebih besar dari kezuhuran Nabi (s.a.w) pada hari tersebut selaku nabi rahmat?. Oleh itu kesyukuran pada hari ini patut dilangsungkan sehingga menuruti kisah keselamatan Nabi Musa (a.s) di hari Asyura.
Namun apa yang menjadi amalan pada hari tersebut hendaklah menjadi realiti kesyukuran kepada Allah (s.w.t) sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini seperti tilawah al-Qur'an, memberi makan, bersedekah, mendendangkan lagu pujian terhadap kenabian, kezuhuran dan sesuatu yang menjadi inisiatif untuk menggerakkan kalbu ke arah perbuatan baik dan amalan untuk akhirat.
- Al-Sayuthi, Jalaluddin Abul Fadhl Abdul Rahman bin Abu Bakar (meninggal dunia tahun 911 H), Al-Hawi Li Fatawa Fi Fiqh wa Ulum al-Tafsir wa al-Hadith wa al-Ushul Wa Nahw Wa I‛rab Wa Sa‛ir al-Funun, jilid 1 muka surat 188, tahqiq Abdul Latif Hasan Abdul Rahman, penerbit Dar al-Kutub al-Ilmiyah – Beirut, cetakan pertama 1421 H – 2000 M.
Jawapan ke-empat: Ulama Ahli Sunnah mengharuskan sambutan Maulidur Rasul (s.a.w)
Dengan mengamati kata-kata dan fatwa-fatwa ulama Ahli Sunnah diketahui dengan jelas bahawa mereka membenarkan sambutan Maulidur Rasul dan menganggap ianya terkeluar dari daerah bid‛ah yang diwarwarkan penganut ajaran sesat Wahabi selain menyebut pahala dan ganjaran bagi mereka yang memeriahkannya.
Terdapat banyak kenyataan ulama Ahli Sunnah dalam perkata ini. Secara ringkasnya, artikel ini akan menyebut sebahagian daripada ucapan dan fatwa dan faktor mereka menyambut Maulud Nabi ini adalah untuk menyatakan perasaan dan kemuncak kesyukuran nikmat kewujudan baginda.
1. Ibnu Hajar al-‛Asqalani (meninggal dunia tahun 852 H)
Ibnu Hajar al-‛Asqalani merupakan ulama Ahli Sunnah kurun ke 9 Hijrah. Beliau menganggap sambutan Maulidur Rasul adalah perbuatan yang baik ketika ditanya mengenainya. Teks pertanyaan dan fatwa beliau yang dicatat oleh Sayuthi adalah seperti berikut:
وقد سئل شيخ الإسلام حافظ العصر أبو الفضل أحمد بن حجر عن عمل المولد فأجاب بما نصه : أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة ولكنها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدها ، فمن تحرى في عملها المحاسن وتجنب ضدها كان بدعة حسنة وإلا فلا .
السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، الحاوي للفتاوي في الفقه وعلوم التفسير والحديث والاصول والنحو والاعراب وسائر الفنون، ج1، ص 188، تحقيق: عبد اللطيف حسن عبد الرحمن، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ - 2000م.
Telah ditanya kepada Sheikhul Islam al-Hafiz al-‛Asr, Abul Fadhl Ahmad bin Hajar mengenai amalan Maulud. Maka beliau menjawab dengan nasnya: Prinsip Maulud adalah Bid‛ah, tidak pernah seorang pun daripada golongan Salaf al-Salih dari kurun ke-3 yang menukilkannya. Meskipun begitu, sambutan ini meliputi kebaikan dan sebaliknya. Maka barangsiapa yang melakukan perbuatan baik sambil menghindari perkara sebaliknya (kejahatan), maka itu adalah bid‛ah yang baik. Jika tidak ia bukanlah bid‛ah yang baik. – Al-Sayuthi, Jalal al-Din Abul Fadh Abdul Rahman bin Abi Bakr (meninggal dunia tahun 911 Hijrah), al-Hawi Lil Fatawa Fi Fiqh wa ‛Ulum al-Tafsir Wal Hadis Wal Ushul Wa al-Nahw wal A‛rab Wa Sa’ir al-Funun, jilid 1 muka surat 188, tahqiq ‛Abd al-Latif Hasan Abdul Rahman, penerbit Dar al-Kutub al-‛Ilmiyah – Beirut, cetakan pertama 1421 H – 2000 M
2. Jalauddin al-Sayuthi (meninggal dunia tahun 911 H)
Al-Sayuthi merupakan salah seorang ulama Fiqh dan Tafsir Ahli Sunnah yang menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bid‛ah hasanah dan mempunyai pahala serta ganjaran:
فقد وقع السؤال عن عمل المولد النبوي في شهر ربيع الأول ما حكمه من حيث الشرع ؟ وهل هو محمود أو مذموم ؟ وهل يثاب فاعله أولا ؟ .
والجواب : عندي أن أصل عمل المولد الذي هو اجتماع الناس وقراءة ما تيسر من القرآن ورواية الأخبار الواردة في مبدأ أمر النبي صلى الله عليه وسلّم وما وقع في مولده من الآيات ثم يمد لهم سماط يأكلونه وينصرفون من غير زيادة على ذلك هو من البدع الحسنة التي يثاب عليها صاحبها لمافيه من تعظيم قدر النبي صلى الله عليه وسلّم وإظهار الفرح والاستبشار بمولده الشريف.
الحاوي للفتاوي، ج 1، ص 181
Telah timbul pertanyaan tentang amalanMaulidur Rasul di dalam bulan Rabi‛ul Awwal, Apakah hukumnya dari sisi Syara‛? Apakah ianya terpuji atau dikeji? Apakah pelakunya diganjarkan pahala atau tidak?
Jawapannya: Bagi saya, asalnya amalan Maulud yang mana masyarakat berkumpul, membaca al-Qur’an, hadis-hadis mengenai permulaan urusan Nabi (s.a.w) serta apa yang terjadi ketika kelahiran baginda daripada ayat-ayat, kemudian membentangkan alas bagi mereka untuk menjamu selera, dan bersurai tanpa menambah-nambah apa yang selain itu adalah bid‛ah hasanah, yang mana penganjurnya mendapat pahala, ini disebabkan sambutan itu memuliakan Nabi (s.a.w), menyatakan kegembiraan dan mengabarkan berita gembira kelahiran baginda.
– Al-Hawi Li Fatawa, jilid 1 muka surat 181
3. - Salihi al-Shami (meninggal dunia tahun 947 H)
Ulama Ahli Sunnah ini dalam membidas tanggapan salah sebahagian orang terhadao sambutan Maulud, beliau berkata:
ولا نية هنا إلا الشكر لله تعالى على ولادة هذا النبي الكريم صلى الله عليه وسلم في هذا الشهر الشريف ، وهذا معنى نية المولد فهي نية مستحسنة بلا شك .
سبل الهدى والرشاد، ج 1، ص 373
Tidak ada niat yang lain di sini (sambutan Maulud) melainkan memanjatkan kesyukuran kepada Allah (s.w.t) dengan kelahiran Nabi yang mulia ini (s.a.w) di bulan yang mulia ini, tidak syak lagi niat sambutan Maulud ini adalah baik.
- Subul al-Huda Wa al-Rashad, jilid 1 muka surat 373
4. Ibnu Jazari (meninggal dunia tahun 833 Hijrah)
Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Jazari al-Shafi‛i yang merupakan ulama Ahli Sunnah kurun ke- sembilan di dalam kitab al-Ta‛rif Bil Maulid al-Sharif (التعريف بالمولد الشريف) menceritakan keringanan azab Abu Lahab di neraka jahannam (kerana membebaskan hamba sahayanya kerana mendapat berita kelahiran Nabi s.a.w). Setelah itu beliau menjelaskan, sekiranya seorang yang kafir seperti Abu Lahab diringankan azab, maka ganjaran bagi umat Islam berakidah tauhid yang bergembira di hari Maulidur Rasul adalah syurga. Berasas ini beliau menceritakannya sambil bersumpah sebagaimana yang dinukilkan oleh Sayuthi di dalam kitab al-Hawi Lil Fatawa:
ثم رأيت إمام القراء الحافظ شمس الدين بن الجزري قال في كتابه المسمى عرف التعريف بالمولد الشريف ما نصه : قد رؤي أبو لهب بعد موته في النوم فقيل له ما حالك ؟ فقال : في النار إلا أنه يخفف عني كل ليلة اثنين وأمص من بين أصبعي ماء بقدر هذا وأشار لرأس أصبعه وإن ذلك باعتاقي لثويبة عند ما بشرتني بولادة النبي صلى الله عليه وسلّم وبإرضاعها له.
فإذا كان أبو لهب الكافر الذي نزل القرآن بذمة جوزي في النار بفرحه ليلة مولد النبي صلى الله عليه وسلّم به فما حال المسلم الموحد من أمة النبي صلى الله عليه وسلّم يسر بمولده ويبذل ما تصل إليه قدرته في محبته صلى الله عليه وسلّم ؟ لعمري إنما يكون جزاؤه من الله الكريم أن يدخله بفضله جنات النعيم .
الحاوي للفتاوي في الفقه وعلوم التفسير ، ج 1، ص 188
Kemudian, aku telah melihat Imam al-Qurra’ al-Hafiz, Shamsuddin bin al-Jazari berkata di dalam kitab yang dinamakan sebagai `Urf al-ta`rif bi al-mawlid al-sharif, apa yang dinaskannya ialah: Telah terjadi mimpi tentang Abu Lahab yang sudah meninggal dunia. Ketika ditanya apakah yang terjadi padanya, maka dijawabnya: Aku di dalam neraka melainkan aku telah diringankan azab setiap malam Isnin dan di celah jariku terdapat air yang mengalir sebanyak ini, (sambil menunjukkan kepala jarinya). Ini disebabkan tatkala aku dikabarkan tentang kelahiran Nabi (s.a.w) lahir, aku membebaskan hamba sahaya perempuanku (bernama) Tsawbiya dan beliau juga memberikan susu kepada baginda.
Sekiranya Abu Lahab Kafir sebagaimana ayat al-Qur’an yang diturunkan dalam mengecamnya, namun disebabkan dia bergembira di malam kelahiran Nabi (s.a.w) maka dia diberi ganjaran di dalam neraka. Bagaimana pula nasib orang Islam, ahli tauhid di kalangan umat Nabi (s.a.w) yang bergembira atas kelahiran baginda dan menyediakan apa yang termampu demi kecintaan terhadap baginda (s.a.w)? Aku (penulis) bersumpah demi usiaku, sesungguhnya ganjarannya ialah masuk ke dalam syurga dengan kurniaNya.
- Al-Hawi Lil Fatawa Fi Fiqh Wa Ulum al-Tafsir, jilid 1 muka surat 188.
5. Abul Khair al-Sakhawi (meninggal dunia tahun 902 Hijrah)
Al-Sakhawi al-Shafi‛I menjelaskan bahawa umat Islam di seluruh dunia menyambut ulangtahun kelahiran baginda dengan melakukan kerja-kerja kebaikan. Salihi al-Shami menukilkan kata-kata beliau sebagai berikut:
قال الحافظ أبو الخير السخاوي - رحمه الله تعالى - في فتاويه : عمل المولد الشريف لم ينقل عن أحد من السلف الصالح في القرون الثلاثة الفاضلة ، وإنما حدث بعد ، ثم لا زال أهل الإسلام في سائر الأقطار والمدن الكبار يحتفلون في شهر مولده صلى الله عليه وسلم بعمل الولائم البديعة المشتملة على الأمور البهجة الرفيعة ويتصدقون في لياليه بأنواع الصدقات ويظهرون السرور ويزيدون في المبرات ويعتنون بقراءة مولده الكريم ويظهر عليهم من بركاته كل فضل عميم . انتهى .
سبل الهدى والرشاد، ج 1، ص 362
Al-Hafiz Abul Khair al-Sakhawi berkata di dalam fatwanya: Sambutan Maulidur Rasul tidak pernah dinukilkan oleh golongan Salaf al-Salih di dalam kurun ketiga yang gemilang. Ianya diada-adakan setelahitu. Kemudian umat Islam di negara-negara, kota-kota besar tidak berhenti menyambut di bulan kelahiran baginda (s.a.w) dengan jamuan-jamuan yang meliputi perkara-perkara kegembiraan yang tinggi, mereka memberikan sedekah di malam-malanya dengan beraneka sedekah, mereka melahirkan rasa gembira dan menambah pekerjaan-pekerjaan yang baik, memberi fokus kepada bacaan teks kelahiran baginda, dan keberkatan yang melimpah dari setiap kelebihan telah dizahirkan Allah bagi mereka.
– Subul al-Huda Wa al-Rashad, jilid 1 muka surat 362
Al-Sakhawi merupakan ulama mazhab Shafi‛i. Penulis kitab al-Kawakib memperkenalkan beliau seperti berikut:
محمدبن السخاوي: محمد بن عبد الرحمن بن محمد بن أبي بكر بن عثمان بن محمد، الشيخ الإمام، العالم العلامة المسند، الحافظ المتقن شمس الدين أبو الخير السخاوي الأصل القاهري المولد، الشافعي المذهب، ... توفي بمكة، ...سنة اثنتين وتسعمائة،
الكواكب السائرة بأعيان المئة العاشرة ج 1، ص 28، نجم الدين محمد بن محمد الغزي (المتوفى : 1061هـ) الوفاة: 1061 ، دار النشر :
Muhammad al-Sakhawi: Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Abi Bakr bin Usman bin Muhammad, al-Sheikh al-Imam, al-‛Alim al-‛Allamah al-Masnad (dapat disandarkan kepadanya), al-Hafiz al-Mutqin Shamsuddin Abul Khair al-Sakhawi tempat asal lahirnya ialah Kaherah,bermazhab Syafi‛ie… meninggal dunia di Makkah… pada tahun 902 Hijrah.
– Al-Kawakib al-Sa’irah Bi A‛yan al-Mi’ah al-‛Ashirah, jilid 1 muka surat 28, Najmuddin Muhammad bin Muhammad al-Ghazi (meninggal dunia tahun 1061 H), Al-Wafa 1061.
6. Abdul Rahman Abu Shama (meninggal dunia tahun 665 Hijrah)
Abu Shama adalah ulama Sunni bermazhab Shafi‛i. Ketika membahaskan Maulidur Rasul, beliau menjelaskan ia adalah perbuatan yang baik meskipun baru sahaja diadakan. Sambutan ini disebabkan memuliakan Nabi (s.a.w) dan bersyukur kepada Allah (s.w.t) atas kewujudan baginda:
ومن أحسن ما ابتدع في زماننا من هذا القبيل ما كان يفعل بمدينة اربل جبرها الله تعالى كل عام في اليوم الموافق ليوم مولد النبي صلى الله عليه وسلم من الصدقات والمعروف واظهار الزينة والسرور فان ذلك مع ما فيه من الاحسان إلى الفقراء مشعر بمحبة النبي صلى الله عليه وسلم وتعظيمه وجلالته في قلب فاعله وشكرا لله تعالى على ما من به من ايجاد رسوله الذي أرسله رحمة للعالمين وعلى جميع المرسلين.
Antara perkara baik yang diada-adakan di zaman kita misalannya ialah apa yang dilakukan di kota (yang semoga Allah memakmurkannya), setiap tahun di hari yang bertepatan dengan hari kelahiran Nabi (s.a.w) dengan bersedekah, melakukan kebaikan, muncul dengan perhiasan dan menyanyi. Sesungguhnya demikian itu disusuli dengan kebaikan terhadap golongan fakir miskin secara kasih sayang, yang diiringi kecintaan terhadap Nabi (s.a.w) dan memuliakan baginda di dalam hati orang yang melakukannya, selain bersyukur keada Allah (s.w.t) atas kewujudan Rasulullah (s.a.w) dengan mengutuskan rahmat ke seluruh alam semesta begitu juga seluruh rasul-rasul.
Di akhir perbahasan, beliau menjelaskan sambutan Maulud yang pertama telah diadakan di Mosul oleh salah seorang hamba yang salih:
وكان أول من فعل ذلك بالموصل الشيخ عمر بن محمد الملا أحد الصالحين المشهورين وبه اقتدى في ذلك صاحب أربل وغيره رحمهم الله تعالى.
الباعث على إنكار البدع والحوادث، ج1 ، ص 23، عبد الرحمن بن إسماعيل أبو شامة الوفاة: 665 ، دار النشر : دار الهدى - القاهرة - 1398 - 1978 ، الطبعة : الأولى ، تحقيق : عثمان أحمد عنبر
Yang pertama melakukan perkara demikian ialah Sheikh Umar bin Muhammad al-Mulla di Mosul, beliau adalah seorang daripada hamba-hamba yang salih dan tersohor, Sahib Erbil dan lain-lain mengikuti beliau, semoga Allah (s.w.t) merahmati mereka. - Al-Ba‛ith ‛Ala Inkar Bida‛ Wal Hawadith, jilid 1 muka surat 23, Abdul Rahman bin Ismail Abu Shama (meninggal dunia tahun 665 H), Penerbit Da al-Huda Kaherah 1398 H – 1978 M, cetakan pertama, tahqiq: Usman Ahman ‛Anbar.
Beliau Abu Shamah merupakan salah seorang ulama bermazhab Shafi‛i yang mana Muhammad Shakir telah memperkenalkan beliau sebagai Imam, Allamah dan Zul Funun:
أبو شامة عبد الرحمن بن إسماعيل بن إبراهيم بن عثمان الإمام العلامة ذو الفنون شهاب الدين أبو شامة المقدسي الأصل الدمشقي الشافعي.
الكتبي، محمد بن شاكر بن أحمد (متوفاي764هـ) فوات الوفيات، ج 1، ص 617، تحقيق: علي محمد بن يعوض الله/عادل أحمد عبد الموجود، دار النشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولي2000م
Abu Shama Abdul Rahman bin Isma‛il bin Ibrahim bin Usman al-Imam al-‛Allamah Zul Funun Shahabuddin Abu Shamah al-Muqaddasi, berasal dari Damsyik, bermazhab Shafi‛i. – Al-Katabi, Muhammad bin Shakir bin Ahmad (meninggal dunia tahun 764 H), Fawat al-Wafayat, jilid 1 muka surat 617, tahqiq: Ali Muhammad bin Ya‛awwadh Allah/ ‛Adil Ahmad ‛Abdul Mawjud, penerbit Dar al-Kutub al-‛Ilmiyah – Beirut, cetakan pertama tahun 2000 M.
Al-Subki di dalam kitab Tabaqat al-Shafi‛e al-Kubra telah memperkenalkan beliau sebagai salah seorang imam:
وأبو شامة لقب عليه كان أحد الأئمة.
السبكي الشافعي، ابونصر تاج الدين عبد الوهاب بن علي بن عبد الكافي (متوفاى 771هـ)، طبقات الشافعية الكبرى، ج 8، ص 165، تحقيق: د. محمود محمد الطناحي د.عبد الفتاح محمد الحلو، ناشر: هجر للطباعة والنشر والتوزيع، الطبعة: الثانية، 1413هـ.
Beliau mendapat julukan Abu Samah, salah seorang imam. – Al-Subki al-Shafi‛I, Abu Nasr Taj al-Din ‛Abd al-Wahhab bin ‛Ali bin ‛Abd al-Kafi (meninggal dunia tahun 771 H), Tabaqat al-Shafi‛I al-Kubra, jilid 8 muka surat 168, tahqiq Dr. ‛Abdul Fattah Muhammad al-Halw, penerbit: Hijr Li Tiba‛ah wa Al-Nasr Wa al-Tawzi‛, cetakan kedua 1413 H.
7. Nasiruddin Mubarak bin Yahya al-Shafi‛I (meninggal dunia tahun 669 H)
Sheikh Nasir al-Din Mubarak bin Yahya al-Shafi‛e juga mengharuskan sambutan Maulidur Rasul (s.a.w) dan menganggap ianya melazimkan ganjaran pahala. Kata-kata beliau telah dicatat oleh al-Salihi al-Shami di dalam kitabnya seperti berikut:
وقال الشيخ الإمام العلامة نصير الدين المبارك الشهير بابن الطباخ في فتوى بخطه : إذا أنفق المنفق تلك الليلة وجمع جمعا أطعمهم ما يجوز إطعامه وأسمعهم ما يجوز سماعه ودفع للمسمع المشوق للآخرة ملبوسا ، كل ذلك سرورا بمولده صلى الله عليه وسلم فجميع ذلك جائز ويثاب.
الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاى942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج1، ص363 ، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ.
Al-Sheikh al-Imam al-‛Allamah Nashir al-Din al-Mubarak, terkenal sebagai Ibnu Tibakh berkata di dalam fatwa yang ditulisnya: Sekiranya seseorang memberikan infak di malam tersebut, menjamu makanan bagi mereka yang memerlukannya, memperdengarkan bagi mereka apa yang harus diperdengarkan, mendorong mereka untuk cenderung ke arah akhirat, memberikan hadiah pakaian, semua itu sebagai kegembiraan dengan lahirnya Nabi (s.a.w), maka ianya diharuskan dan diberi ganjaran pahala.
– Al-Salihi al-Shami, Muhammad bin Yusuf (meninggal dunia tahun 942 M), Subul al-Huda wa al-Rashad Fi Sirah Khair al-‛Ibad, jilid 1 muka surat 363, tahqiq: ‛Adil Ahmad ‛Abdul Mawjud dan Ali Muhammad Mu‛awwidh, penerbit Dar al-Kutub al-‛Ilmiyah – Beirut, cetakan pertama 1414 H.
Ibnu Kathir al-Dimasyqi memperkenalkan beliau seperti berikut:
الشيخ نصير الدين المبارك بن يحيى بن أبي الحسن أبي البركات بن الصباغ الشافعي العلامة في الفقه والحديث.
ابن كثير الدمشقي، ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاى774هـ)، البداية والنهاية، ج 13، ص 256، ناشر: مكتبة المعارف – بيروت.
Sheikh Nasir al-Din al-Mubarak bin Yahya bin Abi al-Hasan Abi al-Barakat bin al-Sabbagh al-Shafi‛i, seorang ‛Allamah di dalam bidang fikah dan hadis.
– Ibnu Kathir al-Dimashqi, Abul Fida Isma‛il bin Umar al-Qarashi (meninggal dunia tahun 774 H), al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 13 muka surat 256, penerbit Maktabah al-Mu‛arif – Beirut.
8. Ibnu Ubbad al-Randi (meninggal dunia tahun 792 H):
Ibnu ‛Ubbad al-Randi al-Maliki juga merupakan salah seorang tokoh yang menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai salah satu perayaan umat Islam dan tidak menamakannya sebagai bid‛ah. Kata-kata beliau telah dinukilkan Muhammad bin Abdul Rahman sebagai berikut:
قال في رسائله الكبرى ما نصه وأما المولد فالذي يظهر لي أنه عيد من أعياد المسلمين وموسم من مواسمهم وكل ما يفعل فيه ما يقتضيه وجود الفرح والسرور بذلك المولد المبارك من إيقاد الشمع وإمتاع البصر والسمع والتزين بلبس فاخر الثياب وركوب فاره الدواب أمر مباح لا ينكر على أحد قياسا على غيره من أوقات الفرح، والحكم بكون هذه الأشياء بدعة في هذا الوقت الذي ظهر فيه سر الوجود وارتفع فيه علم الشهود وانقشع فيه ظلام الكفر والجحود وادعاء أن هذا الزمان ليس من المواسم المشروعة لأهل الإيمان ومقارنة ذلك بالنيروز والمهرجان أمر مستثقل تشمئز منه القلوب السليمة وتدفعه الآراء المستقيمة .
المغربي، محمد بن عبد الرحمن ابوعبد الله (متوفاى: 954هـ)، مواهب الجليل لشرح مختصر خليل، ج 2 ص 407، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الثانية، 1398هـ.
Beliau berkata di dalam Rasa’il al-Kubra: Pada pendapat saya Maulidur Rasul adalah salah satu hari raya dan sambutan umat Islam. Setiap apa yang dilakukan pada hari kelahiran yang diberkati tersebut dengan menyalakan lilin, menyenangkan penglihatan dan pendengan (ucapan dan dendangan tentang keutamaan Rasul s.a.w), berhias dengan pakaian yang tersergam, manakala menunggang haiwan adalah perkara yang harus, tidak ada seorang pun yang tercegah berbanding waktu-waktu kegembiraan yang lain. Menghukum perkara ini sebagai bid‛ah (tatkala munculnya rahsia kewujudan, tingginya alam shuhud, terang berderangnya kegelitaan kufur dan keingkaran di hari ini), termasuklah yang mendakwa bahawa hari kelahiran sebagai bukan acara syariat untuk orang beriman, sambil membandingkannya dengan Nouruz dan festival, maka perkara ini (menghukum Maulidur Rasul sebgai bid‛ah) dibenci oleh hati yang waras serta pemikiran yang lurus.
– Al-Maghribi, Muhammad bin ‛Abdul Rahman Abu ‛Abdillah (meninggal dunia tahun 954 H), Mawahib al-Jalil Li Shahr Mukhtasar Jalil, jilid 2 muka surat 407, penerbit Dar al-Fikr – Beirut, cetakan kedua, 1398 H.
Ismail al-Baghdadi memperkenalkan Ibnu Ubbad sebagai berikut:
ابن عباد الرندي: محمد بن إبراهيم بن أبي بكر عبد الله ابن مالك بن عباد التعزي نسبا والرندي بلدا أبو عبد الله المالكي الصوفي الشهير بابن عباد ولد سنة 733 وتوفي سنة 792 اثنتين وتسعين وسبعمائة من تصانيفه ...الرسائل الكبرى في دقائق علم التوحيد والتصوف ومتشابه الآيات والاحاديث.
البغدادي، إسماعيل باشا (متوفاي 1339هـ) ، هدية العارفين أسماء المؤلفين وآثار المصنفين ، ج 6 ، ص174، دار النشر : دار الكتب العلمية - بيروت - 1413 - 1992
Ibnu Ubbad al-Randi: Muhammad bin Ibrahim bin Abi Bakr, Abdullah ibni Malik bin Ubbad al-Ta‛zi sebagai turunan dan al-Randi dinisbahkan nama negara, Abu ‛Abdillah al-Maliki al-Sufi, terkenal sebagai Ibun ‛Ubbad, lahir tahun 733 Hijrah, meninggal dunia tahun 792 Hijrah, antara karya-karya beliau ialah…. al-Rasa’il al-Kubra… - Al-Baghdadi, Ismail Basha (meninggal dunia tahun 1339 H), Hidayah al-'Arifin, Asma' al-Mu'allifin wa Athar al-Mu'allifin, jilid 6 muka surat 174, penerbit Dar al-Kutub al-‛Ilmiyah, Beirut 1413 H – 1992 M
Hasan bin Umar bin Habib (meninggal dunia tahun 779 H)
Seorang sejarahwan yang masyhur bernama Hasan bin Umar bin Habib turut menjelaskan bahawa sambuta Maulidur Rasul perlu dijadikan sebagai hari raya:
فما أكرم أيام مولده الشريف عند من عرف قدرها وما أعظم بركتها عند من عرف سرها ونشرها وحقيق بيوم كان فيه وجود النبي أن يتخذ عيدا وخليق بوقت استقرت فيه غرته أن يعقد طالعا سعيدا إذ قد انبسق فيه عن جوهرة الكون بيض الشرف وفيه ظهرت الدرة المصونة من باطن الصدف وأبرز سابق السعد من كمون العدم وبمكة المشرفة أنجز صادق الوعد بمضمون الكرم
الحسن بن عمر بن حبيب (متوفاي779هـ )، المقتفى من سيرة المصطفى صلى الله عليه وسلم، ج1، ص32 ، تحقيق : د مصطفى محمد حسين الذهبي، دار النشر: دار الحديث - القاهرة – مصر، الطبعة : الأولى 1416هـ - 1996م
Betapa mulianya hari-hari kelahiran baginda (s.a.w) pada mereka yang mengenal nilainya. Betapa agung keberkatan di sisi orang yang mengenal rahsianya dengan bertuah dan bahagia. Melangit tinggilah permata ciptaan putih gemilang di hari itu. Di hari itu jua muncullah mutiara yang terlindung dalam perut tiram dan lahirnya kebahagiaan dari “tiada” yang terpendam, di Makkah tercapailah janji benar dalam kandungan kemuliaan. – Al-Hasan bin Umar bin Habib (meninggal dunia tahun 779 H), Al-Muqtadi Min Sirah al-Mustafa Sallallahu ‛Alaihi Wa Sallam, jilid 1 muka surat 32, tahqiq: Dr. Mustafa Muhammad Husain al-Dzahabi, penerbit: Dar al-Hadis Kaherah, Mesir, cetakan pertama 1416 H – 1996 M.
Muhammad bin Umar al-Hadhrami al-Shafi‛I (meninggal pada tahun 930 H)
Al-Hadhrami al-Shafi‛I menjelaskan penduduk Makkah berkumpul di tempat kelahiran baginda (s.a.w) pada malam Maulidur Rasul. Sambil membaca doa,mereka bertabarruk dengan tempat ini.
قال علماء السير : ولد النبي [ صلى الله عليه وسلم ] في ربيع الأول ، يوم الاثنين بلا خلاف . ... وذلك ب ( مكة ) المشرفة ، في شعب أبي طالب ، وهو المكان الذي يجتمع فيه أهل ( مكة ) ليلة المولد الشريف ، للذكر والدعاء والتبرك بمسقط رأسه [ صلى الله عليه وسلم ] . وأفتى جماعة من المتأخرين بأن عمل المولد على هذا القصد حسن محمود.
الحضرمي الشافعي، محمد بن عمر بحرق (متوفاي930هـ)، حدائق الأنوار ومطالع الأسرار في سيرة النبي المختار، ج1، ص105، تحقيق: محمد غسان نصوح عزقول، دار النشر: دار الحاوي – بيروت، الطبعة: الأولى1998م
Ulama sejarah berkata: Nabi (s.a.w) dilahirkan dalam bulan Rabi‛ul Awwal, hari Isnin tanpa perselisihan pendapat mengenainya… di Makkah al-Musharrafah, di Sha‛b Abi Talib, iaitu tempat perhimpunan warga Makkah di malam kelahiran baginda untuk berzikir, berdoa, bertabarruk di tempat kelahiran baginda. Golongan muta’akhkhirin (terkemudian) memberi fatwa bahawa perlaksanaan Maulidur Rasul dengan tujuan ini adalah perbuatan baik lagi terpuji. – Al-Hadrami al-Shafi‛I, Muhammad bin Umar Bahraq (meninggal dunia tahun 930 H), Hada’q Wa Mathali‛ Al-Asrar Fi Sirah al-Nabi al-Mukhtar, jilid 1 muka surat 105, tahqiq: Muhammad Ghassan Nashuh ‛Azqul, Penerbit Dar al-Hawi – Beirut, cetakan pertama.
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, pernyataan ulama Ahli Sunnah menunjukkan sambutan Maulidur Rasul adalah membesarkan dan meagungkan kedudukan Nabi Muhammad (s.a.w) adalah untuk menyatakan kecintaan dan kesyukuran atas nikmat wujudnya baginda. Dengan penerangan ini, sambutan Maulidur Rasul adalah perbuatan yang baik untuk diamalan, selain terkeluar dari daerah Bid‛ah menurut fahaman ajaran sesat Wahabi.
Jawapan kelima: Berasaskan sumber-sumber Ahli Sunnah, sambutan Maulidur Rasul adalah bid‛ah hasanah.
Ulama Ahli Sunnah mengkategorikan bid‛ah dalam dua golongan iaitu bid‛ah hasanah dan bid‛ah qabih. Al-Sam‛ani menulis di dalam kitabnya:
والبدعة على وجهين بدعة قبيحة وبدعة حسنة.
الانتصار لأصحاب الحديث، ج 1، ص 28، منصور بن محمد السمعاني أبو المظفر الوفاة: 489هـ ، دار النشر : مكتبة أضواء المنار - السعودية - 1417هـ - 1996م ، الطبعة : الأولى ، تحقيق : محمد بن حسين بن حسن الجيزاني
Bid‛ah terdapat dua sisi, iaitu bid‛ah qabihah dan bid‛ah hasanah. - Al-Intsar Li Ashab al-Hadis, jilid 1 muka surat 28, Mansur bin Muhammad al-Sam‛ani Abul Mudzaffar (meninggal dunia tahun 489 Hijrah, penerbit: Dar al-Nashr: Maktabah Adhwa al-Manar, Arab Saudi 1417 H – 1996 M, cetakan pertama, tahqiq Muhammad bin Hudain bin Hasan al-Jizani.
Sebagaimana yang telah dinukilkan dalam artikel ini, sebahagian ulam Ahli Sunnah menyatakan Maulidur Rasul adalah bid‛ah hasanah. Selain itu, al-Halabi menukilkan kata-kata Ibnu Hajar al-‛Haithami bahawa perbuatan-perbuatan yang dilakukan dalam sambutan Maulidur Rasul termasuk di dalam golongan bid‛ah hasanah:
وقد قال ابن حجر الهيتمي والحاصل أن البدعة الحسنة متفق على ندبها وعمل المولد وإجتماع الناس له كذلك أي بدعة حسنة.
السيرة الحلبية ج 1، ص 137
Ibnu Hajar al-Haithami berkata: Bid‛ah hasanah bertepatan dengan mandatnya. Begitu juga amalan Maulidur Rasul dan perhimpunan masyarakat pada hari tersebut, ia adalah bid‛ah Hasanah.
– Al-Sirah al-Halabiyah, jilid 1 muka surat 137
Ibnu Taimiyah juga pernah menetapkan suatu neraca timbangan yang melazimkan Maulidur Rasul termasuk di dalam bid‛ah hasanah:
إذا البدعة الحسنة عند من يقسم البدع إلى حسنة وسيئة لابد أن يستحبها أحد من أهل العلم الذين يقتدى بهم ويقوم دليل شرعى على إستحبابها.
كتب ورسائل وفتاوى ابن تيمية في الفقه ج 27، ص 152
Bid‛ah hasanah di sisi orang yang membahagikan klasifikasi bid‛ah kepada hasanah dan sayyi‛ah, maka orang yang menyatakan amalan tersebut sebagai sunat dituntut hendaklah merupakan salah seorang ahli ilmu yang dituruti masyarakat.
- Kutub wa Rasa’il wa Fatawa Ibnu Taimiyah Fi Fiqh, jilid 27 muka surat 152.
Kesimpulan dari ucapan Ibnu Taimiyah ialah menurut penyokong konsep bid‛ah hasanah, sekiranya suatu amalan hendak dihitung sebagai bid‛ah hasanah, maka urusan ini perlu dinyatakan oleh salah seorang ulama sebagai “sunat yang dituntut”. Dalam masa yang sama kita dapati kata-kata Ibnu Hajar al-Haithami sebagai mana yang dinukilkan oleh Halabi berkata, bahawa amalan sambutan Maulidur Rasul dan perhimpunan masyarakat di dalamnya termasuk di dalam “bid‛ah hasanah”, sedangkan “bid‛ah hasanah” juga disepakati ulama sebagai sunat yang dituntut.
Noktah akhir: Kesan-kesan spiritual sambutan Maulidur Rasul (s.a.w) dalam kata-kata ulama Ahli Sunnah.
Kemungkinan timbul pertanyaan adakah menyambut Maulidur Rasul mendatangkan pahala atau tidak? Sebagai jawapan, artikel ini menghidangkan beberapa kata-kata ulama Ahli Sunnah sebagai berikut:
1. Jalaluddin al-Sayuthi
Sayuthi, merupakan salah seorang ulama Ahli Sunnah yang masyhur di dalam kitab al-Wasa’il Fi Sharh al-Shamil menyatakan kelebihan-kelebihan sambutan Maulidur Rasul di mana al-Damyathi telah menukilkan kata-kata beliau sebagai berikut:
قال سلطان العارفين جلال الدين السيوطي في كتابه الوسائل في شرح الشمائل ما من بيت أو مسجد أو محلة قرىء فيه مولد النبي الا حفت الملائكة بأهل ذلك المكان وعمهم الله بالرحمة والمطوقون بالنور يعني جبريل وميكائل وإسرافيل وقربائيل وعينائيل والصافون والحافون والكروبيون فإنهم يصلون على ما كان سببا لقراءة مولد النبي.
قال وما من مسلم قرىء في بيته مولد النبي إلا رفع الله تعالى القحط والوباء والحرق والآفات والبليات والنكبات والبغض والحسد وعين السوء واللصوص عن أهل ذلك البيت فإذا مات هون الله تعالى عليه جواب منكر ونكير وكان في مقعد صدق عند مليك مقتدر
إعانة الطالبين، ج 3، ص 365
Telah berkata Sultan al-‛Arif, Jalaluddin al-Sayuthi di dalam kitabnya al-Wasa’il Fi Shahr al-Shama’il berkata, tidak ada sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan samada di masjid atau kampung, melainkan para malaikat mengerumuni orang di tempat itu, menebarkan rahmat kepada mereka dan mengelilingi mereka dengan cahaya, itulah Jibrail, Mikail, Israfil, Qarbail, Ina‛il, al-Shafun, al-Hafun dan al-Karubiyyun. Mereka berselawat disebabkan apa yang dibaca sempena Maulidur Rasul.
Beliau berkata, tidaklah seseorang Muslim membaca sesuatu tentang Maulidur Rasul melainkan Allah (s.w.t) mengangkat kemarau gersang, wabak, kehangusan, penyakit, penderitaan, malapetaka, kebencian, hasad, intisari kejahatan dan penyamun dari keluarga rumah itu, sekiranya dia meninggal dunia, Allah (s.w.t) mempermudahkannya jawapan kepada malaikat Munkar dan Nakir dan dia diletakkan di tempat orang yang jujur di sisi Allah (s.w.t).
- I‛anah al-Talibin, jilid 3 muka surat 365
2. Imam Yafi‛i
Berdasarkan nukilan al-Damyathi, Yafi‛i juga menjelaskan, barangsiapa yang memberi makanan, melakukan kebaikan dan mengundang masyarakat untuk sambutan di hari Maulidur Rasul, maka Allah akan memasukkannya di dalam golongan orang yang benar, syuhada dan orang solih sementara tempatnya di akhirat kelak adalah di syurga:
وقال الإمام اليافعي اليمنى من جمع لمولد النبي إخوانا وهيأ طعاما وأخلى مكانا وعمل إحسانا وصار سببا لقراءة مولد الرسول بعثه الله يوم القيامة مع الصديقين والشهداء والصالحين ويكون في جنات النعيم.
إعانة الطالبين، ج 3، ص 365
Imam al-Yafi‛I al-yamani berkata, barangsiapa yang menghimpunkan saudara-saudaranya demi sambutan Maulidur Rasul, menyediakan makanan, mempersiapkan tempat, melakukan kebaikan, menjadikannya sebab untuk pembacaan Maulidur Rasul, maka Allah (s.w.t) akan membangkitkannya di hari kiamat bersama golongan orang yang benar, syuhada dan salihin. Tempatnya juga adalah di syurga kelak.
- I‛anah al-Talibin, jilid 3 muka surat 365
3. Junaidi Baghdadi:
Beliau menganggap kehadiran di dalam sambutan Maulidur Rasul sebagai sebab untuk mencapai keimanan. Kata-kata beliau dinukilkan oleh al-Damyathi sebagai berikut:
قال الجنيدي البغدادي رحمه الله من حضر مولد الرسول وعظم قدره فقد فاز بالإيمان.
الدمياطي ، أبي بكر ابن السيد محمد شطا (معاصر) حاشية إعانة الطالبين على حل ألفاظ فتح المعين لشرح قرة العين بمهمات الدين ، ج 3، ص 364، ناشر : دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع – بيروت.
Al-Junaidi al-Baghdadi berkata, barangsiapa yang hadir di dalam sambutan Maulidur Rasul dan mengagungkan kedudukan baginda, maka dia telah berjaya meraih keimanan. - Al-Damyathi, Abi Bakr Ibnu al-Sayid Muhammad Shata (ulama di zaman ini), Hashiyah I‛anah al-Talibin ‛Ala Hal al-Alfaz Fath al-Ma‛in Li Shahr Qurrah al-‛Ayn Mi Himmah al-Din, jilid 3 muka surat 364, penerbit Dar al-Fikr Li Tiba‛ah Wa al-Nashr Wa al-Tawzi‛ - Beirut.
4. Al-Sirri al-Saqathi
Kata-kata Al-Sirri al-Saqathi yang cukup dinamik menjelaskan bahawa memasang niat untuk menyertai majlis Maulidur Rasul sahaja sudah menjadi niat untuk meraih syurga:
وقال السري السقطي من قصد موضعا يقرأ فيه مولد النبي صلى الله عليه وسلم فقد قصد روضة من رياض الجنة لأنه ما قصد ذلك الموضع إلا لمحبة الرسول وقد قال عليه السلام من أحبني كان معي في الجنة.
إعانة الطالبين ج 3، ص 365
Al-Sirri al-Saqathi berkata, barangsiapa yang berniat ingin menyertai bacaan dalam majlis Maulidur Rasul, maka niatnya adalah taman dari taman-taman syurga. Ini disebabkan apa yang dia maksudkan itu adalah kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w) di mana baginda bersabda: Barangsiapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku di dalam syurga. - I‛anah al-Talibin, jilid 3 muka surat 365.
Kesimpulan keseluruhan topik:
Berikut adalah beberapa noktah penting hasil dari jawapan-jawapan yang telah dibentangkan:
Pertama: Penganut ajaran sesat Wahabi mendakwa bahawa Rasulullah (s.a.w) sendiri tidak menyambut hari kelahiran baginda sedangkan dua ulama besar Ahli Sunnah seperti Ibnu Hajar al-‛Asqalani dan Jalaluddin al-Sayuthi menganggap sambutan itu sah seperti di dalam dua hadis. Salah satu riwayat tersebut menjelaskan bahawa Nabi (s.a.w) melakukan akikah pada dalam ulangtahun kelahiran baginda, kemudian baginda melakukan akikah lagi selang beberapa tahun kemudian.
Kedua: Telah dikatakan bahawa para sahabat juga tidak menyambut Maulidur Rasul sedangkan menurut hadis Sahih Muslim, para sahabat berpuasa sempena kelahiran dan pengutusan Nabi Muhammad (s.a.w).
Ketiga: Melangsungkan sambutan Maulidur Rasul dan anak cucu baginda Imam Ja‛far al-Sadiq (a.s) merupakan sebuah manifestasi kesyukuran terhadap wujudnya kedua-dua personaliti tersebut. Tidak syak lagi, tidak ada seorang pun umat Islam yang menganggap perbuatan menyatakan kesyukuran terhadap nikmat Allah (s.w.t) sebagai sesuatu yang buruk.
Keempat: Menurut pandangan ulama Ahli Sunnah, sambutan kelahiran baginda adalah perbuatan yang baik; Ini disebabkan perbuatan ini adalah indikasi pengagungan dan penghargaan kepada Nabi (s.a.w) disamping menyatakan kesyukuran nikmat hasil wujudnya baginda (s.a.w)
Kelima: Berdasarkan pandangan ulama Ahli Sunnah, konsep bid‛ah terbahagi kepada dua. Melangsungkan majlis Maulidur Rasul ini dianggap termasuk di dalam bid‛ah hasanah sedangkan menurut Ibnu Hajar al-Haithami, perkara-perkara di dalam bid‛ah hasanah adalah sunat yang dituntut.