Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setelah 26 hari penduduk awam Yaman diserang pakatan yang dikepalai Arab Saudi, akhirnya televisyen negara yang diperintah rejim Al Saud itu mengumumkan pemberhentian serangan.
Dalam satu kenyataan media, pakatan tersebut memaklumkan, "Serangan udara sudah selesai dan fasa selanjutnya ialah mengembalikan harapan kepada rakyat Yaman yang membawa kepada perlaksanaan politik menurut perjanjian dalam Majlis Keselamatan PBB."
Ahmad bin Hasan Usairi selaku ketua dalam unit pencerobohan ke atas Yaman berkata, "Pengawal kebangsaan akan turut serta bagi menjaga keamanan sempadan Selatan Saudi."
Katanya lagi dalam laman sesawang Tentera Udara Riyadh, "Strategi kita di masa akan datang terhadap Yaman ialah melaksanakan dua tindakan iaitu diplomatik dan ketenteraan."
Sementara itu seorang penganalisa politik berkata, tindakan pemberhentian serangan ini jelas menunjukkan kekalahan Arab Saudi.