16 Jun 2016 - 16:30
Perkembangan di Bahrain bukti rejim Al-Khalifah amal pemerintahan Autokratik

Hizbullah mengecam tindakan rejim Al Khalifah yang semakin berani melakukan penindasan akibat tidak pedulinya masyarakat antarabangsa dalam isu Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Hizbullah mengecam keras tindakan rejim Al Khalifah menggantung aktiviti parti al-Wefaq dan membubarkan pertubuhan al-Tawiya dan al-Risala.

Menurut pernyataan yang dikeluarkan media Hizbullah, rejim Al Khalifa kini tidak segan silu merintis pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan. Keputusan tersebut adalah autokratik yang sememangnya menjadi lumrah rejim selaras dengan tindakannya yang membunuh penunjuk perasaan, menahan aktivis dan mengekang tuntutan rakyatnya.

Hizbullah juga menegaskan parti politik dan pertubuhan yang dibubarkan itu bukanlah organisasi pengganas dan tidak memiliki idea untuk memudharatkan masyarakat.

Hizbullah juga turut mengecam masyarakat antarabangsa yang sering berteriak kononnya mereka memperjuangkan kebebasan dan melaungkan slogan demokrasi, namun terus berdiam diri mengenai isu Bahrain.

"Memang benar, rejim Bahrain tidak berani melakukan penindasan tanpa sokongan dari penajanya utamanya iaitu rejim Saudi," kata pernyataan Hibullah.

Pernyataan tersebut turut memuji keteguhan jiwa rakyat Bahrain dalam memperjuangkan hak mereka dengan tidak membalas kekejaman rejim tersebut dengan kekerasan.