28 Januari 2017 - 13:19
Rejim Manama Tutup Pintu Kepada Sebarang Perbincangan

Para pemimpin agama di Bahrain mengecam tindakan keras rejim Al Khalifah di dalam menangani kumpulan pembangkang dan pengkritik kerajaan. Di dalam sebuah kenyataan, para ulama Bahrain turut mengkritik rejim Manama dan pasukan perisikan British berikutan keganasan yang berlaku di negara Arab itu

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pemimpin agama di Bahrain mengecam tindakan keras rejim Al Khalifah di dalam menangani kumpulan pembangkang dan pengkritik kerajaan. Di dalam sebuah kenyataan, para ulama Bahrain turut mengkritik rejim Manama dan pasukan perisikan British berikutan keganasan yang berlaku di negara Arab itu.

Shabbir Haasanally, seorang aktivis dan ulama Islam yang berpusat di London, berkta bahawa rejim Manama tidak mahukan sebarang penyelesaian aman ke atas konflik politik yang melanda negara itu kerana dinasti Al Khalifah hanya mengenal bahasa kekerasan semata-mata.

Ketika rejim Al Khalifah sibuk meneruskan pembunuhan, penahanan dan pembatalan kerakyatan ke atas para pengkritik, mereka sebenarnya sedang menutup pintu kepada sebarang bentuk dialog sekaligus memusnahkan diri mereka sendiri, katanya.

"Rejim Al Khalifah di Bahrain dan rejim Al Saud di Arab Saudi sedang bergerak ke arah itu [menukar tunjuk perasaan aman kepada perang saudara] secara pantas tanpa menyedari bahawa mereka sedang menuju ke penghujung kekuasaan mereka yang akan akan berakhir dengan kemusnahan diri mereka sendiri," katanya lagi.

Menurutnya, keluarga pemerintah di Manama tidak memiliki sebarang pemikiran ataupun asas yang kukuh di sana memandangkan bahawa "Bahrain dikendalikan oleh sebuah keluarga yang tidak berasal dari Bahrain."

Penganalisis itu turut mengkritik United Kingdom dan Amerika Syarikat di atas peranan mereka di dalam memelihara rejim kuku besi di Bahrain dan Arab Saudi.