23 Jun 2017 - 04:12
Sukarelawan White Helmets Dirakam Membuang Mayat Pejuang Pro-Kerajaan

Seorang sukarelawan daripada kumpulan Pertahanan Awam Syria (SCD), yang juga dikenali sebagai White Helmets (Topi Keledar Putih) dirakam membuang mayat tentera Syria yang sudah dicacatkan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang sukarelawan daripada kumpulan Pertahanan Awam Syria (SCD), yang juga dikenali sebagai White Helmets (Topi Keledar Putih) dirakam membuang mayat tentera Syria yang sudah dicacatkan.

Sukarelawan itu dengan segera dipecat oleh kumpulan tersebut selepas dirakam terlibat di dalam proses membuang mayat pada pejuang pro-kerajaan Damsyik.

"Kumpulan White Helmets yang tidak berat sebelah dan berasaskan (nilai) kemanusiaan (dirakam ketika) terlibat di dalam proses pemenggalan serta pembuangan mayat tentera Syria di Daraa pada hari ini," tulis seorang anggota tentera Lubnan secara sinis di dalam laman sesawangnya berserta dengan video tersebut.

"Seorang sukarelawan SCD pada 20 Jun 2017 dilihat turut serta di dalam sebuah aktiviti yang mencabuli prinsip dan visi SCD," umum kumpulan tersebut sambil mengatakan bahawa tindakan lelaki itu menyebabkan dia disingkirkan daripada kumpulan tersebut.

Mereka yang ragu dengan ciri sebenar kumpulan itu mengesyaki bahawa mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pengganas yang beroperasi di Syria walaupun terdapat beberapa tokoh Barat seperti kumpulan musik U.K, Coldplay yang menyokong kumpulan itu untuk memenangi Anugerah Nobel.

Sebuah dokumentari Netflix yang ditayangkan pada tahun 2016 juga berjaya merangkul Anugerah Academy.

"White Helmets terdiri daripada anggota kumpulan al-Qaeda," kata Presiden Syria, Bashar al-Assad kepada RT.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova baru-baru ini turut mengingatkan CNN berhubung laporan "tidak tepat" mereka berkaitan kisah Omran Daqneesh, seorang budak lelaki Syria yang digambarkan oleh media Barat sebagai telah diselamatkan oleh anggota kumpulan White Helmets di dalam klip video yang dirakam pada Ogos 2016.

Pasukan anti-Damsyik menuduh serangan udara Rusia telah menyebabkan kemusnahan di kejiranan Karm al-Qaterji di mana Omran diselamatkan.

Akan tetapi, bapa kepada budak itu, Mohammad Kheir Daqneesh mendedahkan kepada RT di dalam sebuah temu ramah yang diterbitkan pada awal bulan Jun bahawa White Helmets telah memanipulasi kanak-kanak itu untuk berlakon seperti diselamatkan. White Helmets meletakkan perkara itu sebagai syarat sebelum memberikan bantuan kepada kanak-kanak itu.

Bapa kepada Omran turut memberitahu bahawa dia turut diugut oleh kumpulan itu apabila mereka mendapat berita bahawa dia ingin mendedahkan cerita sebenar berkenaan anaknya.

Menurut Sputnik, kanak-kanak itu sering digambarkan oleh media sebagai "simbol penderitaan Aleppo."

Selepas pendedahan itu, Ketua Editor Sputnik dan RT, Margarita Simonyan berkata bahawa RT berjaya merungkai kebenaran daripada sebuah berita palsu yang datang dari Syria sedangkan CNN pula kelihatan menyebarkan pembohongan kumpulan itu. -ABNA24

/315