Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menekankan bahawa negara beliau akan terus mengekalkan hubungan baik dengan Qatar sambil menyifatkan senarai tuntutan yang dikemukakan oleh pakatan pimpinan Arab Saudi sebagai tidak boleh diterima.
"Berhubung senarai 13 perkara... perkara itu tidak boleh diterima sama sekali," kata Erdogan di dalam sebuah temu ramah dengan saluran televisyen France 24.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar pada 5 Jun lepas selepas secara rasmi menamakan Doha sebagai penaja keganasan.
Arab Saudi dan pakatan pimpinannya pada 23 Jun lepas mengemukakan senarai tuntutan yang terdiri daripada 13 perkara kepada Qatar.
Penutupan kem tentera Turki di Qatar adalah salah sebuah daripada tuntutan yang dibuat oleh rejim Riyadh dan sekutunya. Erdogan pula berkata bahawa beliau sedia untuk menutup kem tersebut jika diminta oleh pemerintah Qatar sendiri.
"Pihak (tentera) Amerika juga ada di sana, dengan 9,000 anggota tentera. Begitu juga Perancis... Jadi, kenapa Arab Saudi terganggu dengan kami dan tidak dengan mereka? Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima.
Sementera itu, empat buah negara yang berusaha untuk memulaukan Qatar membuat kenyataan bahawa Qatar tidak serius di dalam responnya terhadap tuntutan mereka.
Menteri Luar Negara Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata bahawa pemboikotan ke atas Qatar akan diteruskan sehingga negara Teluk Parsi itu mengubah polisi mereka supaya menjadi lebih selari dengan polisi Riyadh. -ABNA24
/315
6 Julai 2017 - 00:32
News ID: 840668

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menekankan bahawa negara beliau akan terus mengekalkan hubungan baik dengan Qatar sambil menyifatkan senarai tuntutan yang dikemukakan oleh pakatan pimpinan Arab Saudi sebagai tidak boleh diterima.