10 Mei 2011 - 19:30

Pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dalam satu kenyataannya mengatakan bahawa Amerika dan Zionis adalah bapa segala keganasan di seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dalam satu kenyataannya mengatakan bahawa Amerika dan Zionis adalah bapa segala keganasan di seluruh dunia."Pengganas-pengganas di seluruh dunia lahir dari politik Amerika dan tindak tanduk Zionis. Hakikatnya kerajaan Amerika dan pemimpin Zionis adalah pengganas sebenar di seluruh dunia" Kata beliau.Ustaz Abdul Ghani dalam temubual bersama wartawan IRNA (Iran News Agency) menegaskan bahawa Bin Laden adalah sepertimana pengganas yang diasuh oleh Amerika. Menurut beliau, "Menurut dasar Amerika, prosedur ini akan diteruskan untuk melanjutkan kehidupan Zionis. Bin Laden yang lain pula akan diwujudkan dan fenomena pengganas akan terus berkekalan".Beliau menambah, pengistiharaan terbunuhnya Bin Laden hanyalah reaksi terhadap kebangkitan umat Islam di rantau tersebut dan berkata, "Pembunuhan Bin Laden hendaklah dianggap berkaitan dengan perubahan negara-negara Arab di Timur Tengah".Selain itu, Ustaz Abdul Ghani menyatakan, "Politik Amerika yang dipatuhi oleh regim-regim serantau telah membangkitkan protes dan kebangkitan rakyat di negara-negara ini di mana mereka telah berjaya menyingkirkan regim-regim yang berkaitan".Beliau menambah, "Semua peristiwa beberapa bulan lalu ini telah merosakkan kewibawaan Amerika yang mendakwa dirinya sebagai polis dunia. Kerajaan Amerika memerlukan sebuah peristiwa yang boleh merawat kerosakan dirinya".Pemimpin Himpunan Ulama ini menegaskan, "Mengumumkan perlaksanaan operasi ala-komando dan mengaku menang semudah filem Hollywood dalam pembunuhan seorang yang dikehendaki selama bertahun-tahun, boleh menunjukkan bahawa Amerika memainkan peranan penting dalam kemajuan masa depan rantau ini. Namun umat hari ini menyedari dengan baik apakah tujuan Rumah Putih dalam mengumumkan perkara ini dan mereka menganggap pembunuhan Bin Laden tidak menunjukkan kemenangan Amerika".Abdul Ghani menganggap bentuk fenomena Bin Laden dan pengganas telah diwujudkan oleh politik Amerika dan dominasi Israel di seluruh dunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Beliau berkata, "Pengumuman mengebumikan Bin Laden ala Amerika sebenarnya menutup banyak kebenaran".Tokoh agama Malaysia ini menambah, "Amerika berpura-pura memerangi pengganas, sebenarnya dia sendiri adalah pengganas besar yang meluaskan fenomena ini ke Afghanistan, Pakistan, Iraq, Somalia sampailah ke Indonesia dengan sokongan Israel".Menurut beliau lagi, Amerika melakukan banyak jenayah tidak berperi kemanusiaan dengan alasan Bin Laden. "Amerika masuk ke Afghanistan berpura-pura mencari Bin Laden, mereka melakukan pembunuhan manusia tidak berdosa dan dengan alasan tersebut ramai yang ditahan tanpa perbicaraan di penjara  Guantanamo and Abu Gharib."Sekiranya Bin Laden dan al-Qaeda yang bertanggung jawab dalam peristiwa 11 September, maka mahkamah antarabangsa yang sepatutnya menyelesaikan perkara ini supaya kebenaran dapat disingkap", tambah beliau.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menganggap, pembunuhan Bin Laden ini adalah kekalahan buat pasukan tentera Amerika kerana mereka telah berusaha mencarinya selama lebih sepuluh tahun. Beliau berkata, "Amerika tidak berperi kemanusiaan, walaupun terhadap jenazah beliau, dan mereka tidak mengizinkan jasadnya dikebumikan seperti insan yang lain. Ini menunjukkan pembohongan dakwaan-dakwaan barat yang membela hak asasi manusia".