17 Julai 2025 - 19:32
Iran Adalah Garis Pertahanan Terakhir Melawan Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): David Miller, seorang professor dari Scotland yang kini menetap di United Kingdom, ketika menghadiri Festival Media Sobh 2025 di Tehran, memberikan pengisian beliau berkenaan topik 'Genosid Di Palestin'.

Berdasarkan ucapan beliau, "Jika entiti Zionis tidak dihapuskan, ia akan mewujudkan kemelut yang merunsingkan buat Republik Islamik Iran. Jikalau kalian tidak menewaskan Zionis, maka kalian akan dihancurkan"

Tambahnya pula, "Dan menurut pandangan saya, Iran adalah garis pertahanan terakhir bagi melawan Zionis". 

Festival Media Sobh 2025 yang dilangsungkan di Tehran menyaksikan kehadiran beberapa aktivis dan ilmuwan dari seluruh dunia seperti bekas ahli politik Britain, George Galloway dan Professor David Miller yang lantang menyuarakan sokongannya buat Palestin

Your Comment

You are replying to: .
captcha