24 Julai 2025 - 19:01
Video | Palestin Dibunuh Dengan Kelaparan

Rejim Zionis telah beratus kali menggunakan taktik kejam ini sebagai senjata perang, terbukti semasa perang di Gaza dari tahun 2008-2009 dan ketika Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006. Namun kali ini, ketiadaan sumber makanan sudah jatuh ke titik yang paling kritikal, manusia rebah dan pengsan begitu sahaja akibat kebuluran yang teramat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Seorang wanita Palestin, Najat Shaheen, hampir pengsan akibat kelaparan terlampau dan keletihan setelah berjalan kaki dari Deir al-Balah di Gaza tengah, ke lokasi yang diduga sebagai pusat bantuan Amerika di Al-Shakoush dekat Rafah, Jalur Gaza selatan.

Meskipun telah berusaha keras, dia tidak berhasil memperoleh makanan untuk dirinya mahupun anak-anaknya. Ini disebabkan tindakan kesyaitanan tentera Zionis yang melepaskan ratusan das tembakan ke arah rakyat yang dihina dan terseksa ini. 

Your Comment

You are replying to: .
captcha