Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Terjemahan teks kenyataan media ke-tiga Majma' Ahlul Bait adalah seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم
«فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ - محمد 22»
"Jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?" - Surah Muhammad ayat 22.
Majma' Ahlul Bait sejak bermulanya hari-hari kebangkitan di Bahrain telah melihat kejadian-kejadian yang berlaku di negara ini dengan teliti dan berusaha agar pembaharuan kerajan dan rakyatnya dapat diselesaikan, selain ibu pertiwi ini dapat mencapai kemajuan.
Namun sungguh malang sekali, kerajaan Bahrain tidak menghiraukan tuntutan sah rakyat. Dengan keganasan yang sungguh aneh, mereka sedang melakukan jenayah besar untuk menyuraikan demonstrasi aman.
Meskipun perkara ini terjadi, pertubuhan-pertubuhan Islam, media-media Arab, sehinggakan kebanyakan ulama umat yang bersikap nasionalis kaum kelihatan berpeluk tubuh dalam menghadapi jenayah ini. Mereka mencipta hari-hari pahit buat suara hati kebangkitan umat Islam sedunia.
Oleh kerana itu, Majma' Ahlul Bait sebagai sebuah institusi antarabangsa dan bukan kerajaan yang dianggotai oleh ratusan elit pengikut Ahlul Bait dari seluruh pelusuk dunia memaklumkan:
1. Peristiwa di Bahrain bukanlah peperangan mazhab atau perselisihan puak; namun ia adalah kebangkitan golongan yang dizalimi untuk mendapatkan kemuliaannya, di mana mereka ini telah ditindas selama beberapa dekad.
2. Rakyat Bahrain di permulaan kebangkitan bukanlah ingin menjatuhkan pemerintahan regim. Mereka hanya ingin disertakan dalam pembangunan, undang-undang negara dan pemerintahan. Namun keganasan regim pemerintah telah menumpahkan darah dengan sokongan pemimpin barat dan Arab secara terang dan sembunyi. Mereka meruntuhkan kepercayaan orang ramai dan mencurahkan dana di belakang regim yang dahagakan darah.
3. Campur tangan tentera Kerjasama Teluk Parsi dalam urusan dalaman Bahrain seperti askar Saudi adalah perbuatan yang sangat dicela dan dikutuk. Angkatan bersenjata negara-negara rantau itu telah diperlengkapkan sistem pertahanan dengan menggunakan kekayaan kaum muslimin untuk mempertahankan negara-negara Islam dan bangsanya dalam menghadapi musuh asing. Namun dengan arahan musuh Islam, mereka telah menunjukkan sikap kepada bangsa sendiri! Hari demi hari, Musibah besar ini bakal mengobarkan lagi kemarahan umat Islam ke atas pemerintahan zalim.
4. Majma' Ahlul Bait sebulat suara dengan penuntut kebebasan di seluruh dunia, meminta keganasan dan kezaliman dihentikan segera, janganlah membuang waktu lagi dan berusahalah memenuhi hak yang sah untuk warga Bahrain.
5. Dengan ini, tanggungjawab paling besar ke atas PBB, OIC dan tokoh dunia Isam ialah menghalang sebuah tragedi kemanusiaan yang terbaru ini.
Akhir sekali, kami memohon agar rahmat Allah (s.w.t) dapat menyelesaikan masalah seluruh syuhada Bahrain. Sembuhkanlah orang yang luka dan cedera. Kurniakanlah kesabaran kepada keluarga mereka. Wujudkanlah keadilan dan kebebasan di dalam negara-negara rantau ini.
«اللهم إنا نشکوا إليک فقد نبينا و غيبة ولينا و کثرة عدونا و قلة عددنا و تظاهر الزمان علينا».
Majma' Ahlul Bait Sedunia.
12 Rabi'ul Thani 1432