Taqrib bermakna seruan untuk mendekatkan pandangan antara mazhab Islam. Pemikiran ini memiliki sejarah tersendiri di negara-negara Islam, terutamanya Mesir. Taqrib juga bererti kerjasama antara ulama untuk menyelesaikan kesalahpahaman yang ada pada mazhab-mazhab Islam terutama mazhab Syi’ah dan Ahli Sunnah.
Para ulama Taqrib meyakini bahawa untuk mewujudkan matlamat Taqrib, Ahli Sunnah dan Syi’ah tidak harus meninggalkan ajarannya; akan tetapi, paksi Taqrib antara mazhab Islam adalah hidup bersama dengan jiwa bersaudara tanpa ada rasa bermusuhan satu sama lain. Natijahnya, matlamat Taqrib ialah mengurangi kekerasan dan permusuhan antara pengikut mazhab-mazhab Islam.
Sudah lama Universiti Al-Azhar Mesir sangat menyokong seruan Taqrib ini sehingga di zaman pemerintahan Anwar Sadat, Hasan Ibrahim Hasan dalam kitab “Tarikh Al-Daulah Al-Fatimiah” menulis:
“Nama Al-Azhar berdasarkan nama puteri Rasulullah (s.a.w), Fatimah Az-Zahra kerana dinasti “Fatimiyun” -yang pada tahun 909 M di Mesir sampai pada tampuk kekuasaan- mengaku sebagai keturunan beliau. Fatimiyun mendirikan Al-Azhar pada tahun 972 M untuk perluasan mazhab Syi’ah. Para pemimpin silsilah ini meyakini zaman da’wah Syi’ah dengan memperkenalkan ilmunya sudah tiba dan ajaran-ajaran mazhab ini harus diperluas dengan pendidikan. Fatimiyun tidak merasa cukup dengan mendirikan Al-Azhar saja, akhirnya pada tahun 1005 M membentuk lembaga pusat kebudayaan “Dar Al-Hikmah” yang juga bertujuan untuk da’wah Syi’ah.”
Dapat dikatakan, berbeza dengan gerakan sederhana Fatimiun pada awal pemerintahannya dalam memperluas mazhab syi’ah, pada tahun-tahun berikutnya hal ini menjadi ekstrim dan berlebihan. Sebagai contoh, dinsti Fatimiyah melarang masyarakat untuk membaca kitab-kitab mazhab lain dan berusaha untuk menghilangkan Ahli Sunnah. Mungkin politik ini yang menjadi salah satu sebab penggerak Ayyubiun untuk mentablighkan Ahli Sunnah dan pengikut mazhab ini menerima silsilah ini (Ayyubiun).
Ayyubiun yang memegang kekuasaan setelah tergulingnya dinasti Fatimiyun pada tahun 1175 M telah mengubah Mesir menjadi pusat kebudayaan yang kuat untuk memperluas mazhab Ahli Sunnah. Pengasas pemerintahan ini, Salahuddin Ayyubi yang bermazhab Syafi’i, melarang pengajaran fiqah Syi’ah di Al-Azhar. Politik ini menyebabkan kejatuhan intelektual di Al-Azhar dan keadaan ini berlangsung selama lebih kurang 80 tahun. Akan tetapi, pada zaman pemerintahan “Mamlukian” dan “Ustmanian” di Mesir, meskipun pemerintahannya berasaskan Ahli Sunnah, tetapi keadaan orang-orang Syi’ah lebih baik ketika zaman pemerintahan Ayyubian. Solat Juma’at di Al-Azhar kembali dilangsungkan dan disamping pelajaran fiqah Syafi’i, beberapa ulama juga dilantik untuk mengajar fiqah mazhab lain termasuk mazhab Syi’ah.
Pada tahun 1789 penyerangan Perancis terhadap Mesir menyebabkan ulama Al-Azhar mengangkat bendera perang terhadap Perancis dengan sokongan daripada masyarakat dan menubuhkan persatuan muslimin dengan melupakan perbezaan-perbezaan mazhab. Kerjasama ulama Al-Azhar dan orang-orang Syi’ah serta anggota Taqrib yang lain menyebabkan kekalahan Perancis. Pada masa ini hukuman mati terhadap ulama Islam oleh kekuatan Perancis menguatkan lingkaran persatuan antara Muslim dalam menghadapi musuh luar.
Muhammad Ali terpilih sebagai gabenor Mesir pada tahun 1805. Dia, seorang yang mencintai kekuasaan, menganggap wujud ulama-ulama Al-Azhar terutama persatuan di antara mereka dan masyarakat Islam sebagai penghalang untuk mengukuhkan kekuasaannya. Untuk menghilangkan penghalang-penghalang ini, dengan menggunakan senjata perselisihan ia menimbulkan perpecahan, disamping memerintah dengan sewenang-wenang dan memisahkan antara agama dan politik untuk melemahkan Al-Azhar dan ulama Islam.
Politik ini (yang berakhir dengan tidak mampunya Al-Azhar mengelola kewangannya) menyebabkan peringkatan bertahap universiti tersebut dan memaksanya untuk menggantungkan masalah kewangan daripada pihak lain, terutama kerajaan Inggeris. Pada tahun 1915 penasihat kewangan pemerintah Mesir –seorang Inggeris- menyarankan kepada pemimpin Al-Azhar untuk menerima bantuan daripada pemerintah Inggeris untuk memperbaiki kewangan ulama-ulama Al-Azhar (1). Pada masa ini, siasah pemerintah Mesir dan pendatang dari Inggeris adalah pemisahan antara agama dan politik serta menghalang perpaduan mazhab yang berbeza-beza dalam satu lingkungan Islam. Dengan ini, ulama mazhab-mazhab di Al-Azhar tidak dapat menjalankan misi Islami mereka disebabkan tidak ada perpaduan, fanatisme dan sikap memperhatikan keuntungan peribadi.
Pada tahun 70-an peningkatan hubungan antara ulama dan pusat-pusat lembaga agama yang berbeza-beza, terutama Syi’ah dan Ahlu Sunnah, mendorong terbentuknya “Dar Al-Taqrib” di Mesir. Beberapa marja’ faqih Syi’ah dunia, seperti Ayatullah Uzdma Burujerdi yang memiliki peranan yang sangat penting dalam pembentukan pusat lembaga ini. Beliau memiliki keyakinan kuat bahawa perlunya pemecahan masalah di antara mazhab-mazhab Islam dan kewujudan hal ini akan meninggikan martabat Islam.
Ayatullah Uzdma Burujerdi mengetahui dengan bijaksana bahawa jika kesepakatan di antara orang-orang muslim mahu dibentuk, ia harus bersumber dari lembaga keilmuan. Dari sisi lain, beliau juga mengetahui tingkatan keilmuan Al-Azhar. Jadi, beliau menggunakan sarana dan kesempatan ini secara efisyen untuk mengadakan hubungan dengan ulama-ulama Mesir. Untuk memulai hubungan ini beliau mengirim Allamah Syeikh Muhammad Taqi Al-Qumi ke Mesir sebagai wakilnya. Tugas beliau adalah berusaha untuk mengembangkan kegiatan-kegiatan Taqrib di Mesir dan mendorong ulama Islam untuk mementingkan terwujudnya persatuan umat Islam.
Allamah Syeikh Muhammad Taqi Qumi menyampaikan pesan lisan Ayatullah kepada Syeikh Majid Salim yang menjawat jawatan presiden Al-Azhar di waktu itu. Pesanan jawapan Syeikh Salim kepada Ayatullah Burujerdi membuka pintu kerjasama dan surat menyurat dalam hal Taqrib antara hawzah Qom dan Al-Azhar. Tidak lama kemudian Syeikh Hasan Baquri, pensyarah dan seorang alim universiti Al-Azhar, dan menteri wakaf Mesir, pergi ke Iran untuk bertemu dengan Ayatullah Burujerdi. Sebagai balasan, kitab “Mukhtasar Al-Manafi’ Allamah Hilli dan kitab tafsir “Majma’ Al-Bayan” Syeikh Thusi dicetak dan dipelajari di Mesir.
Berdasarkan itu universiti Al-Azhar untuk pertama kalinya dalam sejarah pendiriannya, mengadakan majlis Asyura’ (acara peringatan syahadah Imam Husein a.s) secara besar-besaran. Syeikh Syaltut memegang kepemimpinan universiti Al-Azhar setelah meninggalnya syeikh Majid Salim. Beliau, seorang yang menginginkan perpaduan umat Islam dan memiliki pengetahuan yang dalam tentang masalah Taqrib, telah menjalinkan hubungan erat dengan Ayatullah Burujerdi; dan dalam salah satu suratnya, beliau memanggil beliau dengan sebutan "saudara yang agung".
Pendirian Darul Taqrib Bainal Mazahib Al-Islami di Mesir berperanan penting dalam penyelarasan antara mazhab-mazhab Islam dan akhirnya ia menjadi satu langkah yang penting. Langkah penting ini adalah pengajaran fiqah mazhab-mazhab Islam, Ahli Sunnah mahu pun Syi’ah, di universiti Al-Azhar. Hal ini ditulis di bab ke tiga undang-undang Dar Al-Taqrib seperti berikut:
“Pengajaran fiqah mazhab-mazhab Islam di universiti-universiti Islam dan di pusat-pusat pendidikan lainnya, akan dilaksanakan sebaik mungkin.”
Saranan program pengajaran mazhab Ja’fari di Al-Azhar meskipun tidak terlaksana akan tetapi berhubungan dengan satu kejadian penting yang lain iaitu fatwa syeikh Syaltut yang mengandungi izin menganut fiqah Syi’ah. Dengan ini, marja’ terbesar Ahli Sunnah Mesir mengatakan bahawa para pengikut mazhab Syi’ah Itsna Asyariah memiliki hak yang sama sebagai seorang muslim seperti pengikut mazhab-mazhab lain; meskipun selalu ada propaganda-propaganda buruk yang merugikan. Kepada seluruh umat Muslim Ahli Sunnah Wa Jamma’ah juga diperbolehkan untuk mengikuti fatwa-fatwa ulama Syi’ah.
Ulama-ulama Mesir setelah zaman Syeikh Syaltut juga memiliki hubungan erat dengan hawzah-hawzah ilmiah Syi’ah; ia pun terus melanjutkan kegiatan-kegiatan Taqrib. Hal ini menciptakan hubungan erat antara masyarakat Iran dan Mesir. Boleh dikatakan meski pun fiqah yang diperkenalkan di Mesir bukanlah fiqah Syi’ah, tetapi hati nurani masyarakat Mesir memiliki kecondongan terhadap syi’ah. Kerana itu, pengikut mazhab Wahabi dengan niat menjauhkan masyarakat Mesir dari garis-garis fiqah dan pemikiran logik mazhab Syi’ah, melawan tasyayu’ dan berusaha untuk menyimpangkan kecenderungan perpaduan ulama dan masyarakat Mesir.
Saat ini ada banyak dalil yang menunjukkan kecenderungan masyarakat Mesir untuk saling memahami dengan saudara-saudara Syi’ah dan hal ini disebabkan kecintaan mereka pada Ahlul Bait (a.s). Sebagai contoh, masyarakat Mesir suka berziarah ke makam-makam mulia ma’sumin dan membolehkan menciumnya. Nama yang paling banyak dipakai di Mesir setelah nama nabi Muhammad (s.a.w) adalah nama Ali (untuk laki-laki) dan Fatimah (untuk perempuan). Dalam banyak syair kanak-kanak Mesir yang paling terkenal, Sayyidah Fatimah (a.s) disebut sebagai ibu dan Ali (a.s) sebagai ayah. Khususnya pada penyelenggaraan hari-hari raya dan adat-adat bulan suci Ramadhan, masyarakat Mesir mengikuti adat-adat khusus Fatimiah yang berasal dari budaya Syi’ah.
Penerbitan kitab "Al-Muraja’at" yang merupakan syarah dari diskusi antara ulama besar Islam, Abdul Husain Syarafuddin Al-Musawi, salah satu dari pembawa bendera Taqrib di Jabal Amil, Lubnan, dan Syeikh Salim, pemimpin Al-Azhar, mempunyai peranan penting dalam menyelesaikan kesalahpahaman Ahli Sunnah terhadap Syi’ah. Syeikh Salim dalam pertemuan terakhirnya mengakui bahawa tidak ada perbezaan di antara Ahli Sunnah dan Syi’ah dan pertentangan yang ada diantara Syi’ah dan Ahli Sunnah lebih sedikit dari pertentangan antara imam-imam empat mazhab.
Sebenarnya kehidupan kebudayaan Mesir memiliki kecenderungan kuat untuk mewujudkan misi Taqrib. Alasannya adalah sebagai berikut:
1. Adanya makam orang-orang yang dinisbahkan ke Ahlul Bait, seperti Malik Asytar di Mesir, yang menyebabkan masyarakat Negara ini menunjukkan kecintaannya pada Ahlul Bait lebih dari masyarakat Negara-negara lain.
2. Masyarakat Mesir secara terbuka memiliki kecenderungan untuk bersatu dan saling memahami antara saudara Muslim yang lain, termasuk syi’ah; dan kecenderungan ini bertambah setelah kemenangan revolusi Islam.
3. Peranan Al-Azhar yang merupakan asas besar dalam sisi moral dan spiritual, yang pada awalnya didirikan untuk memperluas mazhab Syi’ah dan pendekatan antara mazhab, tidak dapat dipandang sebelah mata.
4. Dari segi sejarah, pendirian pemerintahan Fatimiyun oleh orang-orang Syi’ah di Mesir dan permusuhan bersejarah antara masyarakat Mesir dengan Wahabi selalu menjadi penghalang usaha musuh-musuh Islam untuk menebar perpecahan. Tidak menghairankan jika dengan alasan di atas sebagian penetapan undang-undang Mesir dilakukan bersaskan faham mazhab Syi’ah. Sebagai contoh, dua pasal dari undang-undang sivil Mesir diambil dari mazhab Syi’ah. Pada zaman Abdul Nasir, Al-Azhar menerbitkan sebuah ensiklopedia fiqah yang bernama “Fiqh-e Islam Dar Mazaheb-e Hasytgone” (fiqih Islam dalam 8 mazhab) yaitu 4 mazhab Ahli Sunnah, mazhab Syiah 12 Imam, Zaidi, Ibadhi dan Dhohiri.
Suatu perkumpulan bernama Ahlul Bait dibentuk di Mesir dalam dekad ini dan terdaftar dalam daftar kementerian perkara sosial dengan nombor 1852. Kelompok ini memiliki beberapa karya yang sudah diterbitkan. Namun karya Ahlul Bait dihentikan oleh Anwar sadat setelah kemenangan revolusi Islam Iran. Kelompok ini juga memiliki peranan penting dalam misi Taqrib. Di Mesir para sadah (keturunan nabi) dikenal sebagai “Ashraf” dan kelompok ini bertugas untuk menjaga nasab keturunan Ahlul Bait yang sudah meninggal.
Ada kelompok yang bernama “Ja’afirah” yang nasab mereka sampi pada imam Ja’far as. di daerah Said, terutama di wilayah Qina dan Iswan. Mereka juga menganut faham Taqrib dan hidup bersama secara akur dengan Ahli Sunnah. Jumlah pengikut Ja’afirah di Mesir mencapai 2 juta orang.
“Buhrah” adalah kelompok Syi’ah Isma’iliah Afrika yang hijrah ke Mesir pada masa pemerintahan Anwar Sadat. Mereka menggunakan kemampuannya untuk meyakinkan menteri Wakaf Mesir agar memperbaiki masjid-masjid Syi’ah Fatimi –dengan kemampuan mereka– seperti masjid Al-Anwar yang pada akhirnya menjadi tempat tinggal mereka. Buhrah juga memperbaiki dan membangun kembali masjid Al-Husain (a.s) dan masjid Zainab (a.s).
Mazhab Sufi di Mesir yang merupakan pengikut imam Ali (a.s) juga selalu memiliki kerjasama ilmiah yang baik dengan ulama-ulama Ahli Sunnah. Mereka juga selalu berusaha keras menghalang Wahabi untuk menyebarkan perpecahan antara umat.
Wujudnya Buhrah, Sufi, Ja’afirah dan kelompok-kelompok pengikut Ahlu Bait lain dari satu sisi, dan dari sisi lain pemikiran cerah sebagian ulama Ahli Sunnah Mesir seperti Syeikh Syaltut dan Kawakibi menyebabkan berkembangnya pemikiran Taqrib di Mesir secara pesat, meski pun usaha-usaha Wahabi yang dimulai pada masa Abdul Nasir sampai sekarang demi menjatuhkan misi ini sentiasa wujud.
Setelah kemenangan revolusi Islam di Iran dan berkibarnya bendera perpaduan daripada imam Khomeini, masyarakat Mesir menyambut perpaduan ini dengan semangat dan kegembiraan yang mendalam. Akan tetapi, alat-alat propaganda barat dan media antarabangsaWahabi berusaha menghapus wajah tasyayyu’ di kalangan Ahli Sunnah dengan menerbitkan buku-buku “menyimpang”. Dengan ini, kitab-kitab yang menghina dan menghilangkan kepercayaan terhadap Syi’ah dan kitab-kitab yang menyerang pemikran Ahli Sunnah dikeluarkan dari gudangnya dan disebarkan kembali. Penerbitan Al-Shohwah digunakan kembali untuk menghalang pemikiran Syi’ah di Mesir. Penerbit ini menerbitkan lebih dari 100 buku berkaitannya dari tahun 1983 sampai 1986. Seluruh biaya penerbitan buku-buku ini dibekalkan oleh Wahabi.
Meski pun penyerangan ini mengancam mazhab Syi’ah, tapi dari sisi lain ia menguntungkan dakwah Taqrib, kerana masyarakat Mesir menjadi ingin mencari tahu perbezaan Syi’ah dan Ahlu Sunnah. Munculnya intelek-intelek zaman itu membuatkan isu Taqrib semakin diangkat. Sebagai contoh, marhum Allamah Syeikh Muhammad Ghazali, seorang ulama yang diterima diseluruh kalangan masyarakat Mesir, selalu membantah perselisihan di antara umat Islam dan mendukung pemikiran Taqrib. Beliau berkata:
“Kekhawatiran akan perbezaan dalam Fiqah tidak perlu dikhuatirkan; kerana perbezaan Fiqah tidak dapat dimungkiri. Larangan taqlid pada mazhab tertentu tidak lebih dari sekadar fanatik yang tidak berharga”. (Surat Khabar Al-Zahram, 17/12/1370)
Para pemimpin Ikhwanul Muslimin juga sangat mementingkan masalah pendekatan dan menganggap keperluan mustahak perpaduan umat Islam dalam menghadapi musuh yang bersatu pada zaman ini.
Program Taqrib di Mesir terus berlangsung. Para ulama dan intelektual Mesir yang dalam gerakan baru mereka berusaha menghidupkan Islam murni, mengetahui pentingnya perpaduan dalam menghadapi musuh bersama. Sejarah dan kebudayaan masyarakat juga membuktikan hal ini. Jadi, dapat dikatakan jika Taqrib di Mesir dibimbing pada jalan yang benar, pada masa yang akan datang dapat menjadi sandaran kuat untuk perpaduan politik dan persaudaraan dunia Islam. Jelas, perubahan positif apapun dalam hubungan antara Iran dan Mesir akan memperkuatkan kedudukan para pendukung Taqrib di kedua negara.
Penulis: Mohsen Pak Ain
Sumber
1. Khaterat-e Zendegani-e Hadzrat-e Ayatullah Al-Udzma Aghay-e Burujerdi, Muhammad husein Tabataba’i.
2. Majalah Taqrib j 1,2 dan 3, Bahagian Persidangan Perpaduan Islam
Catatan kaki:
1) Akan tetapi tidak ada catatan mengenai penerimaan hal ini oleh Al-Azhar.