20 Oktober 2011 - 20:30

Dalil-dalil Raj’ah, menjawab ejekan Wahabi,Contoh-contoh khurafat di dalam kitab Ahlusunnah, kecaman terhadap saluran satelit Ahlul Bait (saluran dalam bahasa Parsi ini telah ditutup kerana menghina Ahlusunnah).

I’tiqad Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan AhlusunnahDalil-dalil Raj’ah, menjawab ejekan Wahabi, kecaman terhadap saluran satelit Ahlul Bait (saluran dalam bahasa Parsi ini telah ditutup kerana menghina Ahlusunnah).بسم الله الرحمن الرحيمTajuk perbahasan: I’tiqad tentang Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan Ahlusunnah.Saluran Satelit Velayat: 22/12/1389.Perhatian: Kebanyakan sumber-sumber yang disebut berasal dari peranti lunak Maktabah Ahlul Bait.Muhsini: Atas permintaan penonton yang dihormati, klip video dari beberapa saluran satelit yang mengandungi syubhat (keraguan) akan kita tayangkan kepada penonton dan jawapan-jawapannya akan kita dengar daripada ustaz Husaini Al-Qazwini.[Tayangan klip 01].Sajudi: Sudah tentu ada beberapa akidah aneh dan terpencil lain yang mereka katakan setelah kita mati - (sebenarnya kita tidak mempercayainya) - kita akan dibangkitkan dan diruj’ahkan, dan selama 50 ribu tahun akan hidup dan meraja lela. Kata-kata yang kurang waras di mana nabi Muhammad akan berdiri dan 50 ribu tahun menjadi raja di dunia dan memerintah. Beberapa orang telah mencipta hadis-hadis ini secara luar biasa, iaitu secara tidak waras. Sudah tentu dibawah pengaruh dadah. Jikalau tidak bagaimana mungkin mereka mengatakan hadrat Ali akan datang dan 40 ribu tahun memerintah. Bagaimana pula tajuk kiamat sehingga sekali lagi kembali ke dunia? Ruj’ah salah satu akidah yang dipegang dengannya oleh saudara kita Syiah. [Tayangan klip berakhir]Muhsini: Salah satu akidah-akidah Syiah ialah Raj’ah. Tolong jelaskan tentang Raj’ah untuk penonton menurut ulama Syiah.Ustaz Husaini Al-Qazwini: هر دم از اين باغ، بري مي‌رسد            تازه‌تر از تازه‌تري مي‌رسدSebuah saluran satelit yang kita harapkan melaung sumber pegangan Ahlusunnah, namun malangnya ia sudah menjadi alat kelui Wahabi, dan ruang untuk menuturkan beberapa penghinaan mengarut terhadap kesucian Syiah. Orang ini sampai sekarang tidak tahu, samada Raj’ah yang betul atau Ruj’ah. Ia tampil selaku pakar menghina dan berkata biadap terhadap akidah Syiah. Ini bukanlah metodologi memberi ucapan. Jikalau ia tulus berbicara, bawakan riwayat-riwayat dan ayat-ayat yang berkaitan dengan Raj’ah dan telitilah, kritiklah secara ilmiyah dan katakanlah riwayat ini contohnya bertentangan dengan ayat dan riwayat tertentu. Kata-kata sebegini seperti “menggunakan perkataan dadah” adalah ucapan yang buruk dan penyamun. Jika tidak buruk dan penyamun, ia tidak juga dikatakan orang ini berbicara dengan kesusasteraan.Raj’ah jelas merupakan salah satu akidah Syiah dan Syiah beri’tiqad bahawa setelah kemunculan Hadrat Waliyul Asr (Imam Mahdi), akan kembali beberapa orang individu yang mempunyai keimanan ikhlas, dan menurut amalan mereka berada di peringkat yang tinggi, dan sesiapa yang mempunyai kemunafikan yang tertinggi juga akan kembali.1. Syaikh MufidAl-Marhum Syaikh Mufid (meninggal pada tahun 413 Hijrah) merupakan salah seorang ulama besar Syiah berkata:و الرجعة إنما هي لممحضي الإيمان من أهل الملة و ممحضي النفاق منهم، دون من سلف من الأمم الخالية.المسائل السروية للشيخ المفيد، ص 35Raj’ah hanyalah untuk mereka yang mempunyai iman keseluruhan dan juga buat mereka yang munafik. Raj’ah tidak termasuk umat sebelumnya. - Al-Masail Al-Sarawiyah Li Syaikh Mufid, halaman 35.2. Sayid MurtadhaAl-Marhum Sayid Murtadha (meninggal pada tahun 436 Hijrah), murid Syaikh Mufid berkata: إعلم أن الذي تذهب الشيعة الإمامية إليه أن الله تعالي يعيد عند ظهور إمام الزمان المهدي عليه السلام قوما ممن كان قد تقدم موته من شيعته، ليفوزوا بثواب نصرته و معونته و مشاهدة دولته و يعيد أيضا قوما من أعدائه لينتقم منهم.رسائل المرتضي للسيد المرتضي، ج 1، ص 125 ـ تفسير مجمع البيان للشيخ الطبرسي، ج 7، ص 405Ketahuilah sesungguhnya pandangan Syiah Al-Imamiyah ialah ketika kemunculan Imam Al-Zaman Al-Mahdi (a.s), Allah Ta’ala akan mengembalikan kelompok Syiah daripada mereka yang sudah meninggal, untuk memenangkan dengan bantuan dan pertolongan mereka, mereka menyaksikan kerajaannya. Allah Ta’ala mengembalikan kelompok daripada musuh-musuhnya (Ahlul Bait) supaya Imam Mahdi dapat membalas dendam ke atas mereka. - Rasail Al-Murtadha Li Sayid Al-Murtadha, jilid 1 halaman 125, tafsir Majma’ Al-Bayan Li Syaikh Al-Tabrisi, jilid 7 halaman 405.Sudah tentu kita juga mempunyai riwayat bahawa barangsiapa yang membaca Doa ‘Ahdi selama 40 kali sesudah solat subuh, Allah akan membangkitkanya ketika kemunculan Al-Mahdi (a.s) dan ia diberi taufiq untuk membantu beliau.Sebahagian Ahlusunnah dan sahabat seperti Abu Tufail Kinani, iaitu ‘Amirah bin Washilah dan beberapa orang sahabat yang meninggal dunia dalam tahun 101 Hijrah merupakan sebahagian daripada mereka yang berakidah dengan Raj’ah iaitu beberapa individu akan kembali ke dunia. - Al-Mu’arif Li ibnu Qutaibah (المعارف لإبن قتيبة الدينوري), jilid 1 halaman 341.Begitu juga dikatakan Abdul Razzaq, guru kepada Bukhari dan tuan punya kitab Al-Mushannaf adalah sebahagian daripada mereka yang mempunyai akidah Raj’ah. - Al-Imam Ja’far Al-Sodiq, Li Abdul Halim Al-Jundi, cetakan Majlis A’la Islami (الإمام جعفر الصادق لعبد الحليم الجندي), Mesir, halaman 225.Zahabi menukilkan tentang Abdul Razzaq, daripada Ibnu Ma’in yang juga salah seorang tokoh besar Ahlusunnah telah berkata:لو إرتد عبد الرزاق عن دينه ما تركنا حديثه.سير أعلام النبلاء للذهبي، ج 9، ص 573 ـ ميزان الإعتدال للذهبي، ج 2، ص 612Jikalau sekali pun Abdul Razzaq murtad dari agamanya, kami tidak akan meninggalkan hadisnya. - Siyar A’lam Al-Nubala, jilid 9 halaman 573, Mizan Al-i’tidal Li Zahabi, jilid 2 halaman 612.Oleh itu bukan hanya Syiah sahaja yang beri’tiqad dengan Raj’ah, namun para sahabat dan beberapa tokoh terkenal Ahlusunnah seperti Abdul Razzaq dan Abu Tufail Kanani juga mempunyai akidah Raj’ah.Muhsini:Apakah wujud ayat-ayat Al-Quran tentang Raj’ah atau tidak?Ustaz Husaini Al-Qazwini:Dalam kaitan dengan Al-Quran, ianya sangat jelas dan terang. Jikalau sesiapapun yang terbiasa dengan Al-Quran, ia akan melihat bahawa terdapat ayat-ayat yang menerangkan tentang Raj’ah.Ayat pertama:Allah (s.a.w) berfirman di dalam surah Al-Naml ayat 83:وَ يَوْمَ نَحْشُرُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا مِمَّنْ يُكَذِّبُ بِآَيَاتِنَا فَهُمْ يُوزَعُونَDan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.Jelas sekali perhimpunan ini bukanlah perhimpunan di hari kiamat. Ini disebabkan dalam perhimpunan kiamat, semua akan dikumpulkan:وَ حَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًاسوره كهف / آيه 47dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar)  sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun daripada mereka. - Surah Al-Kahfi, ayat 47.Oleh itu ayat 83, surah Al-Naml bukanlah untuk kiamat dan ia adalah untuk sebelumnya.Di dalam ayat 87 surah Al-Naml juga Allah berfirman:وَ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَ مَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَ كُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَDan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.Tidak syak lagi, bahawa di hari kiamat semua orang hadir.Di dalam tafsir Ali bin Ibrahim Al-Qumi terdapat bahawa seorang perawi bertanya kepada Imam Sodiq (a.s) tentang ayat yang mulia ini 83 surah Al-Naml, yang Ahlusunnah mengatakan ayat ini berkaitan dengan hari kiamat. Beliau mengatakan:يحشر الله تعالي في القيامة من كل أمة فوجا و يذر الباقين؟ إنما ذلك في الرجعة، فأما آية القيامة فهذه «وَ حَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً ... ».تفسير القمي لعلي بن إبراهيم القمي، ج 2، ص 37 ـ بحار الأنوار للعلامة المجلسي، ج 53، ص 51، ح 27Apakah Allah Ta’ala memilih dan menghimpunkan sekumpulan daripada tiap-tiap umat di hari kiamat, dan baki yang lain tidak dihimpunkan? Ayat ini hanya berkaitan dengan Raj’ah. Maka ini ayat tentang kiamat: dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar)  sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun daripada mereka. - Tafsir Al-Qumi Li Ali bin Ibrahim Al-Qumi, jilid 2 halaman 37; Biharul Anwar Li Allamah Al-Majlisi, jilid 53 halmaan 51, hadis 27.Ayat ke-dua:Di dalam surah Al-Ghafir ayat ke-11, Allah (s.w.t) berfirman:رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَ أَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَي خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍWahai Tuhan kami! Engkau telah mematikan kami dua kali, dan telah menghidupkan kami dua kali, maka kami mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk keluar (dari neraka)?"Kami bertanya kepada orang-orang ini tentang dua kali mati dan dua kali hidup untuk apa? Manusia satu kali hidup di dunia dan satu kali meninggal dunia. Oleh itu tidak ada maknanya dua kali mati dan dua kali hidup. Melainkan daripada yang kami percaya, ayat ini berkaitan dengan Raj’ah dan beberapa orang yang sudah mati akan hidup, dan dua kali mati, keesokan hari kiamat juga dua kali dihidupkan.Ayat ke-tiga:Di dalam surah Al-Baqarah ayat 259, tentang Nabi Uzair (a.s):أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَي قَرْيَةٍ وَ هِيَ خَاوِيَةٌ عَلَي عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّي يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِئَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِئَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَي طَعَامِكَ وَ شَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَ انْظُرْ إِلَي حِمَارِكَ وَ لِنَجْعَلَكَ آَيَةً لِلنَّاسِ وَ انْظُرْ إِلَي الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَي كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌAtau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".Ayat ke-empat:Di dalam ayat 55 dan 56 surah Al-Baqarah, Allah berfirman:وَ إِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَي لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّي نَرَي اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَ أَنْتُمْ تَنْظُرُونَ / ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَDan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.Oleh itu perbahasan Raj’ah bukanlah semata-mata khusus kepada Syiah. Al-Quran juga menerangkan masalah ini dan Raj’ah mempunyai asas di sisi al-Quran. Tidak ada sesuatu yang kami lihat di dalamnya.Muhsini:Apakah wujud di dalam kitab Ahlusunnah perkara yang berkaitan dengan Raj’ah seseorang setelah kematian?Ustaz Husaini Al-Qazwini:Di antara kitab-kitab Ahlusunnah, Baihaqi mempunyai kitab yang bernama “Hayat Al-Anbiya ba’da wafatihim” (حياة الأنبياء بعد وفاتهم) di mana ia adalah kitab terperinci dan mengaitkan beberapa orang nabi yang hidup setelah mati dan tinggal di dunia. Begitu juga Ibnu Abi Al-Dunya iaitu salah seorang ulama besar Ahlusunnah yang masyhur dengan Al-Hafiz, beliau mempunyai kitab yang dinamakan (من عاش بعد الموت), dan di dalamya ada nama seseorang yang hidup setelah kematian dan tinggal di dunia. Oleh itu jelaslah bahawa orang-orang ini tidak membaca tentang perkara ini.Begitu juga Ibnu Kathir Dimasyqi Al-Salafi di dalam kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, beliau mengatakan tentang saudara lelaki Rabi’ bin Khirash bahawa ia telah meninggal dunia dan hidup setelah mati. Khabar ini disampaikan kepada seseorang dan ia berkata, ketika saya mati, saya bertemu dengan tuhan:و لكن لقيت بعدكم ربي و لقيني بروح و ريحان و رب غير غضبان.البداية و النهاية لإبن كثير الدمشقي، ج 6، ص 175Begitu juga Baihaqi di dalam kitab Dalail Al-Nubuwwah (دلائل النبوة) menukilkan, seseorang yang bernama Abdullah bin Ubaid Anshari yang telah mati di dalam peperangan Shiffin atau jamal. Setelah mati beliau hidup kembali dan mula memberikan ucapan dan menyampaikan berita:محمد رسول الله و أبو بكر الصديق و عمر الشهيد و عثمان الرحيم.دلائل النبوة للبيهقي، ج 5، ص 55 ـ البداية و النهاية لإبن كثير الدمشقي، ج 6، ص 175 ـ تا