Perang Siffin merupakan salah satu daripada peperangan yang tercetus di kalangan sahabat Nabi (s.a.w). Di dalam peristiwa ini ramai para sahabat telah terbunuh di mana misi peperangan itu telah jelas. Contohnya Ammar bin Yasir, Rasulullah (s.a.w) telah mengenal pasti bahawa beliau merupakan timbangan antara kebenaran dan kebatilan.

Menurut apa yang dinukilkan oleh Ibnu Jawzi, setakat dua puluh lima ribu orang para sahabat dari peperangan Badar yang mendukung Amirul Mukminin Ali bin Abil Talib (a.s) telah mati syahid:

وقتل بصفين سبعون ألفا خمسة وأربعون ألفا من أهل الشام وخمسة وعشرون ألفا من أهل العراق منهم خمسة وعشرون بدريا.
ابن الجوزي الحنبلي، جمال الدين ابوالفرج عبد الرحمن بن علي بن محمد (متوفاى 597 هـ)، المنتظم في تاريخ الملوك والأمم، ج 5، ص120 ، ناشر: دار صادر - بيروت، الطبعة: الأولى، 1358.

Di dalam peperangan Siffin, tujuh puluh ribu terbunuh di mana empat puluh ribu warga Syam dan dua puluh lima ribu adalah penduduk Iraq. Dua puluh lima daripada mereka adalah dari peperangan Badar. – Ibnu Jawzi Al-Hanbali, Al-Muntazam Fi Tarikh Al-Muluk Wal Umam.

Dua puluh lima sahabat Nabi dari peperangan Badar terbunuh di tangan sahabat sekaligus menggugat kepercayaan Ahlusunnah Wal Jamaah bahawa semua Sahabat sentiasa berlaku adil.
Antara sahabat Nabi yang mati Syahid tersebut ialah:

Ammar bin Yasir:

Ammar bin Yasir merupakan antara orang terawal menerima agama Islam dengan hati yang tulus. Beliau pernah bersumpah, sehingga ke penghujung riwayat hidupnya akan konsisten berteguh dengan iman. Inilah sahabat yang Rasulullah perkenalkan sebagai neraca timbangan antara kebenaran dan kebatilan.

Tabrani, selaku salah seorang ulama Ahlusunnah Wal Jama'ah menulis:

حدثنا محمد بن عبد اللَّهِ الْحَضْرَمِى ثنا ضِرَارُ بن صُرَدٍ ثنا عَلِى بن هَاشِمٍ عن عَمَّارٍ الدُّهْنِى عن سَالِمِ بن أبى الْجَعْدِ عن عَلْقَمَةَ عن عبد اللَّهِ عَنِ النبى صلى اللَّهُ عليه وسلم قال:إذا اخْتَلَفَ الناسُ كان بنُ سُمَيَّةَ مع الْحَقِّ.


الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الكبير، ج10، ص95، ح10071، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م.


Telah memberitahu kepada kami oleh Muhammad bin Abdullah Al-Hadhrami melalui Dhirar bin Shurd, Ali bin Hashim, 'Ammar bin Al-Duhni, Salim bin Abi Al-Ja'di, daripada 'Alqamah, bahawa ibnu Mas'ud menukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) bahawa sertiap kali orang ramai berselisih pendapat, maka putera Sumayyah (Ammar bin Yasir) akan berpihak kepada kebenaran. – Tabrani, Al-Mu'jam Al-Kabir, jilid 10 halaman 95, hadis nombor 10071.

Hakim Nisyaburi di dalam Al-Mustadrak Al-Sahihain menulis:

أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ خَالِدٍ الْهَاشِمِى بِالْكُوفَةِ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِى بْنِ عَفَّانَ الْعَامِرِى، ثنا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ النَّهْدِى، أَنْبَأَ إِسْرَائِيلُ بْنُ يُونُسَ، عَنْ مُسْلِمٍ الأَعْوَرِ، عَنْ خَالِدٍ الْعُرَنِى، قَالَ:

دَخَلْتُ أَنَا وَأَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِى عَلَى حُذَيْفَةَ، فَقُلْنَا: يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ، حَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فِى الْفِتْنَةِ؟

قَالَ حُذَيْفَةُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: «دُورُوا مَعَ كِتَابِ اللَّهِ حَيْثُ مَا دَارَ» فَقُلْنَا: فَإِذَا اخْتَلَفَ النَّاسُ فَمَعَ مَنْ نَكُونُ؟ فَقَالَ: «انْظُرُوا الْفِئَةَ الَّتِى فِيهَا ابْنُ سُمَيَّةَ فَالْزَمُوهَا، فَإِنَّهُ يَدُورُ مَعَ كِتَابِ اللَّهِ»،

قَالَ: قُلْتُ: وَمَنِ ابْنُ سُمَيَّةَ؟ قَالَ: " أَوَ مَا تَعْرِفُهُ؟ "، قُلْتُ: بَيِّنْهُ لِى، قَالَ: «عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ»، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لِعَمَّارٍ: «يَا أَبَا الْيَقْظَانِ، لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَقْتُلَكَ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ عَنِ الطَّرِيقِ».

هَذَا حَدِيثٌ لَهُ طُرُقٌ بِأَسَانِيدَ صَحِيحَةٍ، أَخْرَجَا بَعْضَهَا وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ بِهَذَا اللَّفْظِ.


الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج2، ص162، ح2652، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.


Ishaq bin Muhammad bin Khalid Al-Hashimi telah memberitahu kepada kami di Kufah, melalui Muhammad bin Ali bin Affan Al-'Amiri, Malik bin Ismail Al-Nahdi,Anba'a Isra'il bin Yunus, daripada Muslim bin A'war, daripada Khalid Al-'Urani berkata: Aku dan Abu Sa'id Al-Khudri menemui Huzaifah dan kami bertanya: Wahai Aba Abdillah, nukilkan kepada kami sesuatu yang kamu dengar daripada Rasulullah (s.a.w) tentang fitnah. Huzaifah berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Berputarlah dengan bulatan Al-Quran di mana pun kalian berada. Aku bertanya: Jikalau orang ramai berselisih pendapat, kami perlu berpihak kepada siapa? Beliau berkata: Perhatikan putera Sumayyah berada di pihak mana, maka pada kumpulan itu kalian berteguh, kerana beliau sentiasa berputar dalam bundaran Kitab Allah. Aku bertanya: Siapakah dia? Jawab beliau: Apakah kalian tidak kenal dia? Aku menjawab: Terangkanlah kepadaku. Katanya: Ammar bin Yasir, aku mendengar daripada Rasulullah (s.a.w) yang bersabda kepada Ammar: Wahai Aba Yaqzhan! Engkau tidak akan mati sampailah engkau dibunuh oleh kumpulan penentang yang menderhaka.

Hadis ini mempunyai beberapa sanad yang Sahih, kedua-dua mereka (Al-Bukhari dan Muslim) mengeluarkan sebahagian daripadanya (riwayat) namun tidak pernah menyatakan lafaz ini. - Al-Hakim Al-Nisyaburi, Al-Mustadrak 'Ala Al-Sahihain, jilid 2 halaman 162, hadis 2652.

Tatkala pembinaan masjid Madinah, Ammar bin Yasir tidak seperti orang lain yang mengangkat seketul bata. Beliau mengangkat dua ketul bata sekali gus. Nabi (s.a.w) menyapu debu di wajah Ammar dengan tangan baginda dan bersabda:

وَيْحَ عَمَّارٍ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ، يَدْعُوهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ، وَيَدْعُونَهُ إِلَى النَّار.


البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل أبو عبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج 1، ص172، ح436، كتاب الصلاة،بَاب التَّعَاوُنِ في بِنَاءِ الْمَسْجِدِ، و ج3، ص1035، ح 2657، الجهاد والسير، باب مَسْحِ الْغُبَارِ عَنِ النَّاسِ فِي السَّبِيلِ، تحقيق: د. مصطفى ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407هـ – 1987م.

Kamu akan dibunuh oleh penderhaka yang sesat, beliau menyeru mereka ke syurga dan mereka menyerunya ke neraka - Sahih Al-Bukhari, jilid 1 halaman 172.

Menurut riwayat ini, Ammar bin Yasir dan mereka yang sama fikiran dengannya adalah ahli syurga. Sedangkan pembunuh Ammar dan kelompoknya adalah ahli neraka. Inilah persoalan yang beredar selama empat belas kurun dan Ahlusunnah tidak pernah dapat menemui jawapannya.

Menarik perhatian di sini ialah Syamsuddin Al-Zahabi menukilkan daripada pembunuh Ammar bin Yasir, iaitu Abu Al-Ghadiyah berkata:

عن أبى الغادية سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: قاتل عمار فى النار وهذا شيء عجيب فإن عمارا قتله أبو الغادية.


الذهبي، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان، (متوفاي748هـ)، ميزان الاعتدال في نقد الرجال، ج 2، ص 236، تحقيق: الشيخ علي محمد معوض والشيخ عادل أحمد عبدالموجود، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1995م.

Daripada Abi Al-Ghadiyah yang berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah (s.a.w) bersabda: Pembunuh Ammar di dalam neraka, ini adalah aneh kerana pembunuhnya ialah Abu AL-Ghadiyyah. - Mizan Al-I'tidal Fi Naqd Al-Rijal, jilid 2 halaman 236.

Riwayat Rasulullah tentang Ammar ini adalah sesuatu yang pasti, semua orang mengetahuinya dan kelompok penderhaka yang sesat itu ialah pihak Muawiyah bin Abu Sufyan. Oleh kerana itu, tatkala Muawiyah mendengar Ammar bin Yasir terbunuh, hati orang ramai sudah bergelora ketakutan dan sabda Nabi (s.a.w) kedengaran dari mulut-mulut (disebut-sebut), beliau memanggil Amru bin 'Ash. Setelah mesyuarat, kelompok penderhaka ini menyiar-nyiarkan kabar angin bahawa Ali bin Abi Talib telah membunuh Ammar. Mereka berhelah dengan mengatakan Ali telah membawa Ammar dalam peperangan, maka Ali yang telah membunuh Ammar.

Ahmad bin Hanbal menulis di dalam Musnadnya:

مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَمَّا قُتِلَ عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ دَخَلَ عَمْرُو بْنُ حَزْمٍ عَلَى عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ فَقَالَ قُتِلَ عَمَّارٌ وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ فَقَامَ عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ فَزِعًا يُرَجِّعُ حَتَّى دَخَلَ عَلَى مُعَاوِيَةَ فَقَالَ لَهُ مُعَاوِيَةُ مَا شَأْنُكَ قَالَ قُتِلَ عَمَّارٌ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ قَدْ قُتِلَ عَمَّارٌ فَمَاذَا قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ فَقَالَ لَهُ مُعَاوِيَةُ دُحِضْتَ فِى بَوْلِكَ أَوَنَحْنُ قَتَلْنَاهُ إِنَّمَا قَتَلَهُ عَلِى وَأَصْحَابُهُ جَاءُوا بِهِ حَتَّى أَلْقَوْهُ بَيْنَ رِمَاحِنَا أَوْ قَالَ بَيْنَ سُيُوفِنَا.


الشيباني، أحمد بن حنبل أبو عبدالله (متوفاي241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج4، ص199، ح 17813، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر؛

البيهقي، أحمد بن الحسين بن علي بن موسى أبو بكر (متوفاي 458هـ)، سنن البيهقي الكبرى، ج8، ص189، ناشر: مكتبة دار الباز - مكة المكرمة، تحقيق: محمد عبد القادر عطا، 1414 - 1994؛

الذهبي، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان، (متوفاي748هـ)، سير أعلام النبلاء، ج 1، ص 420 و ص 426، تحقيق: شعيب الأرناؤوط، محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.


Muhammad bin Amru bin Hazm menukilkan daripada ayahnya: Setelah Ammar bin Yasir dibunuh, Amru bin Hazm pergi kepada Amru bin Ash dan berkata: Ammar bin Yasir terbunuh, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ammar akan dibunuh oleh penentang yang sesat. Maka Amru bin Ash bangkit dan pergi menemui Muawiyah. Beliau ditanya: Apa urusanmu? Kata Amru bin Ash: Telah dikatakan bahawa Ammar terbunuh. Muawiyah bertanya: Mengapa? Amru berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Beliau akan dibunuh oleh penderhaka yang sesat. Muawiyah menjawab: Apakah kita yang membunuhnya? sesungguhnya Ali dan pengikutnyalah yang membunuhnya kerana membawa Ammar ke tengah-tengah pedang kita.

Haithami, setelah menukilkan riwayat ini berkata:

رواه أحمد وهو ثقة.

الهيثمي، علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج7، ص242، ناشر: دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan ia adalah tsiqah - Al-Haithami, Majma' Al-Zawaid Wa Manba' Al-Fawa'id, jilid7 halaman 242.

Hakim Nisyaburi, setelah menukilkan riwayat ini berkata:

هذا حديث صحيح على شرط الشخين ولم يخرجاه بهذه السياقة.

الحاكم النيسابوري، محمد بن عبدالله أبو عبدالله (متوفاي 405 هـ)، المستدرك على الصحيحين، ج2، ص155، تحقيق: مصطفى عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.


Hadis ini sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim, dan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Mustadrak Ala Al-Sahihayn, jilid 2 halaman 155.

وهذا الحديث أثبت الأحاديث وأصحّها، ولمّا لم يقدر معاوية على إنكاره قال: إنّما قتله من أخرجه، فأجابه على بأنّ رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم إذن قتل حمزة حين أخرجه.

قال ابن دحية: وهذا من على إلزام مفحم الذى لا جواب عنه، وحجّة لا اعتراض عليها.

المناوي، عبد الرؤوف (متوفاي: 1031هـ)، فيض القدير شرح الجامع الصغير، ج 6، ص 366، ناشر: المكتبة التجارية الكبرى - مصر، الطبعة: الأولى، 1356هـ


Syarhul Jami' Al-Kabir pula menegaskan:

Hadis ini terbukti antara yang paling sahih, apabila Muawiyah tidak mampu mengingkarinya ia mengatakan: Sesungguhnya beliau dibunuh oleh orang yang membawanya keluar. Maka Ali menjawab: Oleh itu Hamzah dibunuh oleh Rasulullah kerana membawanya keluar. Ibnu Dihyah berkata: Jawapan Ali satu hujjah pukulan yang tidak dapat dijawab, tidak ada protes ke atasnya. - Faidh Al-Qadir Syarh Al-Jami' Al-Saghir, jilid 6 halaman 366.

Khuzaimah Dzusyahadatayn:

Khuzaimah bin Tsabit merupakan salah seorang sahabat Nabi (s.a.w) yang setia. Oleh kerana beliau menyertai peperangan Badar dan pertempuran-pertempuran yang lain, Rasulullah (s.a.w) memberikan kesaksian bahawa beliau seperti dua syahadah. Oleh itu Khuzaimah terkenal sebagai Dzusyahadatayn.

Beliau menyertai perang Siffin dan bergabung bersama Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sehingga mati syahid.

Ibnu Abdul Bar Al-Qurtubi menulis syarah tentang dirinya sebagai:

خزيمة بن ثابت بن الفاكه بن ثعلبة الخطمى الأنصارى من بنى خطمة من الأوس يعرف بذى الشهادتين جعل رسول الله صلى الله عليه وسلم شهادته بشهادة رجلين يكنى أبا عمارة شهد بدرا وما بعدها من المشاهد وكانت راية خطمة بيده يوم الفتح وكان مع على رضى الله عنه بصفين فلما قتل عمار جرد سيفه فقاتل حتى قتل وكانت صفين سنة سبع وثلاثين

روى عن محمد بن عمارة بن خزيمة بن ثابت من وجوه قد ذكرتها فى كتاب الإستظهار فى طرق حديث عمار قال ما زال جدى خزيمة بن ثابت مع على بصفين كافا سلاحه وكذلك فعل يوم الجمل فلما قتل عمار بصفين قال خزيمة سمعت رسول الله (ص) يقول تقتل عمار الفئة الباغية ثم سل سيفه فقاتل حتى قتل.


ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 2، ص448 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.


Khuzaimah bin Tsabit masyhur dengan Dzushahadatayn, Rasulullah (s.a.w) memberikan kesaksian bahawa beliau sebanding dengan syahadah dua orang, iaitu Abu 'Umarah yang mati syahid dalam perang Badar. Panji-panji Khatmah berada di tangannya pada hari pembukaan (Yawmul Fath). Beliau bersama Ali (r.a) dalam peperangan Siffin. Ketika Ammar terbunuh beliau menghunuskan pedangnya dan berperang sampai dibunuh. Perang Siffin terjadi dalam tahun 37 Hijrah.

Diriwayatkan daripada Muhammad bin 'Umarah bin Khuzaimah bin Tsabit adalah seorang yang tersohor di mana aku telah menyebutnya di dalam kitab Al-Istizhar, hadis melalui jalan Ammar yang berkata: Datukku Khuzaimah bin Tsabit hadir di dalam peperangan Siffin bersama Ali. Namun pedangnya sentiasa berada di dalam sarungnya sehinggalah Ammar mati syahid di dalam peperangan Siffin. Khuzaimah berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ammar akan dibunuh oleh penderhaka yang sesat. Maka beliau menghunuskan pedangnya dab berperang sampai terkorban. - Ibnu Abdul Bar, Al-Isti'ab Fi Ma'rifah Al-Ashhab, jilid 2 halaman 448.

Hakim Nisyaburi menulis di dalam kitab Al-Mustadrak:

حَدَّثَنِى أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ بَالَوَيْهِ، ثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ إِسْحَاقَ الْحَرْبِى، ثَنَا مُصْعَبُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الزُّبَيْرِى، قَالَ: " خُزَيْمَةُ بْنُ ثَابِتِ بْنِ الْفَاكِهِ بْنِ ثَعْلَبَةَ بْنِ سَاعِدَةَ بْنِ عَامِرِ بْنِ غَيَّانَ بْنِ عَامِرِ بْنِ خَطْمَةَ وَهُوَ ذُو الشَّهَادَتَيْنِ، جَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ شَهَادَتَهُ بِشَهَادَةِ رَجُلَيْنِ، وَأَخْبَرَ النَّبِى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ رَأَى فِى الْمَنَامِ كَأَنَّهُ سَجَدَ عَلَى جَبْهَةِ النَّبِى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، فَاضْطَجَعَ لَهُ النَّبِى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ حَتَّى سَجَدَ عَلَى جَبْهَتِهِ " قَالَ ابْنُ إِسْحَاقَ:« قُتِلَ مَعَ عَلِى رَضِى اللَّهُ عَنْهُ بِصِفِّينَ بَعْدَ قَتْلِ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ».

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ: " شَهِدَ خُزَيْمَةُ بْنُ ثَابِتٍ ذُو الشَّهَادَتَيْنِ مَعَ عَلِى بْنِ أَبِى طَالِبٍ رَضِى اللَّهُ عَنْهُ صِفِّينَ، وَقُتِلَ يَوْمَئِذٍ سَنَةَ سَبْعٍ وَثَلاثِينَ مِنَ الْهِجْرَةِ.

الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج 3، ص448 ، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.



Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin Balawayh menceritakan kepadaku melalui Ibrahim bin Ishaq Al-Harabi, Mus'ab bin Abdullah Al-Zubairi menukilkan bahawa khuzaimah bin Tsabit ialah Dzusyahadatayn, Rasulullah menjadikan syahidnya seperti kesyahidan 2 orang lelaki. Beliau memberitahu Rasulullah (s.a.w) tentang mimpinya bersujud di atas dahi Nabi (s.a.w). Baginda pun baring sehingga Khuzaimah sujud di atas dahinya. Ibnu Ishaq berkata: Beliau akan terbunuh setelah Ammar bin Yasir mati syahid dalam keadaan berpihak Ali bin Abi Talib dalam peperangan Siffin. Muhammad bin Ishaq berkata: Khuzaimah Dzusyahadatayn mati syahid bersama Ali bin Abi Talib di Siffin. Beliau terbunuh pada hari tersebut, tahun tiga puluh tujuh Hijrah. Al-Hakim Al-Nisyaburi, Al-Mustadrak Ala Al-Sahihayn, jilid 3 halaman 448.

Hashim bin 'Utbah

Hashim bin 'Utbah bin Abi Waqqash yang terkenal dengan Mirqal, sepupu Sa'ad bin Abi Waqqas, salah seorang sahabat Rasulullah yang mencapai martabat kesyahidan yang tinggi.

هاشم بن عتبة بن أبى وقاص بن أخى سعد له صحبة قتل يوم صفين.


التميمي البستي، ابوحاتم محمد بن حبان بن أحمد (متوفاى354 هـ)، الثقات، ج 3، ص437، رقم: 1428، تحقيق السيد شرف الدين أحمد، ناشر: دار الفكر، الطبعة: الأولى، 1395هـ – 1975م.


Hashim bin Utbah bin Abi Waqqas, anak lelaki Sa'ad, seorang sahabat yang terbunuh di hari peperangan Siffin. - Al-Thiqat, jilid 3 halaman 437.

Muhammad bin Jarir Al-Tabari menyebut namanya di dalam syuhada perang Siffin:

وهاشم بن عتبة بن أبى وقاص بن أهيب بن عبدمناف بن زهرة أسلم هاشم بن عتبة يوم فتح مكة وهو المرقال وكان أعور فقئت عينه يوم اليرموك وهو ابن أخى سعد بن أبى وقاص شهد صفين مع على بن أبى طالب عليه السلام وكان يومئذ على الرجالة وهو الذى يقول:

أعور يبغى أهله محلا

قد عالج الحياة حتى ملا

لابد أن يفل أو يفلا

وقتل يوم صفين.

الطبري، أبو جعفر محمد بن جرير بن يزيد بن كثير بن غالب (متوفاى310)، المنتخب من ذيل المذيل ، ج 1، ص16 ـ 17، طبق برنامه الجامع الكبير.


Hashim bin 'Utbah masuk Islam di hari pembukaan kota Makkah, Beliau adalah Mirqal, matanya buta sebelah akibat cedera dalam peperang Yarmuk. Beliau adalah anak saudara Sa'ad bin Abi Waqqas, bergabung bersama pasukan Ali bin Abi Talib dalam peperangan Siffin. Pada hari tersebut panglima perang telah turun, beliau adalah orang yang berkata:

A'war adalah orang yang inginkan tempat dan pangkat untuk seseorang, kehidupan yang dia berlindung itu tidak menunjukkan penat lelah, tidak boleh tidak melainkan mencabut pedang, dan ia menewaskan musuh atau ia kalah.

Beliau mati syahid dalam peperangan Siffin - Al-Muntakhab Min Zail Al-Muzail Lil Tabari, jilid 1 halaman 16-17

Ibnu Hajar Al-'Asqalani menyifatkan keberanian beliau selaku pemegang panji-panji pasukan Ali sebagai berikut:

هاشم بن عتبة بن أبى وقاص بن أهيب بن زهرة بن عبد مناف الزهرى الشجاع المشهور المعروف بالمرقال بن أخى سعد بن أبى وقاص قال الدولابى لقب بالمرقال لأنه كان يرقل فى الحرب أى يسرع من الإرقال وهو ضرب من العدو وقال بن الكلبى وابن حبان له صحبة ...

وأخرج يعقوب بن سفيان من طريق الزهرى قال قتل عمار بن ياسر وهاشم بن عتبة يوم صفين وأخرج بن السكن من طريق الأعمش عن أبى عبد الرحمن السلمى قال شهدنا صفين مع على وقد وكلنا بفرسه رجلين فإذا كان من القوم غفلة حمل عليهم فلا يرجع حتى يخضب سيفه دما قال ورأيت هاشم بن عتبة وعمار بن ياسر يقول له يا هاشم:

 أعور يبغى أهلى محلا

قد عالج الحياة حتى ملا

لا بد أن يفل أو يفلا

قال ثم أخذوا فى واد من أودية صفين فما رجعا حتى قتلا

وأخرج عبد الرزاق عن أبى بكر بن محمد بن عمرو بن حزم أن هاشما أنشده فذكر نحوه .

وقال المرزبانى لما جاء قتل عثمان إلى أهل الكوفة قال هاشم لأبى موسى الأشعرى تعال يا أبا موسى بايع لخير هذه الأمة على فقال لا تعجل فوضع هاشم يده على الأخرى فقال هذه لعلى وهذه لى وقد بايعت عليا وأنشد

أبايع غير مكترث عليا

ولا أخشى أميرا أشعريا

أبايعه وأعلم أن سأرضى

بذاك الله حقا والنبيا

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج6 ص515 ـ 516، رقم: 8918 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.


Hashim bin 'Utbah bin Abi Waqqas, seorang yang berani terkenal sebagai Mirqal, anak saudara Sa'ad bin Abi Waqqas, Al-Daulabi berkata: Laqabnya dengan Mirqal disebabkan beliau pantas pergi berperang. Ibnu Kalbi dan Ibnu Habban mengatakan beliau adalah seorang sahabat...

Ya'qub bin Sufyan menukilkan daripada Al-Zuhri yang berkata, Ammar bin Yasir dan Hasyim bin 'Utbah terbunuh di hari peperangan Siffin, Ibnu Al-Sakan menukilkan daripada Al-A'mash, daripada Abi Abdul Rahman Al-Sulami yang berkata: Kami bersama pasukan Ali dalam perang Siffin, setiap dua orang menunggang kuda. Ketika mereka lalai, kami menyerang mereka. Tidak ada seorang pun yang berpatah balik melainkan pedangnya berlumuran dengan darah. Saya melihat Hashim bin 'Utbah dan Ammar bin Yasir. Ammar berkata kepada Hashim:

A'war ialah untuk mereka yang menunjukkan kepenatan ketika menuntut kedudukan, pangkat, dan kehidupan untuk berlindung. Tidak ada cara melainkan menghunuskan pedang dan menewaskan musuh atau tewas.

Setelah itu mereka berdua tidak pulang dari padang pasir kecuali mati syahid.

'Abdul Razzaq menukilkan daripada Abu Bakr bin Muhammad bin 'Amru bin Hazm bahawa Hashim mendendangkan syair ini.

Marzubani berkata: Tatkala berita pembunuhan Uthman sampai kepada warga Kufah, Hashim berkata kepada Abu Musa Asya'ari berkata: Wahai Abu Musa, datanglah dan bai'atlah kepada sebaik-baik orang pada ummat ini, iaitu Ali bin Abi Talib (a.s). Abu Musa menjawab: Janganlah tergesa-gesa. Kemudian Hasyim meletakkan tangan ke atas tangannya yang lain dan berkata: Tangan saya ini untuk Ali dan yang ini untukku, aku telah memberi bai'at kepada Ali. Kemudian berliau membaca Sya'ir ini:

Dengan segera aku memberi bai'at kepada Ali, Aku tidak takut kepada Amir Asya'ari. Aku memberi Bai'ah dan aku tahu bahawa Allah dan Nabi meredai amalan ini. - Al-Asqalani Al-Shafi'i, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, jilid 6 halaman 515-516.

Ibnu Abdul Bar Al-Qurtubi menyifatkan beliau sebagai berikut:

هاشم بن عتبة بن أبى وقاص القرشى الزهرى ابن أخى سعد بن أبى وقاص بكى أبا عمرو وقد تقدم ذكر نسبه إلى زهرة فى باب عمه سعد قال خليفة بن خياط فى تسمية من نزل الكوفة من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم هاشم بن عتبة بن أبى وقاص الزهرى وقال الهيثم ابن عدى مثله قال أبو عمر أسلم هاشم بن عتبة يوم الفتح يعرف بالمرقال وكان من الفضلاء الخيار وكان من الأبطال البهم فقئت عينه يوم اليرموك...

ثم شهد هاشم مع على الجمل وشهد صفين وأبلى فيها بلاء حسنا مذكورا وبيده كانت راية على على الرجالة يوم صفين ويومئذ قتل وهو القائل يومئذ

أعور يبغى أهله محلا

قد عالج الحياة حتى ملا

لا بد أن يفل أو يفلا

وقطعت رجله يومئذ فجعل يقاتل من دنا منه وهو بارك ويقول:

الفحل يحمى شوله معقولا

وقاتل حتى قتل وفيه يقول أبو الطفيل عامر بن وائلة:

يا هاشم الخير جزيت الجنة

قاتلت فى الله عدو السنة

أفلح بما فزت به من منة

ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج4 ص1546 ـ 1547، رقم: 2700 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.


Hashim bin 'Utbah bin bin Abi Waqqas Al-Qurasyi Al-Zuhri, anak saudara Sa'ad ibnu Abi Waqqas, setelah menyebut nasabnya yang sampai kepada Zuhri dalam menceritakan perihal pakciknya Sa'ad, Khalifah bin Khayyath menyebut namanya sebagai sahabat Nabi yang tinggal di Kufah termasuk Haitsam bin 'Adiy.

Abu Umar berkata: Hasyim bin Utbah masuk Islam di hari pembukaan kota Makkah dan terkenal sebagai Mirqal. Beliau adalah seorang cendiakawan terpilih dan pahlawan. Beliau kehilangan sebelah matanya ketika peperangan Yarmuk.

Kemudian Hasyim bersama Ali dalam peperangan Jamal dan Siffin. Beliau menempuh ujian dan ditangannya adalah panji-panji pasukan Ali dan mati syahid di dalam peperangan tersebut. Beliau adalah orang yang membaca syair ini pada hari tersebut:

A'war ialah untuk mereka yang menunjukkan kepenatan ketika menuntut kedudukan, pangkat, dan kehidupan untuk berlindung. Tidak ada cara melainkan menghunuskan pedang dan menewaskan musuh atau tewas.

Kakinya terpotong dalam peperangan itu, sesiapa pun yang cuba menghampirinya akan diserang, beliau dipukul ke tanah kemudian mengatakan:

"Lelaki mempertahankan keluarga walau dalam tawanan".

Oleh kerana beliau mati Syahid, Abu Tufail 'Amir bin Wa'ilah bersyair tentangnya:

Wahai Hashim yang mengerjakan kebaikan, ganjaranmu adalah syurga.
Engkau memerangi musuh kerana Allah
Engkau menang dengan kemenanganmu daripada kemurahan.

-Abu 'Umar Yusuf bin Abdullah bin Abdul Bar, Al-Isti'ab Fi Ma'rifah Al-Ashab, jilid 4 halaman 1546-1547

Haithami di dalam Majma' Zawa'id mengatakan:

وعن أبى عبدالرحمن السلمى قال شهدنا مع على صفين وقد وكلنا بفرسه رجلين فكانت إذا كانت من الرجل غفلة غمز على فرسه فإذا هو فى عسكر القوم فيرجع إلينا وقد خضب سيفه دما ويقول يا اصحابى اعذرونى اعذرونى فكنا إذا توادعنا دخل هؤلاء فى عسكر هؤلاء فكان عمار بن ياسر يقول علما لأصحاب محمد (ص) لا يسلك عمار واديا من أودية صفين إلا تبعه أصحاب محمد (ص) فانتهينا إلى هاشم بن عتبة بن أبى وقاص وقد ركز الراية فقال مالك يا هاشم أعور وجبنا لا خير فى أعور لا يغشى الناس فنزع هاشم الراية وهو يقول :

أعور يبغى أهله محلا

قد عالج الحياة حتى ملا

لا بد أن يفل أو يفلا

فقال له عمار : أقبل فإن الجنة تحت الأبارقة وقد تزين الحور العين مع محمد وحزبه في الرفيق الأعلى فما رجعا حتى قتلا


Kami bersama pasukan Ali dalam perang Siffin, setiap dua orang menunggang kuda. Ketika mereka lalai, kami menyerang mereka. Tidak ada seorang pun yang berpatah balik melainkan pedangnya berlumuran dengan darah. Ammar bin Yasir tidak memasuki lembah-lembah Siffin melainkan para sahabat mengikutinya. Kami berhenti pada Hashim bin Utaibah bin Abi Waqqas yang sedang memacak bendera. Maka Malik pun berkata: Wahai Hashim A'war dan ketakutan, tiadalah kebaikan bermata satu, tiadalah menggerunkan manusia. Maka Hashim pun mencabut bendera dan berkata:

A'war ialah untuk mereka yang menunjukkan kepenatan ketika menuntut kedudukan, pangkat, dan kehidupan untuk berlindung. Tidak ada cara melainkan menghunuskan pedang dan menewaskan musuh atau tewas.

Ammar berkata: Aku terima, sesungguhnya syurga di bawah kilauan yang dihiasi bidadari bersama Muhammad dan partinya di Rafiqul A'la. Maka janganlah pulang kedua-duanya sehingga dibunuh.

Kemudian Al-Haitsami berkata tentang sanad riwayat ini:

رواه الطبرانى وأحمد باختصار وأبو يعلى بنحو الطبرانى والبزار بقوله تقتل عمارا الفئة الباغية عن عبدالله بن عمرو وحده ورجال أحمد وأبى يعلى ثقات.



Diriwayatkan oleh Tabrani, Ahmad dan Abu Ya'la secara ringkas, Al-Bazzar menukilkan dengan kata-kata "Engkau akan dibunuh oleh penderhaka yang sesat" melalui jalur Abdullah bin Umar. Rijal Ahmad dan Abi Ya'la adalah thiqah. - Majma' Al-Zawa'id Wa Manba' Al-Fawa'id, jilid 7 halaman 240-241.

Abu Fadhalah Al-Anshari:

Abu Fadhalah Al-Anshari, salah seorang pasukan perang Ali bin Abi Talib yang mati syahid di dalam peperangan Siffin. Ibnu hajar di dalam syarah perihal beliau menulis:

أبو فضالة الأنصارى ذكره أحمد والحارث بن أبى أسامة فى مسنديهما وابن أبى خيثمة والبغوى فى الصحابة وأسد بن موسى فى فضائل الصحابة وذكره البخارى فى الكنى مختصرا قال حدثنا موسى حدثنا محمد بن راشد حدثنا بن عقيل عن فضالة بن أبى فضالة الأنصارى وقتل أبو فضالة بصفين مع على وكان من أهل بدر .

وأخرجه بن أبى خيثمة عن عارم عن بن راشد فقال عنه عن فضالة أن عليا قال أخبرنى النبى صلى الله عليه وسلم أنى لا أموت حتى أؤمر ثم تخضب هذه من هذه قال فضالة فصحبه أبى إلى صفين وقتل معه وكان أبو فضالة من أهل بدر .

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج7 ص322، رقم: 10388 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.


Abu Fadhalah Al-Anshari; Ahmad bin Hanbal dan Harits bin Abi Usamah di dalam musnad mereka menyebut beliau. Ibnu Abi Khaytsamah dan Al-Baghawi menyebut beliau di kalangan para sahabat. Asad bin Musa juga menyebutnya di dalam Fadha'il Al-Shahabah. Al-Bukhari menyebut nama beliau secara ringkas di dalam kitab Al-Kuna: Musa meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Rashad, daripada Ibnu 'Aqil, daripada Fadhalah bin Abi Fadhalah al-Anshari bahawa Abu Fadhalah terkorban bersama pasukan perang Ali dalam peperangan Siffin dan beliau adalah ahli Badar.

Anak Abi Khaitsamah menukilkan riwayat yang sama daripada 'Arim, daripada Ibnu Rashid, dinukilkan daripada Fadhalah bahawa Ali (a.s) berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda memberitahuku bahawa aku tidak akan meninggal dunia melainkan mencapai pemerintahan ini, kemudian diwarnai ini daripada ini. Setelah itu ayahku menyertai (bersama pasukan Ali) di dalam peperangan Siffin dan mati syahid di sana. Abu Fadhalah juga adalah (tentera Islam) ahli Badar. Al-'Asqalani Al-Shafi'i, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, jilid 7 halaman 322, nombor 10388.

Ibnu 'Abdul Bar di dalam Al-Isti'ab menulis:

أبو فضالة الأنصارى شهد بدرا مع النبى صلى الله عليه وسلم وقتل مع على بصفين... .

ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج4 ص1729، رقم: 3125 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.



Abu Fadhalah Al-Anshari hadir dalam perang Badar bersama Nabi (s.a.w) dan terkorban bersama pasukan Ali di dalam perang Siffin. - Ibnu 'Abdul Bar, Al-Isti'ab fi Ma'rifah Al-Ashhab, jilid 4 halaman 1729.

Suhail bin 'Amru Al-Anshari:

Beliau juga adalah salah seorang sahabat Nabi (s.a.w) yang hadir di dalam perang Badar dan mati syahid bersama pasukan tentera Ali bin Abi Talib di dalam perang Siffin.

Ibnu 'Abdul Bar mensyarahkan perihalnya sebagai:

سهيل بن عمرو بن أبى عمرو الأنصارى ذكره ابن الكلبى فيمن شهد صفين من البدريين فقال سهيل بن عمرو الأنصارى شهد بدرا وقتل مع على بن أبى طالب رضى الله عنه بصفين.

ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 2، ص669، رقم: 1105 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.

Ibnu Al-Kalbi menyebit nama Suhail bin 'Amru bin Abi 'Amru Al-Anshari daripada kalangan mereka yang menyertai peperangan Siffin dan pernah mengikuti perang Badar. Beliau mengatakan Suhail bin 'Amru Al-Anshari adalah peserta perang Badar yang terkorban bersama pasukan Ali di Siffin. - Al-Isti'ab Fi ma'rifah Al-Ashhab, jilid 2 halaman 669.

Abdullah bin Budayl dan saudaranya.

Ibnu Hajar Al-'Asqalani menulis di dalam kitab Al-Ishabah:

عبد الله بن بديل بن ورقاء الخزاعى تقدم ذكر أبيه ونسبه قال الطبرى وغيره أسلم يوم الفتح مع أبيه وشهد حنينا والطائف وتبوك وقال بن الكلبى كان هو وأخوه عبد الرحمن رسولى رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن ثم شهدا صفين مع على وقتلا بها وكان عبد الله على الرحال

وفى كتاب صفين لنصر بن مزاحم بسنده إلى زيد بن وهب إن عبد الله بن بديل قام بصفين فقال إن معاوية نازع الأمر أهله وصال عليكم بالأحزاب والأعراب وأنتم والله على الحق فقاتلوا ومن طريق الشعبى قال كان على عبد الله بن بديل بصفين درعان ومعه سيفان فكان يضرب أهل الشام وهو يقول:

لم يبق إلا الصبر والتوكل

ثم التمشى فى الرعيل الأول

مشى الجمال فى حياض المنهل

والله يقضى ما يشاء ويفعل

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج 4 ص21، رقم: 4562 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.


'Abdullah bin Budayl bin Warqa' Al-Khuza'i mula menyebut nama ayahnya dan nasabnya. Al-Tabari dan beberapa orang yang lain mengatakan orang telah masuk Islam di hari pembukaan kota Mekah bersama ayahnya, dan (ayahnya) menyertai perang Hunain, Ta'if dan Tabuk. Ibnu Al-Kalbi mengatakan beliau dan saudaranya Abdul Rahman adalah utusan Rasulullah (s.a.w) ke Yaman. Kemudian menyertai peperangan Siffin bersama Ali dan kedua-duanya terkorban di sana. Abdullah adalah pasukan tentera darat.

Nasr bin Muzahim di dalam kitab Siffin menukilkan daripada Zaid bin Wahab dengan sanadnya tersendiri bahawa Abdullah bin Budayl berdiri di hari perang Siffin dan berkata: Muawiyah mempertikaikan Ahlul Amr (mereka yang berhak memerintah). Ia menempuhkan kamu dengan parti-parti dan A'rab. Demi Allah, kalian atas kebenaran, maka bangkitlah berperang.

Dinukilkan dari jalur Sya'bi Abdullah bin Budayl mempunyai dua baju besi di dalam peperangan Siffin, dan memerangi warga Syam sambil berkata:

Tidak ada yang tertinggal melainkan kesabaran dan Tawakkal, kemudian maju ke barisan hadapan, bagaikan unta pergi kepada air, dan Allah melaksanakan apa yang Dia kehendaki. - Al-'Asqalani, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, jilid 4 halaman 21, nombor 4562.

Abdullah bin Ka'b Al-Muradi

Ibnu 'Abdul Bar dan Ibnu Hajar menyebut namanya di kalangan sahabat dan menjelaskan bahawa beliau mati syahid di dalam peperangan Siffin:

Abdullah bin Ka'b Al-Muradi terbunuh di hari perang Siffin, beliau adalah salah seorang pemimpin sahabat Ali. - Ibnu Abdul Bar, Al-Isti'ab Fi Ma'rifah Al-Sahabah, jilid 3 halaman 981; Ibnu Atsir Al-Jazari, Asadul Ghabah Fi Ma'rifatul Sahabah, jilid 3 halaman 382; Al-'Asqalani Al-Syafi'i, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, halamann 4919, nombor 4921.

Abu 'Amrah Al-Anshari

Abu 'Amrah Al-Anshari, salah seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) yang mati syahid di dalam peperangan Siffin. Namun terdapat ikhtilaf tentang namanya samada Basyir bin 'Amru atau Tsa'labah bin 'Amru. Walau bagaimana pun tidak dapat dinafikan bahawa beliau mati syahid bersama pasukan tentera Ali bin Abi Talib.

Begitu juga ulama Ahlusunnah telah menulis bahawa beliau membantu Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan menyumbangkan harta bernilai seratus ribu dirham dalam peperangan Jamal supaya dapat mengalahkan musuh.

Ibnu Abdul Bar Al-Qurtubi menulis di dalam AL-Isti'ab:

بشير بن عمرو بن محصن أبو عمرة الأنصارى روى عن النبى وقتل يوم صفين وقد اختلف فى أسم أبى عمرة الأنصارى هذا والد عبدالرحمن بن أبى عمرة .

ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 1، ص175 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.



Basyir bin 'Amru bin Muhshan Abu 'Amrah Al-Anshari meriwayatkan hadis daripada Rasulullah (s.a.w), terkorban di hari peperangan Siffin. Telah berselisih pendapat tentang nama Abi 'Amrah Al-Anshari. Beliau adalah ayah 'Abdul Rahman Abi 'Amrah. - Ibnu 'Abdul Bar, Al-Isti'ab fi Ma'rifah Al-Ashhab, jilid 1 halaman 175.

Al-Tabrani menulis di dalam Mu'jam Al-Kabir:

أبو عَمْرَةَ الأَنْصَارِى وَيُقَالُ بَشِيرُ بن عمرو بن محصن رضى الله عنه ويقال ثعلبة بن عمرو بن محصن ويقال عَمْرِو بن مِحْصَنٍ من بنى مَازِنِ بن النَّجَّارِ وَيُقَالُ إِنَّ أَبَا عَمْرَةَ أَعْطَى عَلِيًّا رضى اللَّهُ عنه يوم صِفِّينَ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ أَعَانَهُ بها يوم الْجَمَلِ وَقُتِلَ يوم صِفِّينَ .

الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الكبير، ج 1، ص211 ، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م.



Abu 'Amrah Al-Anshari, dikatakan sebagai Bashir bin 'Amru bin Muhshan (r.a), dikatakan juga sebagai Tha'labah bin 'Amru bin Muhshan, yang lain mengatakan beliau adalah 'Amru bin Mihshan daripada bani Mazin bin Al-Najjar. Dikatakan juga bahawa Abu 'Amrah pernah memberi seratus ribu dirham kepada Ali bin Abi Talib di dalam peperangan Jamal untuk membantu beliau. Beliau terbunuh di hari peperangan Siffin. - Al-Tabrani, Al-Mu'jam Al-Kabir, jilid 1 halaman 211.

Ibnu Habban Al-Busti di dalam kitab Mashahir Al-Amshar dan di dalam kitab Al-Thiqaatnya turut menyebut nama sahabat Nabi ini:

ثعلبة بن عمرو بن محصن كنيته أبو عمرة والد عبد الرحمن بن أبى عمرة شهد مع النبى صلى الله عليه وسلم خيبر وقد قيل ان اسم أبى عمرة بشير بن عمرو بن محصن أعطى عليا يوم الجمل مائة ألف درهم أعانه بها وقتل يوم صفين.

التميمي البستي، ابوحاتم محمد بن حبان بن أحمد (متوفاى354 هـ)، مشاهير علماء الأمصار ، ج1 ص23، تحقيق : م. فلايشهمر ، ناشر : دار الكتب العلمية ـ بيروت ، 1959م.

التميمي البستي، ابوحاتم محمد بن حبان بن أحمد (متوفاى354 هـ)، الثقات، ج 3، ص48 ، تحقيق السيد شرفالدين أحمد، ناشر: دار الفكر، الطبعة: الأولى، 1395هـ – 1975م.


Tsa'labah bin 'Amru bersama Rasulullah (s.a.w) berperang di Khaibar, dikatakan bahawa namanya Abi 'Amrah ialah Basyir bin 'Amru bin Muhshan, beliau telah memberikan seratus ribu dirham kepada Ali bin Abi Talib untuk membantunya dalam peperangan Jamal. Beliau terkorban di hari peperangan Siffin. - Al-Tamimi Al-Bashati, Masyahir Ulama Al-Amshar, jilid 1 halaman 23; Al-Thiqat, jilid 3 halaman 48.

Abu Hazim Al-Bajali

Abu Hazim Al-Bajali seorang warga Kufah dan salah seorang syuhada perang Siffin. Ibnu Hajar menulis tentang beliau:

أبو حازم البجلى والد قيس وقيل اسمه عوف وقيل عبد عوف أخرج حديثه البخارى فى الأدب المفرد وأبو داود وصححه وابن خزيمة وابن حبان والحاكم كلهم من طريق إسماعيل بن أبى خالد عن قيس بن أبى حازم عن أبيه أنه جاء والنبى صلى الله عليه وسلم يخطب فقام فى الشمس فأمر به فتحول إلى الظل قال محمد بن سعد قتل أبو حازم بصفين .

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج7 ص82، رقم : 9726 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.



Abu Hazim Al-Bajali, ayah Qais, dikatakan namanya 'Auf, ada yang mengatakan Abdul 'Auf, Al-Bukhari mengeluarkan hadis daripadanya di dalam Kitab Adab Al-Mufrad, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Habban dan Hakim telah menukilkannya melalui jalur Ismail bin Abi Khalid, daripada Qais bin Abu Hazim, daripada ayahnya, sesungguhnya beliau datang dan Nabi (s.a.w) sedang berkhutbah. Maka berdirilah ia dalam terik matahari dan baginda mengarahkannya supaya beliau berlindung di bawah teduh, Muhammad ibnu Sa'ad berkata: Abu Hazim terbunuh dalam perang Siffin. - Al-'Asqalani, Ahmad bin Hajar Abul Fadhl, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Shahabah, jilid 7 halaman 82, nombor 9726.

Mizzi di dalam Tahdzibul Kamal menulis:


بخ د : أبو حازم البجلى الاحمسى ، والد قيس بن أَبى حازم ، له صحبة.

وقد ذكرنا ما قيل فى اسمه ونسبه وبعض ما فى ذلك من الخلاف فى ترجمة ابنه قيس بن أَبى حازم . رَوَى عَن : النبى صلى الله عليه وسلم (بخ د). رَوَى عَنه : ابنه قيس بن أَبى حازم (بخ د).قال محمد بن سعد : قتل يوم صفين.

المزي، ابوالحجاج يوسف بن الزكي عبدالرحمن (متوفاى742هـ)، تهذيب الكمال، ج 33، ص437، رقم: 7298 ، تحقيق: د. بشار عواد معروف، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ – 1980م.



Abu Hazim Al-Bajali adalah salah seorang sahabat. Muhammad bin Sa'ad berkata: Tahdzibul Kamal, jilid 33 halaman 437, nombor 7298.


Jundub bin Zuhair Al-'Amiri

Jundub bin Zuhari adalah salah seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) dan salah seorang tentera Amirul Mukminin dan terbunuh di dalam peperangan Siffin.

Abu Na'im Al-Asbahani di dalam Ma'rifah Al-Shahabah menulis:

جندب بن زهير العامرى كان على رجالة على بن أبى طالب [ رضى الله عنه] وقتل يوم صفين ذكره البغوى عن عمه عن أبى عبيد . وقال : هو أزدى.

الأصبهاني، ابو نعيم أحمد بن عبد الله (متوفاى430هـ)، معرفة الصحابة ، ج 2، ص580 ، طبق برنامه الجامع الكبير.



Jundub bin Zuhair adalah tentera darat Ali bin Abi Talib dan terbunuh di hari peperangan Siffin. Al-Baghawi menukilkan perkara ini daripada pakciknya yang mengambil daripada Abu ‘Ubaid.

Ibnu Atsir di dalam Asadul Ghabah menulis:

جُنْدب بن زُهَيْر بن الحارث بن كثير بن جُشم بن سُبَيع بن مالك بن ذُهَل بن مازن ابن ذبيان بن ثعلبة بن الدؤل بن سعد مناة بن غامد الأزدى الغامدى . كان على رجَّالة صفين مع على ، وقتل فى تلك الحرب بصفين .

ابن أثير الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاى630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج 1، ص443، رقم: 799 ، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996 م.


Jundub bin Zuhair, adalah tentera darat Ali bin Abi Talib dan terbunuh dalam peperangan itu. - Ibnu Atsir, Asadul Ghabah fi Ma’rifatul Sahabah, jilid 1 halaman 443, nombor 799.

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menceritakan tentang keberaniannya di dalam peperangan Siffin:

وذكر بن دريد فى أماليه بسنده إلى أبى عبيدة عن يونس قال كان عبد الله بن الزبير اصطفنا يوم الجمل فخرج علينا صائح كالمنتصح من أصحاب على فقال يا معشر فتيان قريش أحذركم رجلين جندب بن زهير الغامدى والأشتر فلا تقوموا لسيوفهما أما جندب فرجل ربعة يجر درعه حتى يعفى أثره .

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج 1، ص507 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.


Ibnu Duraid di dalam Amalinya dengan sanadnya sendiri hingga kepada Abi ‘Ubaidah, daripada Yunus yang berkata: Abdullah bin Zubair membariskan kami di dalam perang Jamal. Kemudian datanglah seorang yang menjerit memberi nasihat daripada pasukan Ali dan berkata: Wahai pemuda Quraysh!  Jangan berpedang dengan dua orang iaitu Jundub bin Zuhair Al-Ghamidi dan Malik Al-Ashtar. Jundub seorang lelaki yang tinggi di mana libasannya sampai ke bumi. - Al-‘Asqalani Al-Shafi’i, Al-Ishabah fi Tamyiz Al-Sahabah, jilid 1 halaman 507.

Muhammad bin Sulaiman bin Rifa’ah

Muhammad bin Sulaiman, adalah salah seorang sahabat Nabi yang pernah menyertai peperangan Uhud. Beliau turut mati syahid di dalam peperangan Siffin. Ibnu Hajar mengatakan tentang beliau:

محمد بن سليمان بن رفاعة بن خليفة بن أبى كعب قال بن القداح شهد أحدا وحضر فتح العراق وقتل يوم صفين.

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج 6، ص15، رقم: 7781 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.



Muhammad bin Sulaiman bin Rifa’ah bin Khalifah bin Ubai bin Ka’b. Ibnu Al-Qaddah berkata: Beliau menyertai peperangan Uhud dan pembukaan Al-Iraq, terbunuh di hari peperangan Siffin. - Al-‘Asqalani Al-Syafi’i, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Shahabah, jilid 6 halaman 15.

Sa’ad bin Al-Harits

Sa’ad bin Al-Harits merupakan salah seorang daripada sahabat Nabi (s.a.w) yang mati syahid di dalam peperangan Siffin. Ibnu Hajar mengatakan tentang beliau:

سعد بن الحارث بن الصمة الأنصارى أخو جهيم قال بن شاهين له صحبة وشهد صفين مع على وقال الطبرى صحب النبى صلى الله عليه وسلم وشهد مع على صفين وقتل يومئذ .

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج3 ص50، رقم: 3138 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.



Sa’ad bin Al-Harits bin Al-Shimmah Al-Anshari, Ibnu Shahin berkata bahawa beliau adalah seorang sahabat Nabi dan telah menyertai perang Siffin bersama Ali. Al-Tabari mengatakan beliau adalah sahabat Nabi (s.a.w) dan menyertai perang Siffin bersama Ali, kemudian terbunuh di hari perang Siffin itu juga. - Al-‘Asqalani Al-Syafi’i, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, jilid 3 halaman 50.

Ibnu Abdul Bar Al-Qurtubi di dalam Al-Isti’ab berkata:

سعد بن الحارث بن الصمة قد ذكرنا نسبه فى باب أبيه صحب النبى صلى الله عليه وسلم وشهد مع على صفين وقتل يومئذ وهو أخو جهيم بن الحارث بن الصمة.

ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج2 ص583، رقم: 921 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.



Sa’ad bin Al-Harits bin Shimmat, telah kami sebutkan nasabnya di dalam fasal ayahnya bahawa beliau adalah sahabat Nabi (s.a.w), telah menyertai perang Siffin dan terbunuh di hari itu juga. - Ibnu ‘Abdul Bar, Al-Isti’ab Fi Ma’rifatul Ashhab, jilid 2 halaman 583, nombor 921.

Abdullah bin Arqam

Ibnu Katsir Dimasyq di dalam kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah menulis bahawa Abdullah bin Arqam sebagai penulis wahyu dan mati syahid di dalam perang Siffin:

عبد الله بن الأرقم بن أبى الأرقم

اسلم عام الفتح وكتب بين يدى رسول الله صلى الله عليه وسلم وقد تقدم مع كتاب الوحى عبد الله بن بديل بن ورقاء الخزاعى قتل يوم صفين وكان أمير الميمنة لعلى.

ابن كثير الدمشقي، ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاى774هـ)، البداية والنهاية، ج 7، ص311 ، ناشر: مكتبة المعارف – بيروت.


Abdullah bin Arqam bin Abi Al-Arqam, masuk Islam pada tahun pembukaan kota Makkah, penulis wahyu dan terbunuh di hari peperangan Siffin. Beliau adalah komandan kanan tentera Ali.- Ibnu Katsir, Al-Bidayah Wal Nihayah, jilid 7 halaman 311.

Ya’la bin Umayyah

Ya’la bin Umayyah, salah seorang sahabat, pada mulanya beliau adalah pengikut Aisyah, Talhah dan Zubair. Pernah menyertai perang Jamal di pihak mereka itu. Beliau terkenal kerana membeli unta untuk Aisyah dan menyumbang banyak harta untuk membantu Zubair. Namun setelah beriman dengan kebenaran bersama Ali bin Abi Talib, beliau menyertai perang Siffin dan berada di pihak Haidar Al-Karrar.

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menulis tentangnya sebagai:

يعلى بن أمية بن أبى عبيدة بن همام بن الحارث التميمى الحنظلى... قال المدائنى عن سلمة بن محارب عن عوف الأعرابى قال استعمل أبو بكر يعلى على حلوان فى الردة ثم عمل لعمر على بعض اليمن فحمى لنفسه حمى فعزله ثم عمل لعثمان على صنعاء اليمن وحج سنة قتل عثمان فخرج مع عائشة فى وقعة الجمل ثم شهد صفين مع على.

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج6، ص685، رقم: 9365 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.



Ya’la bin Umayyah… Mada’in meriwayatkan daripada Salmah bin Muharib, daripada ‘Auf Al-A’rabi bahawa Abu Bakr melantik Ya’la sebagai komandan Halwan dalam perang Riddah. Kemudian dilantik menjadi hakim di sebahagian bumi Yaman oleh Umar bin Al-Khattab. Beliau menjalankan kerja untuk diri sendiri sehingga dilucutkan jawatan. Kemudian beliau menjadi hakim di San’a Yaman. Ketika pembunuhan Usman, beliau mengerjakan Haji. Kemudian keluar bersama ‘Aisyah dalam perang Jamal. Setelah itu beliau syahid perang Siffin bersama pasukan Ali. - Al-‘Asqalani, Al-Ishabah Fi Tamyiz Al-Shahabah, jilid 6 halaman 685.

Ibnu Abdul Bar di dalam syarah perihal beliau menulis:

وذكر عن مسلمة عن عوف قال أعان يعلى بن أمية الزبير بأربعمائة ألف وحمل سبعين رجلا من قريش وحمل عائشة على جمل يقال له عسكر كان اشتراه بمائتى دينار

قال أبو عمر كان يعلى بن أمية سخيا معروفا بالسخاء وقتل يعلى بن أمية سنة ثمان وثلاثين بصفين مع على بعد أن شهد الجمل مع عائشة وهو صاحب الجمل أعطاه عائشة وكان الجمل يسمى عسكرا.

ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج4 ، ص1587 ، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.


Telah dinukilkan daripada Maslamah, daripada ‘Auf yang berkata: Ya’la bin Umayyah telah membantu Zubair dengan empat ratus ribu (dinar atau dirham), dan pengiring tujuh puluh lelaki Quraysh, dan membawa Aisyah di atas unta yang dipanggil sebagai ‘Askar yang dibelinya dengan harga dua ratus dinar.

Abu Umar berkata: Ya’la bin Umayyah seorang yang murah hati dan masyhur dengan itu (Al-Sakha’). Dalam tahun tiga puluh lapan beliau terbunuh di Siffin di pihak Ali setelah menyertai perang Jamal di pihak Aisyah. Beliau adalah pemilik unta yang diberinya kepada Aisyah dan unta tersebut dinamakan sebagai ‘Askar. - Ibnu Abdul Bar, Al-ISti’ab Fi Ma’rifah Al-Ashhab, jilid 4 halaman 1587.

Ini semua adalah nama beberapa sahabat Nabi (s.a.w) yang mati syahid dalam peperangan Siffin di tangan kelompok Qasitin. Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan terhadap roh mereka.