Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti terkenal Arab Saudi Syeikh Abdul Rahman bin Nasir al-Barrak mempunyai anggapan bahawa sistem pilihanraya untuk pemilihan calon ketua negara atau ahli parlimen adalah haram. Beliau memaklumkan demikian di dalam laman web sosial Twitter peribadinya.
Kata beliau, "Pemilihan ketua untuk pentadbiran kaum muslimin merupakan urusan "Ahl al-hal wa al-'Aqd" dan "Ahl Syaukah" daripada kalangan umat Islam, bukannya kerja-kerja orang awam. Sedangkan pilihanraya adalah sistem yang membawa kerosakan terhadap masyarakat, syariat dan akal juga tidak menerangkannya. Ini adalah sesuatu daripada musuh Islam yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam."
"Kemiripan unsur kuffar dalam kempen, pembelian undi dan manifesto palsu merupakan sebahagian perkara menujukkan haramnya pilihanraya," ujarnya.
Syeikh Abdul Rahan bin Nasir al-Barrak sebelum ini mengeluarkan fatwa kontroversi seperti meruntuhkan dan pembinaan semula Ka'bah agar tidak terjadi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, begitu juga fatwa hukuman mati bagi perempuan yang memohon lesen memandu.