Agensi Berira Ahlul Bait (ABNA.co) - Ahli jawatankuasa Majlis Syura Budaya Mesir bermesyuarat akibat kebimbangan mereka tentang kemungkinan aktiviti perlancongan Iran ke Mesir bakal menyebabkan fahaman mazhab Syiah merebak di negara ini. Menurut laman berita berbahasa Arab Ahram, ahli jawatankuasa itu menggesa Menteri Perlancongan Hesham Zaazou mengadakan perbincangan tentang isu itu dalam parlimen.Jawatankuasa yang diketuai oleh Fathy Shehab El-Din daripada Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) telah melancarkan debat hangat mengenai kesan-kesan perlancongan Iran ke Mesir.Ahli Jawatankuasa Perlembagaan Mesir dalam satu mesyuarat pada September 2012 (Gambar: Reuters)"Syiah lebih bahaya daripada wanita bogel," kata ahli parlimen Tharwat Attallah, dari Parti Nour Salafi ketika perbincangan."Mereka berbahaya untuk keselamatan nasional Mesir; rakyat Mesir boleh ditipu supaya menjadi Syiah, di samping membuka peluang untuk penyebarannya di Mesir," tambahnya lagi.Attallah juga menyeru pemerintah Mesir hari ini untuk menghadkan hubungan Mesir dan Iran, sebagaimana yang telah dilakukan oleh presiden Hosni Mubarak dahulu.Abd El-Galeil El Qassem dari parti Nur juga berkata ajaran Syiah akan menjejaskan intisari agama dan doktrin Sunni.Beliau berkata Mesir pihak berkuasa hendaklah membataskan kedatangan pelancong Iran ke Mesir kerana menurutnya, rakyat Iran berazam untuk mewujudkan persengketaan di negara ini.Walau bagaimanapun, ahli parlimen Yehia Abo El-Hassan dari parti Islam tidak bersetuju dengan kebimbangan mereka dengan berkata, "Negara-negara yang terputus hubungan dengan Iran adalah Amerika Syarikat dan Israel." Tambah beliau lagi, pelancong hanya datang ke Mesir untuk masa yang terhad.Jentera parti Nour yang berfahaman Salafi telah menganjurkan seminar pada bulan April untuk menentang penyebaran ajaran Syiah di Mesir.Golongan Salafi dan beberapa kumpulan Islam yang lain telah menyatakan kebimbangan mereka baru-baru ini tentang potensi pengaruh Syiah di negara ini.Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terputus berikutan tercetusnya revolusi Islam Iran pada tahun 1979, tetapi hubungan antara kedua-dua negara ini meningkat sejak kemenangan presiden Mohamed Morsi dalam pilihanraya 2012. Presiden Iran Mahmoud Ahmadi Nejad kemudian melawat Mesir dalam Februari 2013.Dalam bulan April, lebih 50 rakyat Iran -kumpulan petama deligasi rasmi Iran melawat Mesir untuk membincangkan hal ehwal perlancongan- tiba di Mesir dengan kawalan keselamatan yang ketat. Lawatan ini terjadi sebagai sebahagian daripada perjanjian pelancongan dua hala yang ditandatangani pada bulan Februari.
19 Mei 2013 - 19:30
News ID: 421211

Pemimpin parti Nour membantah perlancongan Iran ke Mesir dengan alasan mengancam keselamatan negara dan akan merosakkan negara yang berdoktrin Sunni.