Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiap rakyat Malaysia berhak mengulas mengenai skop undang-undang Islam di negara ini sebagai sebahagian daripada proses demokrasi, kata kumpulan masyarakat sivil G25.
"Kami berpandangan bahawa mana-mana undang-undang yang dibuat Parlimen atau badan perundangan negeri sama ada hal sivil atau agama adalah dasar awam dan oleh itu, semua rakyat mempunyai hak untuk menyatakan pandangan, selagi berbuat demikian dalam kerangka perundangan.
"Ia adalah hak asasi dalam semua negara berdemokrasi perlembagaan yang harus ditegakkan untuk membolehkan suara rakyat didengar sama ada di dalam dan luar negara," jelas Sekretariat G25 itu dalam kenyataan hari ini.
G25 berkata, pihak berkuasa perlu membenar dan menerima pandangan berbeza kerana perbezaan pendapat adalah sebahagian daripada proses demokrasi dengan rakyat melaksanakan hak sebagai warganegara.
Mereka memetik pindaan kepada hukuman mahkamah syariah yang merupakan perkara penting kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menghapuskan halangan terakhir untuk Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Mereka yang menentang pindaan tersebut yang sering kali disebut sebagai Rang Undang-undang Hadi telah dituduh sebagai anti-Islam.
4 Februari 2017 - 17:30
News ID: 809443

Setiap rakyat Malaysia berhak mengulas mengenai skop undang-undang Islam di negara ini sebagai sebahagian daripada proses demokrasi, kata kumpulan masyarakat sivil G25.