Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

23 Ogos 2018

5:43:27 PG
906517

Sambutan Aiduladha Di Malaysia

Sebahagian daripada kaum muslim di daerah Gombak, Selangor menunaikan solat Hari Raya Kurban di Musolla Ar-ridha dengan dalam rangka memperingati jasa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s di dalam menegakkan syiar tauhid di muka bumi ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gombak, Selangor; Sebahagian daripada kaum muslim di bandar ini menunaikan solat Hari Raya Kurban di Musolla Ar-ridha dengan dalam rangka memperingati jasa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s di dalam menegakkan syiar tauhid di muka bumi ini.



Puluhan peserta yang menyertai upacara yang diketuai oleh Ustaz Kamil Zuhairi itu kemudiannya turut membantu di dalam ibadah kurban yang sinonim dengan hari perayaan kedua terbesar umat Islam tersebut.

Daging-daging kurban itu kemudiannya diagih-agihkan kepada pihak yang memerlukan. Jamuan turut disediakan kepada para peserta oleh pihak penganjur.

Pihak penganjur program, Hauzah Ar-Ridha menyatakan bahawa mereka berusaha untuk melaksanakan program itu setiap tahun bagi mempermudahkan ahli qariah mereka untuk memperolehi manfaat spiritual yang wujud di dalam perayaan itu.

/315