28 Mei 2026 - 11:20
Operasi Drin Hezbollah Musnahkan Askar Zionis, Batalion 'Rotem' Tinggal Runtuhan

Seorang askar wanita rejim Zionis terbunuh manakala dua lagi askar cedera dalam serangan dron berani mati yang dilancarkan oleh Hezbollah di utara wilayah Palestin yang diduduki, lapor media Israel semalam.

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Seorang askar wanita rejim Zionis terbunuh manakala dua lagi askar cedera dalam serangan dron berani mati yang dilancarkan oleh Hezbollah di utara wilayah Palestin yang diduduki, lapor media Israel semalam.

Menurut pangkalan data berita Ibrani Hadshot Hamot, tentera rejim Zionis telah memberi kebenaran untuk menyiarkan berita kematian Sarjan Rotem Yannay, seorang askar dari batalion Rotem di bawah Briged Givati.

Askber wanita tersebut terbunuh pada hari Rabu akibat letupan dron pengebom yang dilancarkan Hezbollah menyasar sebuah pangkalan tentera di petempatan Shomra, utara Palestin yang diduduki.

Sementara itu, sumber berbahasa Ibrani turut melaporkan bahawa dua lagi askar dari unit kecemasan kibbutz (petempatan koloni Zionis) Goren turut cedera dalam letupan dron yang sama.

Your Comment

You are replying to: .
captcha