23 Februari 2012 - 20:30

Munsif Al-Marzuqi mendakwa, "Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang campurtangan ketenteraan atau membekalkan senjata kepada sebelah pihak." Pernyataan beliau ini dikeluarkan ketika Qatar dan Arab Saudi bekerjasama dengan Amerika dan Zionis untuk membekalkan senjata kepada beberapa kumpulan pemberontak di Syria sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sebuah persidangan di Tunisia anjuran paksi barat yang dinamakan Rakan Syria telah berlangsung. Persidangan yang dihadiri oleh Menteri Luar Amerika Hillary Clinton, Menteri Luar England, Setiausaha Agung Liga Arab Nabil al-Arabi, Menteri Luar Turki dan beberapa negara Arab yang lain telah dimulakan dengan ucapan Presiden Tunisia.

Dalam mempertahankan tindakan Qatar, presiden Republik Tunisa memberikan ucapan pembukaan persidangan ini mengatakan, "Kita hendaklah mencari jalan penyelesaian untuk Syria."

Beliau menegaskan bahawa tidak ada persamaan antara Syria dan Libya. Kata beliau, "Tidak perlu sebarang campurtangan asing dalam negara ini"

Presiden Tunisia menganggap bahawa krisis di Syria adalah seperti di Yaman. Menurut beliau Syria hendaklah menerima bantuan luar dan melaksanakan pilihanraya.

Musif Al-Marzuqi memaklumkan persidangan ini dibentuk selaku rakan Syria sambil mendakwa rakan sebenar Syria ialah mereka yang menyeru supaya krisis pertumpahan darah tidak bertambah luas. Malangnya beliau tidak memberikan sebarang ulasan daripada pihak Liga Arab tentang pertumpahan darah yang terjadi di Bahrain dan Palestin.

Selain itu beliau turut mendakwa pihaknya menolak keras sebarang campurtangan ketenteraan dan pembekalan senjata kepada suatu pihak untuk memerangi pihak yang lain. Pernyataan beliau ini jelas bertentangan dengan apa yang terjadi sekarang iaitu Qatar dan Arab Saudi telah bekerjasama dengan Amerika dan Zionis beberapa ketika lalu telah membentuk pemberontak pembebasan Syria dalam memerangi presiden Bashar Asad.

Selain itu beliau mengatakan pihaknya bertanggungjawab terhadap ribuan nyawa di Syria. Katanya, "Persidangan kita hendaklah tidak mempunyai sebarang agenda melainkan membebaskan Syria dan rakyatnya."

Presiden Tunisia berkata, Rakan Syria hendaklah menekan Syria agar negara tersebut menerima bantuan kemanusiaan kepada rakyatnya yang memberontak.