Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketenangan jiwa adalah sebuah konsep yang sangat berharga di dalam kaca mata manusia. Setiap orang mendambakan supaya konsep itu terjelma di dalam jiwanya sekaligus memberikannya peluang baginya untuk menikmati kehidupan yang indah dan nyaman di dunia dan akhirat. Sejarah juga membuktikan bahawa cinta manusia terhadap ketenangan dan kedamaian tidak pernah mengenal zaman dan sama ataupun terkongkong di dalam wilayah tertentu di muka bumi Allah swt ini. Manusia juga sentiasa menggambarkan bahawa kebahagiaan hidupnya hanya akan mula dikecapi apabila konsep pertama itu telah menghadirkan 'dirinya' di dalam individu tersebut.
Menurut ahli falsafah, ketenangan jiwa merupakan sebuah fenomena wujud yang terkategori di dalam salasilah jauhar dan aradh yang diperkenalkan oleh Aristotle sejak ribuan tahun dahulu -di mana Mulla Sadra kemudiannya mematangkan pengkategorian tersebut di dalam sistem Hikmat Mutaa'liyah-nya. Mereka percaya bahawa ketenangan adalah sebuah aradh kejiwaan (aksidental – kaif nafsani) yang 'menempekkan' wujudnya kepada ruh manusia. Ruh manusia sebagai sebuah jauhar pula akan 'merasakan' kehadiran aradh tersebut secara hudhuri tanpa sebarang perantara.
Selepas memahami mahiyyah ketenangan seperti yang dijelaskan di atas, ahli falsafah dapat memahami keduduka perkara itu di dalam sistem wujud. Bagi mereka, kaif nafsani adalah mumkinul wujud dan setiap mumkinul wujud memerlukan sebab yang akan membawanya menembus tabir kegelapan 'adam dan mula menapakkan 'dirinya' di dalam pentas alam wujud ini. Hakikat ini mampu membawa kita kepada persoalan yang lebih serius, jadi sebagai manusia, apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan 'aradh ini hadir di dalam jiwa kita. Dalam erti kata lain, kita perlu menghidupkan faktor yang akan menjelmakan perkara ini di dalam ruh insani kita.
Oleh kerana itulah, sejak dahulukala hingga ke zaman moden ini, manusia selalu berusaha untuk mencari asbab yang akan menjelmakan ketenangan jiwa. Akan tetapi, perkara itu sering dilakukan dalam bentuk yang reaksional dan tidal bersistematik. Bahkan pada kebanyakan masanya mereka tidak sedikitpun mengkaji konsep ketenangan jiwa itu sendiri, mereka lebih terperangkap di dalam sebuah pencarian atau usaha untuk menghapuskan sebuah konsep bertentangan yang dikenali sebagai keresahan. Hal boleh disaksikan di dalam sikap manusia yang direkodkan di sepanjang sejarah karavan Bani Adam itu sendiri. Manusia lebih mencurahkan usahanya untuk keluar dari masalah – masalah kehidupan yang menatijahkan keresahan jiwa– keresahan jiwanya. Adapun faktor – faktor yang menyebabkan keresahan itu bermacam – macam. Ada yang resah karena harta, sehingga manusia membanting tulang untuk mencarinya. Ada pula yang resah karena wanita, karena itu mereka pun berusaha untuk mendapatkannya. Dan ada juga yang resah karena kedudukan, kehormatan dan lain-lain lagi.
Kemudian mereka pun mencarinya, sebagian orang berhasil mendapatkannya (harta, wanita, kehormatan, kemuliaan dll) dan sebagian yang lainnya gagal. Akan tetapi bagi mereka yang dapatkannya, ternyata semua itu tidak berjaya memadamkan kerisauan yang melanda diri mereka. Ada saja masalah–masalah lain yang menyebabkan kehadiran 'resah' di dalam jiwa mereka. Apalagi bagi mereka yang gagal meraihnya, sepastinya jiwa mereka lebih dimendungi dengan awan keresahan kerana kehidpuan 'ideal' yang digambarkan mereka sama sekali tidak terjelma di alam nyata ini.
Untuk melupakan keresahan dan 'masalah' tersebut, sebagian daripada kita berusaha menghanyutkan kesedaran kita dengan hiburan, arak dan bahan-bahan terlarang sebagai penawar sementara kepada kerisauan hatinya. Dan bahkan tidak jarang juga di kalangan kita yang memilih kematian sebagai jalan keluar daripada kegelapan hidup yang dihantui keresahan.
Karena itulah kita mampu melihat ada di kalangan orang ternama yang mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Diantaranya adalah ahli musikal bernama Chester Bennington. Pemusik Amerika Syarikat tersebut yang meninggal dunia pada 20 Julai 2017 dengan membunuh diri. Alan Turing, salah satu tokoh ilmuan terbesar berbangsa Inggeris pada abad ke – 20 yang mahir di dalam bidang Matematik, logik dan kriptografer dan juga dikenali sebagai bapa ilmu komputer moder, Wallace Hume Carothers, seorang ahli kimia Amerika Syarikat yang namanya tersohor dengan penemuan nylon juga merupakan contoh lain yang mampu kita bawakan di dalam artikel ini.
Untuk makluman pembaca, keresahan sepertimana yang dibahaskan di atas adalah sebuah konsep yang bertentangan dengan konsep ketenaganan. Akan tetapi, kedua-duanya terletak di bawah pembahagian kaif nafsani di dalam sistem pengkategorian Aristotle. Dalam erti kata lain, ketenangan dan keresahan adalah perkara wujudi yang 'menempek' di dalam ruh insan. Oleh itu, dalam rangka mencari ketenangan dan menghapuskan keresahan, manusia perlulah memahami sebab hakiki yang menjelmakan kedua-dua 'aradh tersebut. Buat masa ini, persoalan masih terbuka sama ada sebab kewujudannya adalah sama atau tidak. Setelah faktor kewujudannya menjadi jelas, barulah kita mampu mempersiapkan diri kita dengan program bersesuaian untuk menjelmakan yang satu dan menghapuskan yang lain.
Apapun, begitulah nasib orang–orang yang mencari solusi ketenangan bukan pada sumbernya. Perlu kita fahami bahawa setiap akibat memerlukan sebab. Sepertimana yang kami katakan sebelum ini, kegelisahan juga merupakan akibat yang memiliki sebab. Karena itu jika kita ingin menemukan penawarnya maka carilah sebabnya. Salah satu sumber ma'rifat yang terbaik adalah al-Quran, jadi dengan berpegangkan idea itu kita perlu melihat pandangan kitab suci tersebut berhubung perkara di atas. Menurut al-Quran, Allah swt menciptakan manusia dari dua unsur, jasmani dan ruhani. Jasmani atau badan manusia diciptakan dari tanah dan/atau sari pati tanah.
إِنِّي خالِقٌ بَشَراً مِنْ طينٍ... (Q.s Shad : 71) .وَ لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طينٍ...(Q.s Mukminun : 12)
“Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah... Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah.”
Berasaskan kepada apa yang kami sebutkan tentang tentang mahiyyah keresahan dan ketenangan, yang merasakan kedua-dua perkara ini adalah roh. Ini kerana 'aradh-'aradh ini perlu menempek kepada sebuah jauhar dan jauhar itu adalah ruh manusia. Ruh ini pula pada gilirannya menurut al-Quran 'berasal' dari Ruh–Nya. Sebagaimana ayat suci al Quran menjelaskan:
فَإِذا سَوَّيْتُهُ وَ نَفَخْتُ فيهِ مِنْ رُوحي فَقَعُوا لَهُ ساجِدينَ
“Maka apabila Aku telah menyempurnakan penciptaannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh–Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Q.s Hijr : 29)
Dari ayat di atas kita mengetahui bahwa jiwa manusia berasal dari–Nya, karena itu ia hanya akan tenang jika bersama–Nya. Dan hanya jiwa orang–orang beriman yang yakin dan dekat kepada Allah swt yang bisa merasakan ketenangan tersebut sebagaimana firman–Nya:
الَّذينَ آمَنُوا وَ تَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ أَلا بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Mereka adalah orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram”. (Q.s Al Ra’d : 28)
Akan tetapi lebih jauh kita ingin mengetahui, mengapa hanya dengan mengingat dan bersama Allah swt jiwa menjadi tenang? Jawabannya ada pada ayat berikut:
يا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَراءُ إِلَى اللهِ وَ اللهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَميدُ
“Wahai manusia, kalianlah yang memerlukan (fakir) kepada Allah dan hanya Allah lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (Q.s Fathir : 15)
Dengan mengkaji ayat tersebut, kita bisa menemukan bahwa sebab atau 'illah keresahan jiwa adalah “kefakiran”. Fakir bererti serba kekurangan dan memerlukan. Sebagai contoh, seorang ayah akan sangat risau jika esok tidak ada makanan untuk anak–anaknya. Tidak ada tempat tinggal, tidak ada sekolah dan pendidikan, dan tidak ada masa depan.
Hal ini dapat kita cerapi dengan mudah kerana kerisauan yang timbul pada contoh di atas bersumber daripada kekurangan dan kefakiran. Kekurangan dan sifat memerlukan inilah yang menyebabkan manusia risau. Oleh kerana itulah, kita mampu melihat manusia akan berusaha sedaya upaya untuk menampal kekurangan–kekurangan tersebut. Perkara itu dilakukan dengan harapan bahawa usahanya tersebut akan membuahkan hasil dengan menghilangkan kekhawatiran sekaligus mereguk ketenganan hidup.
Akan tetapi Allah swt di dalam firman-Nya di atas mengajarkan kepada kita bahawa kefakiran itu adalah sesuatu yang zati di dalam penciptaan manusia. Ahli falsafah menafsirkan ayat tersebut dengan merujuk kepada esensi sebuah wujud mumkin (mumkinul wujud) bernama manusia. Oleh itu, kefakiran yang menjadi sebab utama keresahan jiwa manusia akan sentiasa mengikutinya di mana dan bilapun dia berada. Hakikat ini tidak mengenal bulu, tidak kiralah sama ada dia orang miskin atau kaya, berkulit hitam atau putih, pada zaman dahulu atau sekarang, dan bahkan muslim atau kafir. Kefakiran hakiki itu adalah “faqru al wujud”. Dimana manusia bukan hanya fakir terhadap harta dan segala hal yang berada di luar dirinya. Akan tetapi lebih dari itu, dia tidak memiliki wujud dan dirinya. Ertinya manusia tidak ada, ia tidak memiliki apa – apa bahkan wujudnya sendiri. Allah swt berfirman:
وَ قَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَ لَمْ تَكُ شَيْئاً
“Dan sesungguhnya Aku telah menciptakanmu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali”. (Q.s Maryam : 9)
Allah swt pun menyebut sifat “faqru wujud” pada diri manusia dengan sesuatu yang belum boleh disebut. Dan tidak ada “sesuatu yang tidak dapat disebut” melainkan “ketiadaan.
هَلْ أَتى عَلَى الْإِنْسانِ حينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئاً مَذْكُوراً
“Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum berbentuk sesuatu yang dapat disebut?” (Q.s Insan : 1)
Inilah hakikat manusia, bahwa dia tidak memiliki apa–apa, bahkan dia sendiri adalah ketiadaan (secara zati wujud tidak wajib baginya). Wujud yang kemudian menjadi punca keberadaanya di dalam ini pula bukanlah miliknya, melainkan sebuah pemberian dari Allah swt. Oleh kerana itu, untuk menjadi 'ada' dan melangsungkan keberadaannya, dia senantiasa memerlukan curahan wujud dari–Nya. Jika aliran wujud ini terputus dari sumbernya, maka manusia akan musnah dalam sekelip mata. Kefakiran yang dicerapi secara hudhuri inilah yang menjadikan jiwa manusia selalu risau dan gelisah. Risau akan kehancuran dan kefanaan. Karena itu jiwa hanya akan tenang dalam dakapan–Nya. Karena Dialah sumber wujud yang menjadi sebab keberadaannya. Dan tidak ada jalan untuk meredakan kegelisahan jiwa ini selain mendekat dan menyatu dengan–Nya.
Jika kita telah menyadari kefakiran wujud ini, maka kerisauan karena kefakiran harta dan segala wujud yang berada diluar diri kita akan mudah diatasi. Jangankan harta yang berada di luar diri kita, wujud diri ini pun bukan milik kita. Semuanya milik Allah swt. Karena itu jawaban dari semua keresahan adalah Dia, sumber segala wujud.
Kesadaran ini akan membawa minda dan perhatian manusia kepada Dia. Manusia seperti ini tidak akan lagi akan gila dengan harta dan mengejar dunia, sebab harta tidak akan membuat dirinya kaya dan tercukupi. Ini kerana dia kini mampu memahami dengan baik baik cintanya kepada harta benda itu adalah sesuatu perkara yang lahir daripada persepsi dunia yang salah. Menurut para ulama, manusia yang secara zatinya fakir serta merasai secara langsung kefakirannya, terkadang tersalah mencari sumber kekayaan yang akan mencukupinya. Menurut istilah falsafah, mereka ini tersalah dalam menuntukan mishdaq hakiki perkara yang akan mencukupkan mereka.
Sebab itulah mereka mencari selain daripada Allah swt. Ini kerana mereka menyangka perkara itu akan menampal kefakiran zati mereka itu. Akan tetapi, realitinya harta adalah wujud luar yang tidak akan pernah menyatu dengan dirinya (wujudnya). Sebab itu pemahaman urfi mengatakan bahawa ketika ruh meninggalkan badan kita sesuai dengan ajalnya, segala bentuk mishdaq yang salah itu akan turut berpisah daripada diri kita. Oleh itu kita perlu mencari mishdaq sebenar dan seperti mana yang telah kita katakan secara ringkas sebelum ini hanya Allah swt sahaja yang mampu memperkayakan kita. Selepas penjelasan ringkas tersebut, para ulama juga ada membahaskan bagaimana Allah swt akan mencukupkan hambanya sekaligus menghapuskan keresahan hamba dan mewujudkan ketenangan di dalam jiwanya.
Salah satu daripada pendapat yang wujud di dalam perbahasan ini membentangkan solusi mereka dengan idea pencarian ilmu dan usaha menghiaskan jiwa dengan sifat-sifat Allah swt. Menurut mereka, di saat ma’rifat dan sifat–sifat terpuji itu sudah menjadi malakah di dalam dirinya, perkara itu yang juga merupakan kaif nafsani tidak akan lagi boleh terpisah daripada ruh itu sendiri, maka saat itulah wujudnya menjadi luas, jiwanya menjadi besar dan sempurna. Dan kita mengetahui bahwa tidak ada kebaikan dan kesempurnaan kecuali dari–Nya.
Ertinya jiwa yang besar tersebut telah 'mendekati' atau bertaqarrub dengan Allah swt melalui ma’rifat, sifat dan perbuatannya. Dalam ibarat lain, jiwa ini telah mengambil warna sifat–sifat kesempurnaan-Nya dan bahkan batasan wujud yang dahulu menghijabinya kini telah terbuka dan menyatu dengan keluasan samudra Wujud–Nya. Kini jiwanya bukan lagi anak sungai yang kecil namun telah tiba dan bersatu dengan lautan yang luas serta tidak terbatas. Inilah makna dekat dan fana dalam Dzat–Nya. Di saat itu jiwa telah menemukan tempat 'istirehatnya', dia tenang dalam pelukan Tuhannya.
Inilah makam manusia sempurna yang mana wujudnya penuh dengan Asmaul Husna, manifestasi keindahan nama – nama Nya. Dan salah satu dari manusia sempurna itu adalah Imam Husain as yang mana Allah swt memanggilnya dengan sebutan “jiwa yang tenang”.
يا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعي إِلى رَبِّكِ راضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلي في عِبادي وَ ادْخُلي جَنَّتي
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan–mu dengan hati yang puas lagi diridhai. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba–hamba–Ku dan masuklah ke dalam syurga–Ku”.(Q.s Al Fajr : 27 – 30)
Panggilan yang sangat mengandung makna. Jiwa yang tenang ini menunjukkan kesempurnaan yang telah dicapai oleh Imam Husain as. Karena jiwa manusia tidak akan tenang selama ia belum menemukan Tuhannya, belum dekat dengan – Nya dan belum jatuh dalam dakapan wujud–Nya.
Akan tetapi untuk sampai pada darajat “muthmainnah” ini tidaklah mudah. Semua Mashumin a.s mendapatkan ujian yang berat untuk melapangkan jiwa–jiwa mereka. Kesabaran atas pengkhianatan dan perampasan kekhalifahan yang merupakan hak mutlak Imam Ali a.s hingga tragedi Karbala menjadi dalil yang tidak bisa dipatahkan. Kehidupan dan perjuangan mereka menjadi contoh nyata bagi kita bagaimana mencapai darajat keridhaan–Nya.
Pengorbanan Imam Husain a.s bukan hanya untuk kesempurnaan jiwanya, melainkan demi kesempurnaan masyarakat yang semestinya hidup dalam acuan ini. Yaitu hidup dan gerak masyarakat yang menuju kesempurnaan kehidupan Ilahiyah. Oleh karena itu, kita sebagai pencinta dan pengikutnya dituntut untuk mencontohi beliau dalam berjuang dan berusaha dalam memperkayakan diri dengan ma’rifat serta sifat – sifat terpuji melalui ketekunan dan amal soleh. Insyallah dengan kesabaran dan kegigihan, segala rintangan dan ujian yang ada pasti akan terungkap dan wujud kita akan menjadi lebih luas untuk menampung manisfestasi rahmat-Nya yang tiada had.
7 Disember 2018 - 11:54
News ID: 919680

Manusia sepanjang sejarah sibuk dalam menjelmakan ketenangan di dalam hidupnya. Dia mencari perkara itu untuk menghilangkan keresahan yang wujud di dalam dirinya. Sebuah keresahan yang lahir daripada kefakiran zatinya. Apakah perkara yang akan mencukupkan dirinya?