Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Isnin

6 September 2021

12:10:34 PG
1177048

Saudi Aramco jadi sasaran lebih 18 peluru berpandu dan drone

Jurucakap tentera, Brigadir Jeneral Yahya Saree, kemudahan Aramco di Ras Al-Tanura, di wilayah Dammam di Arab Saudi timur, telah disasarkan dengan 8 drone Sammad III dan peluru berpandu balistik Zulfiqar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Angkatan tentera Yaman semalam mengumumkan, "Dalam menghadapi kejahatan penceroboh terhadap negara kita, angkatan bersenjata kita, dengan bantuan Tuhan Yang Maha Esa, telah melakukan “Imbangan Operasi Ketujuh”, yang menyasarkan sarana penting Saudi di wilayah Jizan dan Najran dengan peluru berpandu balistik dan drone. "

Jurucakap tentera, Brigadir Jeneral Yahya Saree, berkata kemudahan Aramco di Ras Al-Tanura, di wilayah Dammam di Arab Saudi timur, disasarkan dengan 8 drone Sammad 3 dan peluru berpandu balistik Zulfiqar.

Dalam status terbaru di Twitter Saree menyatakan prasarana Aramco di wilayah Jeddah, Jizan dan Najran dibom dengan 5 peluru berpandu balistik Badar, dua drone Sammad 3 dan operasi itu berjaya mencapai "matlamatnya".

Saree memberi amaran, "Musuh, Arab Saudi sedang menderita akibat pencerobohan berterusan terhadap negara kita dan rakyat kita yang tabah dan bersungguh-sungguh."

Beliau menegaskan angkatan tentera mempunyai hak yang sah untuk menjalankan operasi ketenteraan yang lebih kualitatif demi mempertahankan negara dan rakyat kita sehingga pencerobohan dihentikan dan pengepungan dihapuskan.

Bagi pihaknya, ketua perundingan Sanaa, Muhammad Abd al-Salam menegaskan, "Untuk meneruskan pencerobohan dan pengepungan mereka, rakyat Yaman terus mempertahankan diri mereka dan merestui angkatan bersenjata untuk operasi pencegahan yang mereka lancarkan sehingga mempengaruhi ke pendalaman negara-negara pencerobohan, yang terus meningkat.”

Pada hari Sabtu lalu, Arab Saudi mengumumkan pemintasan 3 peluru berpandu balistik dan 3 drone yang mensasarkan wilayah timur, bandar-bandar Najran dan Jizan di selatan negara itu.