22 Julai 2025 - 15:55
Netanyahu: Alasan Pembencian Global Terhadap Saya Adalah Propaganda Media

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih percaya dan memegang pada naratif bahawa imej buruknya kini adalah disebabkan propaganda media dan bukannya dikeranakan bukti-bukti sahih dan kukuh yang menunjukkan betapa dirinya terasing dari realiti.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri rejim Zionis, dalam sebuah wawancara mengakui bahwa ia menyaksikan kebencian global terhadap dirinya di berbagai penjuru dunia.

 Namun, tanpa sedikit pun menyebut genosid yang berlangsung di Gaza dan pembantaian kejam terhadap orang awam, khususnya kanak-kanak, dia mengakatakan bahwa kebencian global tersebut muncul kerana propaganda media yang menyerangnya.

Benjamin Netanyahu kini masih bebas menjelajah dunia dan menziarahi negara-negara sekutu walaupun waran tangkap telah dikeluarkan buatnya. Waran tangkap yang diisukan daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Netanyahu dan bekas menteri pertahanan Israel Yoav Gallant pada November 2024 itu disabitkan atas beberapa jenayah perang dan jenayah ke atas manusia.

Your Comment

You are replying to: .
captcha