22 Julai 2025 - 16:42
Kiasan Di Sebalik Panggilan Abu Ubaidah

"Apakah mungkin bagi sebuah umat yang besar, agung, dan mulia untuk tidak mampu memasukkan makanan, air, dan ubat-ubatan kepada orang-orang yang kelaparan dan terkepung?!", Juru bicara Brigade Al-Qassam, Abu Ubaidah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): "Apakah mungkin bagi sebuah umat yang besar, agung, dan mulia untuk tidak mampu memasukkan makanan, air, dan ubat-ubatan kepada orang-orang yang kelaparan dan terkepung?!",  Juru bicara Brigade Al-Qassam, Abu Ubaidah.

Pertanyaan dari Abu Ubaidah ini membuat siapa pun yang merenung merasa ngeri dan takut. Sebuah pertanyaan yang secara alaminya sudah mengandungi jawapannya sendiri.

Yang menakutkan adalah:
- Bagaimana mungkin sebuah umat yang jumlahnya lebih dari dua billion mampu dipermainkan oleh beberapa ribu Zionis dan sejumlah kedutaan sahaja?
- Bagaimana mereka boleh dicegah dari bergerak untuk menolong Gaza?
- Bahkan umat ini disibukkan sepenuhnya dan dipisahkan dari dunia realiti?

Apa yang membawa kita ke titik seperti ini? Hasil dari apa? Sejak bila? Bagaimana caranya? Dan ke mana kita akan berakhir jika keadaan terus seperti ini...?

Setiap orang yang masih bernafas seharusnya bertanya pada dirinya sendiri pertanyaan-pertanyaan ini demi mencari jawapan serta kebenaran.

Yang lebih menakutkan lagi:
Saat musuh datang menyerang kita kudrat tentera mereka, natijah ketika itu tidak akan bezanya dengan Gaza. Tidak akan ada yang menjawab panggilan kita atau menolong kita, serupa seperti yang terjadi pada Gaza, bahkan berkemungkinan menjadi lebih buruk. Sesungguhnya kewujudan rejim Zionis merupakan ancaman yang nyata bukan sahaja buat negara-negara Islam bahkan di seluruh dunia.

Dan pertanyaan Abu Ubaidah pun terjawab
Kenapa pemerintah-pemerintah Arab dan yang menggelar diri mereka sebagai muslim dan dikatakan membawa panji "Islam" langsung tidak bertindak mengikut prinsip-prinsip yang ditegakkan agama berikut? Ini adalah kerana hati mereka sudah dipateri dengan prinsip-prinsip Zionisme dan bukan kerana tekanan.

Buktinya:
Lihat Venezuela, negara yang terkepung dan menjadi sasaran Amerika, serta jauh secara geografi dari Timur Tengah. Mereka memiliki sikap yang menggugah jiwa kerana kemuliaan dan keberaniannya dalam berhadapan dengan Zionisme.

Dan pertanyaan Abu Ubaidah juga menjawab ini:
Jika rejim-rejim itu Zionis, lalu di mana keberadaan rakyat? Ternyata masalahnya tidak berhenti pada pemerintah sahaja. Rakyat itu sendiri, majoriti daripada mereka, telah menjadi pengikut, lemah, tanpa identiti, tanpa semangat Muqawwamah, tanpa falsafah, tanpa pemikiran, tanpa semangat nasionalisme dan tanpa visi. Budaya mereka dipenuhi dengan pengaruh Israel dan budaya Barat. Bahkan mereka sendiri masih belum mampu untuk membezakan di antara teman dan lawan.

Dan yang benar-benar bergerak dan mendukung pihak Muqawwamah itu hanyalah golongan minoriti, terutama dari kalangan Syiah, bukan keseluruhannya.

Islam yang dianut oleh majoriti rakyat Arab dan selain Arab ternyata hanya statistik di atas sehelai kertas. Bukan secara kiasan, tapi secara kata-kata.

Inilah kotak sistem dunia baru di dalam permainan musuh dan inilah suara penyesatan lembut yang telah mencapai puncaknya, yang mempermainkan umat ini dan menyesatkannya. Menjadikan mereka kawanan tanpa hala tuju yang tidak mempersoalkan apa-apa, bahkan tidak merasakan apa-apa.
 

Your Comment

You are replying to: .
captcha