8 Julai 2012 - 23:59

Serangan ganas polis Saudi ke atas ulama Syiah dan penculikan beliau telah mencetuskan kemarahan penduduk awam seluruh Arab Saudi sekaligus menuntut regim sekutu Amerika ini digulingkan segera.


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan tindakan regim Saudi mencederakan dan menculik ulama Syiah, ratusan penduduk Qatif sedang berarak ke kota Awwamiyah untuk menyertai demonstrasi besar di jalan Al-Thawrah malam tadi.


Menurut laporan berita, ketegangan tercetus di antara polis tempatan dan penduduk awam yang marah dengan tindakan polis regim di Awwamiyah. Sementara itu penduduk Awwamiyah dikatakan bergerak dari Masjid Jami' Imam Husain ke kota Qatif untuk membantah tindakan kejam regim.


Syeikh Nimr ditembak dan diculik oleh polis regim Saudi kelmarin. Beliau adalah ulama Syiah yang terkenal dengan pidato dan khutbahnya yang memberi semangat kepada penduduk awam.

...................

پایان پیام/ 200 ـ 218