Presiden Dina Boluarte mengangkat sumpah minggu lalu selepas Castillo
dipecat oleh Kongres dan ditangkap kerana cuba membubarkan badan
perundangan dalam usaha menghalang undian pemecatan terhadapnya.
Penunjuk perasaan, kebanyakannya penyokong Castillo, telah berhari-hari menuntut Peru mengadakan pilihan raya daripada membenarkan Boluarte terus berkuasa sehingga penggal Castillo berakhir pada 2026.
Beberapa penunjuk perasaan juga menggesa Kongres ditutup.Ketua pejabat ombudsman Peru, Eliana Revollar, memberitahu stesen radio tempatan RPP bahawa seorang lelaki berusia 15 dan 18 tahun meninggal dunia semasa pertempuran dengan polis di bandar Andahuaylas, di wilayah Andes Apurimac, 'mungkin akibat luka tembak'.
Gabenor wilayah Apurimac, Baltazar Lantaron, memberitahu stesen televisyen tempatan Canal N bahawa 'empat kecederaan dilaporkan, dirawat di pusat kesihatan, tiga daripadanya (dengan luka) di kulit kepala, dengan pelbagai kecederaan'.
Perbadanan Lapangan Terbang dan Penerbangan Komersial Peru yang menguruskan lapangan terbang negara itu melaporkan penutupan lapangan terbang Andahuaylas berikutan serangan dan perbuatan vandalisme sejak Sabtu lalu.
Penunjuk perasaan telah membakar bilik pemancar, yang penting untuk menyediakan perkhidmatan navigasi, tambahnya.
Pejabat ombudsman Sabtu lalu berkata, dua pegawai polis telah ditahan selama berjam-jam oleh penunjuk perasaan di Andahuaylas, tetapi kemudiannya dibebaskan.
Pertempuran Sabtu lalu menyebabkan 16 orang awam dan empat anggota polis cedera, katanya.
342/