30 Mei 2015 - 15:11
Imam masjid Syiah dibunuh

Sheikh Dr. Muwaya Nkwanga Ali dibunuh individu tak dikenali ketika pulang dari menunaikan solat.

http://www.abna24.com/upload/image/2014/12/27/a7807193bebf7882583d1755ea9ffc4d_549e73a591c40.jpg

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Imam salah satu masjid Syiah maut ditembak individu tidak dikenali di daerah Mayuge, Uganda.

Sheikh Dr. Muwaya Nkwanga Ali dibunuh pada pukul 9:30 petang tatkala pulang dari solat berjemaah di rumah beliau, di perkampungan Buyemba.

Berasaskan berita ini, pembunuh melarikan diri dengan motorsikal selepas kejadian.

Polis Daerah Mayuge, Caroline Akoth berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dengan menangkap sekurang-kurangnya empat suspek yang dipercayai dalang kejadian.

Sheikh Muwaya merupakan pengarah Ahlul Bait Islamic Foundation (ABIF) yang bertanggung jawab membangunkan 50 masjid di seluruh negara dan membiayai pendidikan kanak-kanak miskin.