Hari demi hari, tentera Yaman yang dibantu komuniti rakyat kian meningkatkan serangan ke atas pengkalan tentera dan polis Saudi samada di sempadan atau
dalam negara itu.
Tentera Yaman dan komuniti rakyat menyasarkan serangan ke atas bangunan Zahran (kota minyak Timur Saudi) di dalam kawasan Saudi dengan rudal Najm al-
Tsaqib buatan tempatan.
Dalam masa yang sama, pihak tentera melancarkan empat puluh enam rudal ke atas kawasan Al Ain Al Harah, al-Khobah al-Saudah dan terminal gas di Sal'ah.
Tentera Yaman turut menghancurkan beberapa kenderaan askar Saudi yang cuba mempertahankan salah satu pengkalan. Bedilan roket menyebabkan
beberapa anggota rejim Saudi melarikan diri dari konvoi. Sumber berita menunjukkan tentera melarikan diri apabila diserang.
Dalam masa yang sama, turut menjadi sasaran ialah gudang tentera di Jazan, Selatan kerajaan Saudi dan pusat markas pengawal sempadan di Selatan kota
Zahran.
Hingga kini jurubicara pakatan Saudi belum membuat pernyataan kecuali mengaku kematian dua anggotanya dan kecederaan beberapa yang lain dalam
serangan di Jazan.
Pihak Yaman pula memaklumkan tentera dan komuniti rakyat telah menghancurkan kereta kebal rejim Saudi di Selatan Zahran.
Pergerakan Tentera Yaman belum meningkatkan serangan dan menganggap pihaknya hanya menambahkan ketepatan dalam serangan ke atas pengkalan
tentera Saudi yang berkordinasi dengan unit udara dan altileri di samping menambahkan kerosakan logistik.
Pakatan musuh masih melanjutkan serangan ke atas rakyat Yaman dan berulang kali menjadikan penduduk awam sebagai sasaran operasi sebagai cara
mencegah serangan ke atas penduduk di Saudi.