3 Disember 2015 - 07:13
Israel mengaku bantu pemberontak Syria

Menteri Pertahanan Israel mengaku negaranya membantu pemberontak di Syria, lapor akhbar The Time Of Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Pertahanan Israel berkata, Jurusalem telah membantu pemberontak di Syria atas alasan melindungi kelompok Druze dari bahaya.

Menteri Pertahanan Moshe Ya'alon mengatakan demikian pada hari Isnin dan mengaku bahawa Israel telah menyalurkan bantuan kepada pemberontak Syria, meskipun para pegawai Israel sebelum ini menolak keras bahawa negara ini telah membantu para pemberontak yang ingin menggulingkan Presiden Syria Bashar Assad, lapor portal berita The Times of Israel.

Ya'alon berkata, selain pemberontak Israel turut memberikan rawatan perubatan kepada pengganas yang lain di mana terdapat juga sebilangan daripada mereka yang berjuang bersama al-Qaeda dan Jabha Nusra untuk menggulingkan presiden Syria.

Laporan tersebut mendedahkan, Israel telah merawat 1,000 pemberontak Syria di hospitalnya sejak bermula konflik pada tahun 2011.