Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kementerian Pelajaran Saudi memerintahkan buku yang ditulis oleh ulama ekstremis Wahabi bernama Salman al-Awda, golongan pro Ikhwanul Muslimin termasuklah Yusof al-Qaradhawi dipungut dari pasaran.
Menurut surat khabar Saudi al-Hayat, kementerian tersebut bertegas mengharamkan semua buku berunsur terrorisme dan akan mengambil tindakan yang sama terhadap buku-buku lain yang bercanggah dengan Syariah Islam.
Setakat ini, sekitar 80 buah buku terbitan Ikhwanul Muslimin telah diharamkan Kementerian Pelajaran di dalam berbagai daerah di Arab Saudi.