Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Komandan Polis Persekutuan Iraq Shakir Joudat menyampaikan pesanan pembebasan kota Fallujah dari cengkaman gerombolan pengganas IS dalam televidyen Iraq sebentar tadi.
Komandan operasi pembebasan Fallujah, Abdul Wahhab al-Saidi turut memaklumkan bahawa seluruh kompleks pentadbiran kerajaan sudah jatuh ke tangan tentera Iraq dan beberapa warga asing juga dikesan berada di kawasan terbabit.
Menteri Iraq Mohammed Al-Ghabban bergegas ke Fallujah sebaik sahaja kota ini bebas.
Ketua Parlimen Iraq Salim al-Jabouri juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan seluruh anggota yang terlibat dalam operasi atas kerjasama dan solidariti mereka. Beliau mengganggap kejayaan ini sebagai patahnya tulang belakang militan IS dan para penyokongnya.