Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Rejim Bahrain bertindak membatalkan kerakyatan ulama terkenal dan disanjungi rakyatnya, Sheikh Isa Qassem.
Kementerian negara tersebut mengeluarkan pernyataan rasmi tentang perkara tersebut sambil menyifatkan ulama yang lantang mengkritik kerajaan Bahran itu sebagai ekstremis.
Sementara itu Hizbullah mengecam langkah rejim itu dan menyifatkannya sebagai gertakan kepada rakyat yang masih berjuang menuntut hak mereka bahawa tidak ada lagi pembaharuan, hak asasi, dialog dan pentas berpolitik.
Hizbullah mengingatkan jenayah terbaru rejim ini sebagai kemuncak kempen menyerang rakyatnya sendiri.
Hizbullah juga menyeru seluruh organisasi agama, politik dan badan hak asasi manusia di Bahrain agar menentang provokasi tersebut dan meminta kerajaan berhenti menindas rakyatnya serta merta.