28 Ogos 2010 - 19:30

Tehran-Penasihat Tertinggi kepada pemimpin tertinggi Iran berkata, polisi Amerika di Afghanistan dan Iraq menemui kegagalan dan tersadai di Timur Tengah.

Mejar General Sayed Yahya Rahim Safavi menjangkakan Amerika akan menerima kekalahan yang lebih parah di Afghanistan dari apa yang dialaminya ketika perang di Vietnam. Tambahan beliau lagi Amerika sudah terdampar di Afghanistan. Berhubung kehadiran Amerika di Iraq pula beliau mengatakan Amerika cuba menambah pengeluaran minyak di Irak kepada 10 juta tong sehari seperti mana pengeluaran minyak Arab Saudi dengan menandatangani beberapa kontrak dengan negara itu serta mengganggu kuota minyak OPEC.

Katanya lagi sekarang kuasa semulajadi sedang bertukar dan sesetengah orang percaya bahawa kuasa semulajadi sedang bergerak ke arah kuasa kebudayaan dan ketamadunan.

Sambil menghuraikan secara terperinci tentang kuasa, Rahim Safavi berkata salah satu kewujudan klasifikasi yang amat penting ialah timbulnya kekuatan baru yang dinamakan "Dunia Islam" bersama satu bilion enam ratus juta jiwa yang mengawal 75 peratus tenaga dunia dan 54 peratus pengeluaran gas dunia.