Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pertubuhan hak asasi manusia Amnesti International menyatakan lebih dari 200 aktivis Syiah Bahrain yang ditangkap kemungkinan besar diseksa.
Penangkapan itu mengiringi menjelangnya pilihanraya parlimen pada 23 Oktober nanti.
Human Right Watch menuduh kerajaan Bahrain menghalang aktivis hak asasi manusia untuk berbicara tentang penangkapan anggota parti pembangkang.
Kerajaan Sunni dominasi telah mengambil intensif melemahkan kebangkitan suara Syiah dengan menangkap puluhan tokoh pembangkang atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.
"Perang terhadap Syiah berlanjutan untuk menentang semua Syiah yang mengkritik kerajaan", kata Nabeel Rajab, ketua pusat hak asasi manusia Bahrain kepada Press TV
Ramai anggota parti pembangkang ditangkap termasuk tokoh agama kemudian disiksa dan dicabul kata beliau.
Sebahagian besar populasi Bahrain adalah Syiah. Namun kumpulan majoriti ini telah lama mengadu menjadi mangsa diskriminasi kerajaan Bahrain yang didominasi Sunni dalam peluang pekerjaan dan perkhidmatan awam.

Anak kecil dan wanita Bahrain memegang gambar sanak saudara mereka yang ditangkap