3 Januari 2011 - 20:30

Professor Munir Husain Shrazi telah ditembak mati di Dera Islamil Khan (D.I. Khan) oleh kumpulan pengganas Wahabi Taliban dan Sipah-e-Shaba.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pakistan, Professor Munir Husain Shrazi telah ditembak mati di Dera Islamil Khan (D.I. Khan) oleh kumpulan pengganas Wahabi Taliban dan Sipah-e-Shaba.

Beliau telah ditembak oleh pengganas pada hari Isnin jam 2 tengah hari ketika pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Setiausaha Agung Majlis Wehdat Muslimeen (MWM), Maulana Raja Nasir Abbas mengutuk keras pembunuhan terhadap ahli akademik Syiah Professor Munir Husain Sherazi.

Katanya, Prof. Munir Husain Sherazi telah bertungkus lumus dalam bidang akademik untuk berbakti kepada orang awam di institut pendidikan sedangkan terdapat beberapa elemen yang berusaha membunuh pendidik akademik di kalangan pengikut Syiah dalam negara ini buat memenuhi matlamat kesyaitanan mereka.

Nasir Abbas berkata pembunuhan tokoh-tokoh Syiah di seluruh negara menimbulkan persoalan tentang kecekapan kerajaan dan perlaksanaan undang-undang oleh agensi-agensi negara.

Selain itu Nasir Abbas mendesak kerajaan menangkap para pengganas serta merta, yang menjalankan kegiatan mereka selaras dengan konspirasi Amerika dan Israel untuk membunuh orang Syiah.