Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Muhammad Yusuf Ahmad Mansur atau lebih dikenal sebagai Sami Shahab yang dituduh ejen Hizbullah berjaya melarikan diri dari penjara Regim Mubarak dengan bantuan tahanan-tahanan lain.
Tel Aviv segera memberikan maklum balas dan media Zionis memaklumkan beberapa banduan Hizbullah dan Hamas telah membantu membebaskan seorang komando Hizbullah. Walau bagaimanapun salah satu sumber terdekat dengan Hizbullah iaitu akhbar al-Ra'yul 'Am menyangkal dakwaan bohong itu dengan menyatakan Shahab melarikan diri bersama tahanan yang lain dari penjara Wadi Natrun.
Begitu juga beberapa tahanan Syiah Mesir yang dituduh sebagai pengintip dan pelaku sabotaj telah bebas baru-baru ini dengan bantuan rakyat Mesir.
Sebelum ini beberapa orang Syiah sedang menjalani hukuman dengan tuduhan sebagai ejen Hizbullah. Pihak berkuasa Mesir pernah memaklumkan masih ada lagi 24 orang sedang dijejaki kerana mempunyai hubungan dengan Hizbullah. Namun hingga ke hari ini mereka belum dapat ditangkap.
Mubarak seorang pemimpin yang ditakuti oleh pemuda Arab di rantau itu. Sikapnya yang keras dan mengikuti telunjuk Israel menyebabkan beberapa orang pencinta Ahlul Bait telah dipenjarakan kerana disyaki terlibat dengan perjuangan Hizbullah Lubnan.
2 Februari 2011 - 20:30
News ID: 224071
Beberapa orang Syiah Mesir dan Arab yang dituduh sebagai pengintip dan pencetus sabotaj di penjara Mesir telah dibebaskan.