Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Revolusi rakyat Tunisia dan Mesir telah menakutkan regim diktator Arab yang lain seperti Libya. Situasi cemas ini menyebabkan pentadbiran Muammar Gaddafi mulai berusaha memperbaiki taraf hidup, penempatan dan pendapatan rakyat negara ini.
Kerajaan Libya beberapa hari lalu telah mengambil beberapa langkah untuk mengekang protes beratus aktivis politik penentang regim Gaddafi dengan merancang penggulingan kerajaan dalam masa 17 hari bertepatan dengan tarikh kebangkitan rakyat di kota Benghazi pada tahun 2005 lalu. Dalam sejarah kebangkitan 2005 itu, pasukan keselamatan telah meleraikan demonstrasi dengan kekerasan.
Berdasarkan laporan, masyarakat awam, pergerakan politik dan badan hak asasi manusia sedang mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan regim Gaddafi. Sekarang mereka menegaskan ingin menganjurkan demonstrasi aman tanpa memberikan ancaman kepada pentadbiran Gaddafi. Sebagai langkah awal, lembaran-lembaran yang mengandungi tuntutan keadilan telah ditandatangani beberapa pergerakan politik, badan hak asasi manusia, kumpulan pro demokrasi dan ahli akademik.
Penurun tandatangan menegaskan mereka akan menuntut keadilan bermula dari jalan damai. Menurut pandangan mereka, tuntutan kestabilan hak rakyat tidak dapat dielakkan. Selain itu surat itu menyatakan pihak mereka berkemungkinan akan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan jikalau Allah berkehendak.
Sebagai dalih, diktator Libya mendakwa rakyatnya sedang mentabdir kerajaan ini dan negara-negara Arab yang lain hendaklah ditadbir oleh rakyatnya.
Gaddafi merupakan diktator Arab paling lama memerintah iaitu lebih dari 40 tahun dan selama ini Libya tidak pernah menganjurkan pilihanraya.