Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hari ini merupakan hari ke-52 kebangkitan warga Bahrain menuntut keadilan dan menentang pemerintah zalim kerabat diraja Aali Khalifah. Berikut adalah berita yang dilaporkan sejak pagi tadi:
Pukul 00:05 waktu Tehran- Gema laungan Takbir
Penduduk kota dan desa seperti biasa melanjutkan laungan Takbir sebagai menegaskan perjuangan mereka belum berakhir.
Pukul 00:30 waktu Tehran- Penangkapan orang yang berada di bulatan Lu'lu'.
Beberapa hari kebelakangan ini gelombang penangkapan telah diperluaskan. Pasukan keselamatan bertindak menyebarkan pemwartaan bahawa barangsiapa yang menyertai demonstrasi atau berada di lokasi bulatan Lu'lu' akan ditangkap.
Pukul 01:06 waktu Tehran- Tiga Syiah ditangkap.
Pasukan keselamatan Bahrain dengan bantuan askar Saudi telah menyerbu rumah Allamah Syaikh Muhammad Ali Mahfuz. Kelengkapan rumah mereka telah dirosakkan, anaknya berusia 16 tahun cedera dipukul dan telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Segerombolan ejen Aali Khalifah menyerang rumah Sayed Sibr Hamid, menantu Syaikh Mahfuz di desa al-Markh dan beliau telah diculik. Kumpulan yang lain turut menyerang rumah Hasan Muhammad Isa Mahfuz dan memukul isteri beliau. Setelah itu beliau turut diculik.
Serangan ini bertujuan mendesak Syaikh Mahfuz supaya meminta perdamaian dengan kerajaan.
Pukul 01:14 waktu Tehran- Lagi penangkapan ulama.
Pasukan keselamatan Bahrain menyerang rumah seorang ulama dan khatib Husaini, Hujjatul Islam Sayid Hadi al-Musawi. Peralatan rumah beliau dirosakkan dan isterinya digertak dan menantunya dipukul. Ulama tersebut telah diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Pukul 6:30 waktu Tehran- Penasihat Obama: Pembaharuan di Bahrain meyakinkan.
Pengetua pusat Gallup berkata, "Perubahan di Bahrain tidak dapat dielakkan, seluruh pengamatan kita menunjukkan Bahrain sedang bergerak menuju ke arah revolusi Mesir"
Dalia Mujahid berkata, "Seluruh dunia sangat peka dengan perkembangan di Mesir dan negara ini menjadi simbol untuk perubahan serantau".
Beliau menambah, "Perubahan di Mesir adalah penting untuk semua orang. Setiap pergerakan di Mesir berpengaruh kepada seluruh rantau".
Pukul 8:35 waktu Tehran- Kebangkitan tidak akan terhenti.
Anggota Syura pemimpin sayap Ahrar Bahrain, Sa'id Harari menceritakan tentang penangkapan, pembantaian dan penyiksaan orang awam Bahrain. Beliau berkata, "Pemaksaan, penangkapan dan penyiksaan orang awam sehingga membunuh mereka menyebabkan rakyat tidak akan berhenti meneruskan jalan mereka".
Anggota Syura pemimpin sayap Ahrar Bahrain menegaskan, "Saya yakin beberapa hari lagi warga Bahrain akan memulakan demonstrasinya dan mereka akan menghubungi kumpulan-kumpulan politik pembangkang yang menentang regim Aali Khalifah".