Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Rakyat Mesir berdemonstrasi di hadapan kedutaan Arab Saudi di Kaherah untuk memprotes tindakan pecah belah Saudi dan pencerobohan askarnya di Bahrain.
Perhimpunan anjuran Pusat Hak Asasi Manusia Al-Kalimah dan beberapa pertubuhan sosial Mesir ini bertujuan menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Riyadh mempertahankan golongan Salafi yang telah mencetuskan fitnah dan pecah belah dalam masyarakat Mesir.
Penunjuk perasaan kelihatan membawa kain rentang yang tertera kata-kata 'Arab Saudi sila berambus dari Bahrain', 'Wahabi sila keluar dari Mesir' dan 'Ibu Pertiwi kami bebas merdeka'.
Salah seorang penunjuk perasaan, Muhammad Al-Darini berkata, "Tujuan utama perhimpunan besar ini ialah mengecam tindakan Arab Saudi yang menentang revolusi-revolusi pembebasan bangsa-bangsa Arab".
Sambil mengutuk usaha-usaha regim Saudi yang mengecewakan revolusi rakyat Mesir, beliau mengatakan, "Demonstrasi ini sebagai lanjutan daripada protes-protes sebelum ini yang memfokuskan pendirian negatif Arab Saudi terhadap negara-negara Arab".
10 Mei 2011 - 19:30
News ID: 241068
Penunjuk perasaan membawa kain tertera slogan 'Arab Saudi sila berambus dari Bahrain', 'Wahabi sila keluar dari Mesir' dan 'Ibu Pertiwi kami bebas merdeka'.