Berikutan penangkapan empat pengikut mazhab Syiah oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika mengadakan jamuan makan di Sri Gombak, komuniti mazhab Syiah Imamiyah Hawzah Imam Ar-Ridha mengeluarkan kenyataan media sebagai bantahan penangkapan yang dianggap tidak mengikut saluran undang-undang.25 MEI 2011, 12.30 PAGIAR RIDHA DESAK GUGUR PERTUDUHAN EMPAT ANGGOTA SYIAHGOMBAK: Ar Ridha, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis jamuan makan dan kesenian yang di adakan di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak dekat Kuala Lumpur hari ini.Majlis tahunan itu diadakan sebagai memperingati hari ulangtahun kelahiran Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah SAW.Ketika serbuan itu berlaku, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan tindakan ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan tidak wajar.Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut.Dalam serbuan tersebut, empat anggota bermazhab Syiah telah ditahan dan dilepaskan dengan ikat jamin pada petang tadi. Mereka ialah Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, Radin Ahmad Faizul, Syed Mohd Shafiq Syed Husin dan Mohd Asyraf Ahmad.Mereka dituduh menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu hanya sekadar majlis jamuan makan yang biasa diadakan setiap tahun.Tindakan Jais ini dilihat sebagai satu tindakan yang biadab dan merupakan suatu penindasan kerana Jais bertindak tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang-undang yang betul.Oleh yang demikian, kami mendesak Jais menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana majlis itu dianjurkan dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.Tindakan Jais dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka.Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timor, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan.Sementara itu,laporan polis telah di buat berhubung dua artikel berunsur fitnah tulisan Hasliza Hassan di akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan bertajuk "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" pada 24 Mei 2011.Sementara itu anggota mazhab Syiah telah menganjurkan solat hajat di seluruh negara atas sikap biadab Jais.Ar RidhaPengarah,Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz