Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - "Peristiwa-peristiwa yang sedang berlangsung di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya, Bahrain dan negara-negara lain adalah penentuan nasib umat Islam", kata Sayid Ali Khamanei dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran dan orang awam pada hari Rabu lalu."Negara-negara Islam akan maju untuk jangka masa panjang jikalau mempunyai hasrat mengatasi masalah campur tangan ke dalam urusan mereka."Namun jikalau kuasa angkuh, Zionis antarabangsa termasuklah regim Amerika yang zalim berjaya memainkan peranan mereka dan mengawal situasi, maka dunia Islam sudah tentu akan menghadapi masalah besar untuk sepuluh tahun", menurut beliau lagi.Beliau menekankan bahawa kebangkitan Islam di rantau tersebut dan penglibatan orang ramai dalam peristiwa itu untuk menentukan nasib mereka adalah suatu pengalaman "penting dan beharga" dalam sejarah Islam.Sayyid Ali Khamenei menyatakan negara-negara Islam, terutamanya ahli politik dan budaya dunia Islam memikul "tanggungjawab sangat penting dan tanggungjawab yang sensitif untuk mencegah suatu peristiwa yang amat buruk.""Hari ini adalah ujian besar untuk negara-negara Islam dan umatnya kerana kaum muslimin sedar tentang keupayaan dan kuasa mereka yang besar", tambah beliau lagi.Imam Khamenei berkata prestasi negara Iran sejak 30 tahun yang lalu adalah satu contoh yang jelas perjuangan dan penggunaan seluruh kemampuan yang ada. Beliau menekankan bahawa rakyat Iran sedang mengalami satu persimpangan sejarah yang paling cemerlang.Bangsa Iran bangkit menentang penindasan, sekatan dan politik, ancaman ketenteraan dan keselamatan yang ditimbulkan oleh negara-negara kuasa angkuh sejak 30 tahun yang lalu.Sayid Ali manyatakan masa depan yang cerah menanti bangsa Iran yang kuat.
2 September 2011 - 19:30
News ID: 263391
Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran sekali lagi memberi amaran tentang rancangan yang diusahakan oleh kuasa angkuh dunia di Timur Tengah dan Afrika Utara. Beliau menegaskan umat Islam perlu memainkan peranan untuk menggagalkan rancangan mereka.