Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Mahmoud Ahmadi Nejad berkata, masalah dalaman negara hendaklah diselesaikan melalui kesefahaman dan kesetiakawanan.
Beliau berkata demikian kepada pemimpin Parti Islam Malaysia (PAS) dalam Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-25 pada 25 Januari lalu. Kata Presiden Iran, kebebasan dan keadilan adalah hak semua bangsa yang tidak dapat dijamin oleh pasukan pengaman NATO dan tentera Barat. Masalah dalaman negara hendaklah diselesaikan melalui kesetiakawanan dan persefahaman.
Beliau berkata, masalah utama beberapa negara ialah campurtangan kuasa angkuh dunia.
Tambah beliau lagi, malangnya beberapa negara Arab menyalurkan dana dan tentera untuk menyemai perselisihan disamping mengeksploitasi satelit dan jaringan media untuk mencetuskan permusuhan dan perseteruan.
Presiden menegaskan, beberapa kerajaan yang tidak mengamalkan pilihanraya sepanjang kehidupan politik mereka sedang menyeru perlaksanaan pilihanraya di negara lain. Fakta ini jelas menunjukkan pihak diktator sedang membicarakan demokrasi dan kebebasan negara lain, padahal negara mereka tidak ada sama sekali pengertian kebebasan.
Sambil menekankan betapa pentingnya pertukaran pendapat dan kerjasama antara rakyat Iran dan Parti Islam Semalaysia dalam beberapa isu, beliau mengingatkan bahawa campurtangan Amerika dan negara Barat dalam urusan dalaman sesebuah negara tidak menyelesaikan masalah. "Rakyat hendaklah berganding bahu dan membina masa depan yang cerah" tambah beliau.
Pemimpin Pas turut berkesempatan menerangkan kepada Ahmadinejad tentang situasi umat Islam dan parti Islam tersebut.