11 Mac 2012 - 20:30

Amerika dalang disebalik gerakan Wahabi

Amerika Syarikat dianggap turut bertanggung jawab atas gerakan penyebaran ideologi Wahabi yang akhir-akhir ini merugikan dan merosakkan beberapa negara yang berpenduduk muslim.

“Gerakan salafi bertentangan dengan ajaran Rasulullah yang telah mendirikan negara bertamadun dan menghormati hak-hak rakyat.” Kata Kiai Haji Said Aqil Siroj, Ketua Umum Pengurus Besar Nahdhatul Ulama, ketika memberikan ceramah umum, ‘Islam di Indonesia dalam Menghadapi Ekstremisme’ di al-Jazair, sebagaimana dikutip elkhabar.com.

Menurut Kiai Said, gerakan salafi pada saat ini wujud dalam istilah ‘perang suci’. Istilah ini sudah tentu perlu dikritik kerana Rasulullah di Madinah sangat melindungi hak-hak rakyat baik muslim mahu pun non muslim, “Kerana itu tidak ada  perang suci mengingat Islam menentang pertumpahan darah.” Kata Kiai Said Aqil.

Mengenai fenomena gerakan salafi di Indonesia, Kiai Said mengakui bahawa hal tersebut memang ada sejak lapan tahun kebelakangan ini dan ianya bersifat eksklusif serta terbatas.

“Kita akui mereka wujud, meskipun masih terpinggir, mereka cukup terorganisasi. Jika memperhatikan model gerakan salafi sudah tentu kita sebagai masyarakat muslim akan mempertanyakan ajakan mereka mengingat ideologi mereka yang dekat dengan kekerasan.” Kata Kiai Said.