23 Mac 2012 - 19:23

Human Rights Watch minta barat hentikan sokongan kepada pemberontak yang melakukan jenayah di Syria

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Meskipun konspirasi paksi Arab-Barat masih bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Syria, kerja-kerja untuk menyelesaikan konflik tetap diteruskan.

Human Rights Watch (HRW) bukan sahaja mengiktiraf jenayah yang dilakukan oleh pemberontak Syria, malah Pertubuhan hak asasi manusia ini turut menggesa Barat menghentikan sokongan mereka kepada kumpulan tersebut.

HRW turut mengecam tindakan kumpulan bersenjata yang sedang memerangi Syiah, Alawi dan pasukan keselamatan disamping menganggap pemimpin pembangkang negara tersebut sebagai bertanggung jawab terhadap jenayah-jenayah ini.

Dalam sebuah pernyataan HRW, kumpulan pemberontak dilaporkan telah melakukan berbagai jenayah seperti penculikan, penyeksaan anggota keselamatan dan penyokong kerajaan dan menghukum gantung sampai mati polis kerajaan.

HRW memaklumkan, berdasarkan wawancara dengan sekumpulan saksi-saksi menjelaskan bahawa sebahagian kumpulan-kumpulan pemberontak bersenjata mempunyai semangat anti Syiah dan Alawi.

Selain itu, Sarah Leah Whitson, pengarah Human Rights Watch bahagian Timur Tengah dan Utara Afrika berkata kumpulan-kumpulan bersenjata sepatutnya menjaga hak asasi manusia.

Berdasarkan laporan ini, sebuah kumpulan yang berkaitan dengan Abu Isa telah menculik seorang pegawai kerajaan Syria dan beliau diseksa bersama dua orang yang lain sehingga mati di Idlib.

Selalunya mereka yang diculik akan diseksa dengan renjatan elektrik.

Sementara itu wartawan Syria (Sana) melaporkan kumpulan pemberontak telah melakukan serangan bom kereta di Dar'a. Berdasarkan laporan tersebut, penyerang terbunuh setelah meledakkan bom dalam keretanya bersama beberapa orang awam dan polis Syria serta kecederaan beberapa orang yang lain. Selain itu bangunan sekitar kawasan kejadian rosak teruk.