22 Ogos 2012 - 08:46

Marji' Taqlid Syiah, Ayatullah Musawi Ardebili menegaskan, "Persidangan di Tehran ini menunjukkan kestabilan politik dan keutuhan sistem Islam di peringkat dunia. Ia juga memberikan gambaran sebenar tentang Republik Islam Iran kepada penduduk dunia."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam Sayid Muhammad Ridha Husaini telah mengadakan pertemuan dengan Marji' Taqlid Ayatullah Musawi Ardebili kelmarin.

Beliau menceritakan tentang program-program yang telah dilaksanankan oleh kementeriannya. 

Ayatullah Ardebili menegaskan persidangan NAM yang akan diadakan di Tehran sangat penting dengan mengatakan, "Dalam situasi yang tertentu, transformasi serantau, sekatan ekonomi terhadap negara lain dan pemulauan Republik Islam Iran di arena antarabangsa oleh Amerika dan pemimpin kuasa angkuh dunia, maka persidangan di Tehran mempunyai banyak kepentingannya dari perspektif politik."

Beliau menerangkan, persidangan NAM ini menunjukkan kestabilan politik dan keutuhan sistem Islam di peringkat dunia. Ia juga memberikan gambaran sebenar tentang Republik Islam Iran kepada penduduk dunia.