24 Ogos 2012 - 19:30

Kami percaya NAM mempunyai identiti bebas dan jelas di dalam dunia dan berinisiatif untuk menggerunkan kuasa besar yang sering melampaui batas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Persidangan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) yang akan berlangsung di Tehran diakui mempunyai kepentingan tersendiri oleh semua orang. Kedudukan Iran sebagai paksi perlawanan (moqawama) dan kebangkitan Islam serantau menyebabkan peningkatan ancaman, sekatan, tekanan Barat untuk pemulauan di peringkat serantau dan dunia. Republik Islam Iran menjelaskan betapa pentingnya penganjuran persidangan yang dihadiri wakil 138 negara di Tehran ini.NAM ditubuhkan pada tahun 1961 ketika kemuncak perang dingin dan situasi dwikutub antara Barat dan Timur dengan harapan negara-negara yang berkecuali dapat membentuk perpaduan. Persidangan pertamanya diadakan pada tahun 1955 di Kota Bandung, Indonesia.Setelah revusi Islam, Iran masuk ke dalam pergerakan ini pada tahun 1979 dan dapat menghadiri persidangan ini di Havana pada tahun 1979. Setelah itu Iran menghadiri semua persidangan pergerakan ini di berbagai tempat.NAM dianggotai oleh 138 buah negara dan merupakan badan dunia yang terbesar setelah PBB. Ia juga mempunyai pengaruh dalam kemelut di arena antarabangsa seperti mempertahankan kegiatan-kegiatan nuklear Iran secara komprehensif dalam tahun-tahun kebelakangan ini.Beberapa kali pemimpin agung revolusi Islam Iran ini menekankan betapa pentingnya peranan pergerakan NAM. Beliau juga pernah menghadiri persidangan NAM selaku presiden Iran suatu ketika dahulu.Ayatullah Khamenei kira-kira tujuh tahun lalu pernah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Haji Ahmad Badawi yang ketika itu memegang jawatan presiden OIC dan NAM. Mereka menganggap satu-satunya jalan untuk umat Islam menghadapi politik pembulian kuasa dunia ialah pemerkasaan dan perpaduan umat.Merujuk kepada peranan NAM, meskipun perubahan situasi dunia pada permulaan pergerakan ini dan kedudukan suaranya sebagai 60 peratus dalam PBB, beliau menegaskan, "Dalam situasi seperti kuasa besar Amerika ingin menukarkan PBB menurut kepentingannya, salah satu kewajipan penting negara-negara anggota NAM ialah memainkan peranannya dalam menghadapi perkara ini."Pemimpin revolusi Islam ini turut menghargai kedudukan baik Malaysia dan NAM terutamanya dalam aktiviti nuklear Republik Islam Iran dengan menegaskan, "Prinsip kami ialah menentang pengeluaran senjata nuklear. Namun masalah sebenar Amerika dan beberapa negara Barat dengan Iran ialah mereka tidak mahu pengetahuan progresif nuklear terkeluar dari lingkungan mereka dan tidak mahu pengetahuan dan keupayaan bidang penting ini jatuh ke tangan negara-negara lain.Begitu juga dalam pertemuan bersama presiden Indonesia pada tahun 2002, dengan merujuk pada usaha-usaha Sukarno untuk mendekatkan negara-negara merdeka di Asia dan Afrika sebagai tujuan menghadapi situasi dwikutub di zaman tersebut, Khamenei berkata, "Faktor paling penting keupayaan negara-negara Asia dan Afrika di zaman tersebut dalam berkumpul dan mengasaskan NAM ialah perpaduan dan hari ini juga negara-negara Islam juga memerlukan kerjasama dan perhubungan yang lebih dekat."Penekanan tentang keperluan menghidupkan NAM adalah satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh beliau; Sebuah noktah yang akan menjadikan seluruh kerjasama erat antara negara-negara sebagai sebuah kenyataan kelak.Beliau turut merujuk kepada pertemuannya dengan presiden Zimbabwe pada tahun 1992 yang membincangkan halangan perluasan kerjasama sebenar antara negara oleh negara-negara besar dan menegaskan betapa pentingnya memulihkan pergerakan NAM dari jalan kerjasama erat antara negara-negara kecil di seluruh dunia.Khamenei juga dalam tahun 1981 ketika memegang jawatan presiden Reublik Islam pernah menyatakan kepentingan NAM dalam satu pertemuan dengan duta-dua Nepal, Vietnam, Panama, Guinea dan Yugoslavia.Mengenai Yugoslavia yang menjadi tuan rumah persidangan NAM ke-9, beliau berkata, "Kami percaya NAM mempunyai identiti bebas dan jelas di dalam dunia dan berinisiatif untuk menggerunkan kuasa besar yang sering melampaui batas."Malangnya, beberapa anggota NAM memaksa untuk menerima kuasa besar sedangkan pergerakan ini tidak menerima sebarang ancaman. Namun sebaliknya kami percaya bahawa kuasa besar perlu mengambil kira NAM di mana sekiranya mereka berhasrat menceroboh negara-negara kecil, maka 101 negara NAM akan menghadapi mereka."Dalam pertemuan dengan duta baru republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia di Iran, duta tersebut berkata, "Kami akui Iran mempunyai peranan penting dalam NAM."Walau bagaimanapun persidangan ke-16 NAM tetap akan berlangsung di Tehran. Menurut pegawai yang bertanggung jawab, hampir 50 pemimpin negara akan hadir dalam persidangan ini. Pihak Barat cuba mencanangkan medianya supaya tugas persidangan ini diselaputi kekaburan kerana mereka sedar bahawa Iran mempunyai peranan di rantaunya dan mempunyai pengaruh terhadap beberapa bahagian dunia.