Timbalan menteri luar India memaklumkan hasrat negaranya berunding dengan Iran dan Afghanistan dalam kesempatan persidangan NAM.Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang pegawai kerajaan India berkata, "Iran, India dan Afghanistan sedang berbincang tentang menaik taraf pencapaian saliran air di Afghanistan dan usaha diplomatik Iran untuk memperbanyakkan bekerjasama dengan negara-negara serantau.Setiausaha luar India Ranjan Mathay berkata, "Pegawai kanan tiga negara telah berbincang bersama-sama pada hari Sabtu ketika menjelang persidangan NAM di Tehran mengenai jalan,  landasan dialog dan diskusi, serta komunikasi bagaimana meluaskan jalan-jalan di perlabuhan-perlabuhan Tenggara Iran dan Afghanistan."Beliau berkata, "Kesepakatan ini membuka jalan India ke Afghanistan tanpa kehadiran saingan lama negara ini, iaitu Pakistan."Beliau menerangkan bahawa Manmohan Singh akan menghadiri persidangan di Tehran dan ingin bertemu dengan Ayatullah Sayid Ali Khamenei dan mengadakan pertemuan dengan pegawai diplomatik Iran.Berasaskan laporan ini, hubungan erat India dan Iran berkemungkinan akan membangkitkan reaksi Amerika yang sedang berusaha menyingkirkan Iran dari masyarakat antarabangsa.Persidangan ke-16 pemimpin NAM akan berlangsung di Tehran bermula dari 16 sehingga 31 Ogos.