Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan, "Sekurang-kurangnya 320 Syiah dibunuh dalam setahun di mana majoritinya adalah dari masyarakat Hazara dan lebih dari 100 pembunuhan dilakukan di Balucistan, Pakistan."Pengarah eksekutif Human Rights Watch Asia, Brad Adams menambah, "Kegagalan negara dalam menghadapi penyerang dan menjejaki kumpulan-kumpulan ekstremis yang menganjurkan serangan ini menunjukkan tidak ada bezanya antara negara dan pembunuhan besar-besaran."Pernyataan ini menambah, "Militan seperti kumpulan haram Lashkar-e-Jhangvi meluaskan kegiatannya di seluruh Pakistan apabila pegawai polisnya menutup mata."Lashkar-e-Jhangvi ditubuhkan pada tahun 90-an dan diharamkan pada tahun 2001 oleh presiden Pakistan Pervez Musharraf. Gerakan Wahabi ini bertanggungjawab melancarkan pembunuhan besar-besaran ratusan pengikut mazhab Syiah dan diplomat Iran di Pakistan.Baru-baru ini Malik Ishaq pemimpin utama kumpulan pengganas ini berjaya ditangkap di lapangan terbang Allama Iqbal Lahore sebaik sahaja tiba dari Arab Saudi. Beliau sekarang ini sedang meringkuk dalam penjara dengan kesalahan di bawah seksyen 295-A PPC, atas tuduhan menyebarkan kebencian agama.Sebelum ini Malik Ishaq juga pernah ditangkap dan dipenjarakan berkali-kali dan dibebaskan.Menurut Brad Adams, penangkapan Malik Ishak merupakan ujian besar bagi badan kehakiman Pakistan.Tambah kenyataan itu, "Sebahagian kumpulan ekstremis seperti Sepah-e-Marzi mempunyai kaitan dengan persekutuan tentera Pakistan dan badan perisikan."Kenyataan ini dikeluarkan setelah lima hari kumpulan militan menembak mati pengikut mazhab Syiah di Quetta, pusat bandar Balucistan dalam dua kejadian berasingan sehingga 8 orang terbunuh.Sehari sebelum kejadian ini seorang hakim bermazhab Syiah bernama Zulfiqar Naqvi yang bertanggung jawab dalam pengadilan kes pembunuhan Syiah dan kegiatan militan Lashkar-e-Jhangvi telah dibunuh bersama dengan pengawal dan pemandunya.
6 September 2012 - 19:30
News ID: 345343
Berikutan kes pembunuhan semakin menjadi-jadi, Human Rights Watch seru Pakistan segera bertindak lindungi nyawa penduduk minoriti Syiah.