7 September 2012 - 09:45

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Baru-baru ini Hawzah Imam al-Ridha selaku NGO yang mewakili masyarakat bermazhab Syiah Imamiyah di Malaysia bertamu di Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk menyatakan bantahan terhadap pembunuhan umat Islam di Indonesia sambil mengucapkan penghargaan kepada Presiden Indonesia yang menyatakan sikap tegasnya dalam membendung keganasan ini. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Hawzah Imam al-Ridha, Kuala Lumpur:

Kenyataan media

3 September 2012

Bantahan terhadap keganasan di sampang dan ucapan penghargaan kepada bapak presiden Indonesia.

Pembunuhan dan keganasan terhadap kelompok masyarakat syiah di sampang,madura,jawa Timur, Indonesia pada 26 Ogos 2012.

Kami NGO muslim malaysia, perwakilan antarabangsa dan khasnya komuniti syiah imamiyah Malaysia menyampaikan bantahan sekeras-kerasnya ke atas faktor-faktor keganasan dan jenayah di sampang sehingga mengorbankan jiwa dan berlakunya pembakaran di perumahan komuniti syiah di sana.

Kejadian ini telah merosakkan keharmonian dan ketenteraman kehidupan bermasyarakat di Nusantara.

Tindakan keras wajar dikenakan ke atas faktor keganasan dan jenayah berat tersebut bersesuaian dengan perundangan.


Kami berterima kasih kepada yang berbahagia bapak presiden yang telah menyatakan sikap tegas terhadap keganasan yang telah berlaku dan ketegasan bapak presiden dipercayai dapat membendung dari berulangnya insiden yang hampir serupa untuk kali ketiganya masyarakat Malaysia dan Indonesia merupakan rumpun bangsa yang sama dan dominan di nusantara maka kesatuan dan perpaduan dikalangan kita harus dipelihara demi keutuhan dan kelangsungan ummah nusantara. 

Ribuan terima kasih juga kepada bapak Suryana Sastradiredja selaku minister counsellor dan bapak imam pranata selaku Sekretair Pertama Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Malaysia yang sudi menerima kunjungan kami dan memberikan taklimat perlu bagi insiden yang telah berlaku sekian terima kasih wassalam, Solawat.