12 November 2012 - 20:30

Kamal Halbawi menyifatkan Mursi seorang yang lemah dan menganggap ibadah solatnya di masjid sebagai melarikan diri dari tanggungjawab.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Ikhwanul Muslimin Dr. Kamal Halbawi berkata, "Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi ketika menjadi anggota parlimen  di zaman Hosni Mubarak merupakan individu yang tersohor. Tetapi sekarang, apabila dilantik menjadi presiden Mesir, beliau seorang yang lemah. Pemergiannya ke masjid-masjid di beberapa wilayah untuk menunaikan solat menunjukkan beliau sedang melarikan diri dari tanggung jawab yang sepatutnya dilaksanakan."

Beliau berkata demikian dalam siri wawancara bersama ON TV. Tambahnya lagi, "Saya cadangkan Muhammad Mursi memperluaskan kemajuan daripada melawat masjid-masjid di berbagai wilayah, dan menyambut baik pandangan-pandangan penduduk yang mempunyai usulan."

Halbawi menjelaskan, "Ikhwanul Muslimin mempunyai pemikiran pembaharuan, bukan perubahan atau revolusi, dan kami inginkan demokrasi sepenuhnya."

Beliau menerangkan bahawa revolusi Mesir menginginkan seluruh nilai-nilai yang dikehendaki syariah Islam seperti hak asasi, kemuliaan, keadilan dan kesamarataan orang awam. "Prestasi Muhammad Mursi dan kerajaannya pula adalah sebuah perubahan yang lembab."

Halbawi juga menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai tunjuk perasaan menuntut presiden Mesir melaksanakan syariat Islam. "Jemaah Ikhwanul Muslimin sekarang ini memeberikan fokus kepada politik, sementara itu pengasas jemaah ini Syeikh Hasan al-Banna mempunyai prinsip mendahulukan politik."